Bab 13

980 22 0
                                    

Amanda dan makcik duduk di atas katil dengan bertentangan.

Makcik menarik nafas dalam dan menghembus sebelum memulakan percakapannya.

"Mesti kamu nak tahu macam mana makcik dengan lelaki yang kamu panggil Syafiq tadi tu boleh kenal kan"kata makcik itu.

Amanda mengangguk.

"Cerita dia macam ni.Keluarga makcik dah lama duduk dekat kawasan rnr ni.Makcik pun membesar dekat sini.Kamu tahu kan sebelum adanya rnr,dekat sini sebenarnya hutan.Disebabkan zaman dah maju wujudlah highway dekat sini dan ada tempat perhentian yang disebut rnr.Seperti yang kamu tahu dekat kawasan hutan dan bukit ni ada macam-macam makhluk yang tak dapat kita tengok dengan mata kasar dan macam sekarang yang kamu alami berada di alam bunian"jelas makcik itu panjang lebar.

Amanda mengangguk faham.

"Jadi makcik dah terbiasa dengan alam bunian,dari makcik kecil lagi"beritahu makcik itu.

"Habistu,makcik kenal la siapa pemilik tempat ni?"soal Amanda.

Makcik itu mengangguk.

"Habistu kenapa makcik tak bagitahu saya awal-awal"kata Amanda kesal.

"Bukan makcik tak nak bagitahu kamu.Tapi makcik dah lama tak nampak pemilik tempat ni dan makcik tak tahu dia ada dekat mana sekarang"jelas makcik itu.

Amanda mengeluh.

"Makcik boleh bagitahu saya siapa pemilik tempat ni?"soal Amanda.

Makcik itu memandang anak mata Amanda sedalam-dalamnya.

"Makcik tak tahu patut ke tak makcik bagitahu dekat kamu"kata makcik itu sambil berfikir.

"Makcik tolonglah bagitahu dekat saya.Dah lama saya ada dekat alam ni.Saya nak balik jumpa mak ayah saya,kawan-kawan saya.Diorang mesti tengah risaukan saya sekarang ni"kata Amanda.

Dia cuba menahan air matanya yang mahu keluar.

Makcik itu memandang Amanda dengan pandangan yang sedih.

"Kamu ingat lelaki yang kamu panggil Syafiq tadi?"soal makcik itu.

Amanda mengangguk laju.

"Nama sebenar dia adalah Mika dan dia adalah anak kepada pemilik tempat ni"beritahu makcik itu.

"Apa?"soal Amanda tidak percaya.

"Iye,pemilik tempat ini adalah mak Mika"beritahu makcik itu dengan yakin.

"Mak Mika pemilik tempat ni?Kenapa dia masukkan saya dekat alam ni"soal Amanda.

"Dia masukkan kamu dekat alam ni sebab anak dia sukakan kamu dan dia nak kamu menjadi satu-satunya hak milik anak dia"kata makcik itu.

"Mika suka saya?Bukan dia bencikan manusia ke?macam mana dia boleh sukakan saya"soal Amanda hairan.

"Bukan Mika yang sukakan kamu.Dia memang benci manusia dan makcik tahu mesti kamu tertanya-tanya kenapa muka dia sama macam muka kawan kamu kan"kata makcik itu.

Amanda mengangguk kepalanya.

"Makcik pun tak tahu macam mana muka Mika boleh sama macam muka kawan kamu yang bernama Syafiq.Lepastu tiba-tiba dia cakap dia sukakan kamu.Makcik pun pelik dengan dia"kata makcik itu sambil menggelengkan kepalanya.

"Habistu siapa yang sukakan saya kalau bukan Mika atau Syafiq?Pemilik tempat ni ada berapa orang anak?"soal Amanda.

"Pemilik tempat ni ada dua orang anak dan salah seorang Mika"beritahu makcik itu.

"Lagi sorang siapa?"soal Amanda.

Makcik itu mendiamkan diri seketika.

"Siapa makcik?"soal Amanda.

"Kamu betul nak tahu?"soal makcik itu.

Amanda menganggukkan kepalanya.

"Orang tu ada dekat belakang kamu"kata makcik itu.

"Ha?makcik jangan main-main"kata Amanda.

"Iye,makcik tak main-main.Kamu pandang la belakang kalau tak percaya"kata makcik itu lagi.

Amanda menelan air liurnya dan perlahan-lahan memusingkan badannya ke belakang.

Bersambung.



RnRWhere stories live. Discover now