BAM 31

333 27 4
                                    

"Kau nak ke mana tergesa-gesa?  Dari pagi tadi kau tak bercakap dengan aku. Kau marah aku ke pasal perempuan gila tu?" soal Bahar tanpa berlapis.

Satu hari ni dia perasan dengan perubahan sikap Aiden, yang langsung tidak menegurnya. Marahkan hal kemarin agaknya.

Mata Aiden tajam menusuk ke anak mata Bahar. Jujur dia tidak suka Qasih Ruziana digelar gila oleh Bahar atau sesiapapun. Dia tidak rela.

"Aku sebenarnya tak marah, tapi sekarang kau dah buat aku marah. Siapa bagi kau kebenaran untuk panggil dia gila?" tegas suara Aiden.

"Takkan sebab perempuan sombong tu kau nak ajak aku gaduh. Aku just tak suka cara dia layan Syahira."
Gemuruh juga hati Bahar bila bertaut pandangan menikam dari Aiden. Maklumlah orang atasannya.

"Kau dah bercinta dengan perempuan tu ke? Patutlah tak habis-habis nak back up dia. Sekarang ni, kalau kau tak nak hubungan persahabatan kita goyah hanya disebabkan perempuan. Aku minta tolong dekat kau, jangan kaitkan nama Syahira atau Qasih dalam perbualan kita. Aku tak suka," tegas Aiden lagi.

Aiden kalau boleh tidak mahu mengaitkan masalah perempuan dalam hal persahabatannya dengan Bahar. Dia mahu setiap isu diselesaikan secara matang tanpa perlu bertelagah .

Bahar menunduk. Ada betulnya juga apa yang dikatakan Aiden. Dia yang terlalu terbawa-bawa. Terlalu marah bila kekasihnya diperlakukan sedemikian.

"Qasih tak sihat sekarang. Dia dekat hospital. Aku tak bercakap dengan kau bukan sebab aku marah. Aku susah hati, banyak fikir. Hmph, aku harap kau fahamlah. Aku pergi dulu."
Apa yang terlintas difikiran, itu yang terluah di bibir. Usai itu, Aiden bergegas menuju ke rumah sakit.

Tiba-tiba terbit rasa kagum Bahar dengan sifat ambil berat Aiden. Tak pernah-pernah sehari kau tak tegur aku even tengah runsingkan sesuatu. Tapi untuk perempuan ni...  Dia dah buat kau berubah. Getus hatinya.

***

Diluar wad kelas pertama yang menempatkan Qasih Ruziana. Aiden, Nadien dan Saiful sedang duduk sebaris.

Nadien terlebih dahulu memberitahu kepada Aiden tentang niat Qasih untuk berpisah serta atas alasan apa. Dia buat begitu sebab mahu Aiden bersedia. Atau lebih tepat lagi. Dia tidak mahu perpisahan terjadi antara Aiden dan Qasih. Ini kerana, hatinya sudah berkenan mahu menjadikan Aiden menantu tirinya.

Sempat Aiden meminta restu dari Saiful untuk memperisterikan Qasih. Sedaya upaya dia berusaha meyakinkan pasangan suami isteri itu untuk menerimanya. Walhal mereka sudah pun bersetuju.

"Uncle percaya yang Aiden betul-betul ikhlas nak memperisterikan Qasih. Begitu juga dengan aunt. Kami dah bincang hal kamu berdua ni dirumah tadi. Memang kami bersetuju nak bermenantukan kamu. Sebab itu, kami nak Aiden cakap elok-elok sendiri dengan Qasih. Tapi Aiden kena faham, apapun keputusan Qasih. Kami sebagai orang tuanya, tidak akan menghalang dia," terang Saiful. Terharu dengan kesungguhan Aiden.

"Terima kasih Uncle , Aunt. Boleh saya masuk?" pinta Aiden. Bermacam-macam doa dipanjatkan ke hadrat Allah. Minta-mintalah Qasih tidak menolak lamarannya.

"Biar aunt masuk dulu bagitahu Qasih."
Nadien bangkit, kemudian menapak memasuki wad.

Sepuluh minit kemudian. Nadien kembali menghampiri Aiden dan suaminya.

"Ha... Macam mana?"
Saiful mengangkat kening.

"Masuklah Aiden."
Nadien memberi lampu hijau.

Serius. Mendengar dua patah perkataan itu, cukup membuat reseptornya terasa dingin membeku. Nervous semacam saja.

***

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now