Bab 10

1K 17 1
                                    

Amanda membuka matanya.Alangkah terkejutnya dia melihat kawasan rnr itu menjadi cantik.

Kawasan rnr yang kosong dipenuhi dengan orang ramai dan gerai yang kosong menjadi gerai yang sudah dipenuhi dengan orang yang datang makan di kedai itu.

Dia terdengar suara kanak-kanak bergelak ketawa. Dia memandang ke arah suara kanak-kanak tersebut dan mereka berlari pergi ke arah ibu dan ayah mereka sambil memeluk mereka.Ibu dan ayah itu memeluk mereka dengan erat.

Amanda tersenyum melihat keluarga tersebut.

Afnan mengukir senyuman melihat Amanda tersenyum di sebelahnya.

"Ramainya orang datang dekat rnr"kata Amanda.

"Macam mana.Nampak seram lagi tak tempat ni?"soal Afnan.

"Tak sangat.Kalau sebelum ni sunyi je"kata Amanda.

"Jom aku tunjukkan kau satu tempat"kata Afnan.

"Tempat apa?"soal Amanda hairan.

Afnan diam dan mengatur langkah menuju ke tempat tersebut.

Amanda hanya mengikuti langkah Afnan dari belakang.

Amanda memandang dengan tersenyum melihat taman bunga yang terdapat di hadapannya itu.

"Sejak bila ada taman bunga dekat rnr ni?"soal Amanda.

Afnan tersenyum.

"Cantiknya"kata Amanda sambil berjalan-jalan di dalam kawasan taman bunga itu.

"Boleh tak kalau saya nak petik bunga tu"kata Amanda kepada Afnan.

"Petik la"kata Afnan.

Amanda tersenyum gembira mendengar kata-kata yang keluar daripada Afnan.

Amanda pun memetik sekuntum bunga yang terdapat disitu dan meletakkan bunga tersebut di celah telinganya.

"Awak ok tak"soal Amanda kepada Afnan.

Afnan memandang wajah Amanda dan mengukirkan senyuman.

"Eh,ada buaian la dekat sana"kata Amanda.

Dia pun berjalan menuju ke arah satu pokok besar yang terdapat buaian disitu.

"Wah!Cantiknya buaian ni"kata Amanda.

Amanda pun duduk di atas buaian tersebut.Belum sempat dia mahu menghayunkan buaian tersebut dengan kakinya tiba-tiba buaian itu berbuai dengan sendiri.

Amanda memandang ke arah belakangnya.Namun tiada siapa yang menolak buaian untuknya.

Amanda memandang sekeliling dan melihat Afnan sedang melihat ke arahnya dari jauh.

"Takkan Afnan yang tolong buaikan untuk aku"gumam Amanda.

Amanda mengukir senyuman.

Tiba-tiba Afnan menghilang dari tempatnya.Amanda memandang sekeliling mencari Afnan.

"Nah"Afnan menghulurkan bunga mawar berwarna merah kepada Amanda yang duduk di atas buaian.

Amanda memandang wajah Afnan dan memandang bunga mawar berwarna merah itu silih berganti.

"Awak ke yang bagi dekat saya haritu"soal Amanda.

"Kau taknak ambil ke bunga ni?"soal Afnan.

Amanda mengambil bunga tersebut.

"Kau suka tempat ni?"soal Afnan.

Amanda mengangguk sambil tersenyum.

"Suka"jawab Amanda.

"Kalau macam tu kau duduk la dekat sini"kata Afnan.

"Duduk dekat sini?Betul ke?"soal Amanda.

Afnan mengangguk dan menghilang.

"Awak"panggil Amanda.

Amanda mengeluh.

"Dia ni nak hilang bukannya nak bagitahu"kata Amanda.

"Saya pergi dulu"kata Afnan.

Tiba-tiba muncul di sebelah Amanda.Amanda memandang ke arah tepinya.

"Afnan..."belum sempat Amanda mahu mengatakan sesuatu Afnan sudah menghilang sekali lagi.

Amanda mengeluh lalu menggelengkan kepalanya.

Amanda memandang pemandangan di hadapannya yang terdapat taman bunga lalu mengukirkan senyuman.

Setelah beberapa saat senyuman Amanda memudar kembali.

"Afnan dah takde.Kenapa buaian aku bergerak sendiri?Ke Afnan ada lagi dekat sini"soal Amanda kepada dirinya.

Amanda memerhati sekeliling.Pandangan Amanda terhenti pada satu susuk tubuh lelaki yang memandang dari kejauhan.

"Siapa lelaki tu?"soal Amanda.

Bersambung.

RnRWhere stories live. Discover now