Bab 6

1.1K 14 4
                                    

Amanda yang berada seorang diri di dalam bilik itu memandang ke arah luar tingkap biliknya sambil memikirkan kejadian semalam.

"Siapa dia sebenarnya eh"kata Amanda kepada dirinya.

"Dia tu...manusia ke...atau dia tu hantu.ke...dia tu bunian?"soal Amanda kepada dirinya.

"Kau rasa?"soal suara garau di belakangnya.

Amanda yang terkejut mendengar suara itu,dengan pantasnya dia menoleh kebelakang.

Terlihat Afnan yang berdiri di hadapannya dengan memakai pakaian yang serba hitam.Afnan memandang tajam ke arah Amanda.

"Afnan.Awak buat apa dekat sini?eh,silap.Macam mana awak boleh masuk dalam bilik ni"soal Amanda dengan perasaannya yang takut.

Afnan tersenyum sinis.Dia menunjuk ke arah satu dinding di dalam bilik itu dengan menggunkan jari telunjuknnya.

Amanda memandang ke arah dinding tersebut dan memandang ke arah Afnan semula.Amanda menelan air liurnya.

"Sekarang,kau tahu siapa aku?"soal Afnan dengan muka yang agak menakutkan.

Amanda mengundurkan dirinya sedikit kebelakang.

"Kau rasa,aku ni manusia ke,hantu ke,atau...bunian"soal Afnan lagi.

"Tolong,jangan apa-apakan saya"rayu Amanda.

Afnan tersenyum sinis lagi.

"Apa eh,yang boleh buat dengan manusia macam kau ni?"soal Afnan.

Amanda memandang ke bawah kerana takut mahu melihat wajah Afnan yang agak seram.

"Kalau buat sup daging rasanya sedap tak?ataupun panggang,ataupun makan mentah-mentah?"kata Afnan dengan ketawa besar.

Amanda mengigil ketakutan.Afnan berhenti ketawa dan memerhati Amanda di hadapannya dengan wajah yang serius.

"Eh,kau ingat aku nak buat apa-apa sangat ke dekat manusia lemah macam korang ni ah"kata Afnan.

Amanda memandang Afnan di hadapannya.

"Kalau aku nak apa-apakan kau,dari semalam lagi aku boleh buat dekat kau,kau tahu tak"kata Afnan dengan nada sedikit meninggi.

"Betul jugak,kenapalah aku tak terfikir.bodoh betul la kau ni Amanda"gumam Amanda dalam hatinya.

"Kau memang bodoh pun"kata Afnan.

Amanda memandang Afnan di hadapannya dengan riak wajah terkejut.

"Dia boleh dengar ke apa yang aku cakap dalam hati?"soal Amanda dalam hatinya.

Afnan tersenyum sinis memandang Amanda di hadapannya.

"Kenapa kau jalan sorang-sorang semalam ha?kau tahu tak tempat ni bahaya"kata Afnan dengan geram.

"Saya tak boleh nak tidur la dekat tempat baru.Jadi saya jalan-jalan la dekat luar sekejap"jelas Amanda dengan suara yang perlahan.

Baru Afnan mahu bercakap dia memandang ke arah pintu dengan tajam.Dan tiba-tiba dia menghilangkan diri.

"Afnan"panggil Amanda setelah melihat Afnan menghilangkan diri.

"Haish,tahu la dia tu hantu,kenapa asyik hilangkan diri secara mengejut.Pintu kan ada,boleh je keluar ikut pintu"bebel Amanda seorang diri.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar.Amanda melihat ke arah pintu itu dengan debaran di dada.

Dup dap dup dap.

Dan muncul seseorang yang dikenali oleh Amanda.Amanda menghela nafas lega.

"Makcik"sapa Amanda.

"Kamu sembang dengan siapa tadi?"soal makcik itu.

"Ouh,hm...takde siapa pun makcik"kata Amanda.

"Dah ada kawan baru ke?"usik makcik itu dengan senyuman.

"Eh,takde la makcik"balas Amanda.

"Jom la keluar,mana tahu mungkin kamu boleh cari jalan untuk keluar dari alam ni"cadang makcik itu.

"Jom"balas Amanda ringkas.

Makcik itu keluar terlebih dahulu dan diikuti dengan Amanda.Dia pun keluar dari bilik dan menutup pintu bilik itu.

Bersambung.

RnRWhere stories live. Discover now