Bab 5

1.2K 19 1
                                    

Amanda memandang sekeliling bilik yang agak kecil yang bakal menjadi tempat tidurnya di alam ghaib itu kerana dia tidak boleh keluar dari kawasan rnr itu jadi terpaksalah dia tidur disitu dan ditemani oleh makcik tadi.

"Makcik,maaf sebab dah menyusahkan makcik"kata Amanda sebersalah.

"Eh,takde apalah.tak payah nak mintak maaf,kamu sekarang dalam kesulitan,jadi apa salahnya kalau makcik tolong kamu"kata makcik itu.

"Terima kasih makcik"kata Amanda dan mengukir senyuman.

Makcik itu hanya membalas dengan senyuman lebar.

***

Jam di dalam bilik itu sudah menunjukkan sudah masuk pukul 12:00 malam.Amanda memusingkan dirinya ke kiri dan kekanan berulangkali.Dia melihat makcik disebelah kirinya yang sedang nenyak dibuai mimpi.

Dia mengeluh.Dia memusingkan badannya ke hadapan dan memandang ke atas seketika.Dia pun bangun dari perbaringannya dengan perlahan takut makcik itu terjaga.Dia melihat ke arah makcik itu sekilas.

Dia pun berdiri dan senyap-senyap membuka pintu bilik dan keluar dari bilik tersebut.

"Aku nak pergi mana eh?dah la tak boleh nak tidur"kata Amanda sambil melihat sekelilingnya.

"Sunyi,macam takde orang"sambung Amanda dan memulakan langkah berjalan di sekitar kawasan itu.

Amanda berjalan dan melihat di sekelilingnya.lampu disitu agak malap membuatkan suasana menjadi seram sejuk.

Tiba-tiba dia terdengar seperti bunyi tapak kaki yang sedang berjalan di belakangnya.

Amanda memberhentikan langkahnya dan bunyi itu menghilang.Dia menyambung kembali berjalan ke hadapan seperti biasa.Namun tapak kaki itu berbunyi lagi.

Jantung Amanda berdegup kencang.

Dia mahu menoleh ke belakang,tapi...

Amanda mengira dengan jarinya,satu,dua,ti..

"Mana nak lari tu"kata satu suara perempuan dibelakangnya.

Amanda menelan air liurnya dan berlari sepantas yang mungkin.

Amanda berlari dengan sekuat tenaganya dan sehingga dia merasa dia sudah agak jauh dari suara perempuan tadi.

Setelah penat berlari,dia menghembuskan nafas lega setelah melihat terdapat beberapa orang yang berada dihadapannya yang  tidak jauh.

Tiba-tiba Amanda teringat yang dia sekarang berada di alam bunian.Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang sekali lagi melihat beberapa orang yang berada di situ.

Orang yang berada disitu tiba-tiba memandangnnya dengan tajam seolah-olah tahu apa dipikiran Amanda.

Amanda mengundurkan dirinya kebelakang sedikit demi sedikit.Dia memusingkan badannya kebelakang dengan cepat untuk melarikan diri,namun langkahnya terhenti setelah melihat satu lembaga hodoh di hadapannya yang sedang menatap tajam ke arahnya.

Amanda memusingkan badannya kehadapan kembali dan dia melihat orang-orang yang berada di situ turut berubah bentuk menjadi makhluk yang sangat hodoh.

Amanda yang sedang berada di dalam ketakutan tidak tahu mahu membuat apa,dia hanya berdiri kaku disitu dengan debaran kuat di dada.kini dia hanya mampu berserah diri.

Makhluk itu semakin lama semakin hampir dengannya.Amanda tidak tahu mahu lari ke arah mana.Dia melihat kebelakang dan kehadapan berulang kali.

Makhluk itu pon semakin hampir dengan dirinya dan Amanda yang merasa takut tak terhingga dia menutup matanya serapat-rapat yang mungkin.

Tiba-tiba terdengar satu suara lelaki yang amat dikenalinya.

"Jangan kacau dia,dia milik aku"kata suara garau itu.

Amanda yang takut hanya memejamkan matanya dan mendengar suara itu di hadapannya.

Makhluk-makhluk hodoh yang berada disitu terkejut apabila melihat lelaki itu.Mereka pun menghilang seperti asap.

Lelaki itu memusingkan badannya menghadap Amanda yang sedang menutup matanya.

Amanda yang merasa senyap sunyi di sekelilingnya itu pun membuka matanya perlahan-lahan dan dia melihat sekeliling makhluk tadi sudah pun hilang dan dia memandang ke hadapan dan terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri tegak menghadapnya.

"Afnan"kata Amanda.

Bersambung.

RnRWhere stories live. Discover now