Bab 14

1K 20 1
                                    

Amanda memandang seorang lelaki di hadapannya.Dia bangun dari katil itu.

"Maaf buat awak lama menunggu"kata lelaki itu.

"Awak siapa?"soal Amanda.

"Ouh,nama saya Aireil"kata lelaki yang bernama Aireil itu.

Amanda memandang ke arah makcik yang berdiri di belakangnya.

"Ni Aireil anak kepada pemilik tempat ni"kata makcik itu.

"Terima kasih makcik sebab jaga Amanda untuk saya"kata Aireil.

Makcik itu hanya tersenyum nipis.

"Amanda saya nak mintak maaf sebab mak saya dah masukkan awak dekat sini.Saya tahu awak mesti rindukan keluarga awak"kata Aireil.

"Mesti awak pelikkan kenapa saya baru datang jumpa awak"kata Aireil lagi.

Amanda hanya diam dan mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Aireil.

"Saya pergi jumpa mak saya untuk kembalikan awak ke alam awak semula.Mula-mula dia tak setuju tapi lama lepastu dia setuju"beritahu Aireil.

"Kenapa awak suruh mak awak kembalikan saya ke alam saya.Bukan awak suka dekat saya ke?"soal Amanda.

"Memang saya suka dekat awak.Tapi saya taknak mak saya masukkan awak secara tiba-tiba dekat alam ni dan saya tahu mesti awak tak suka"kata Aireil.

Amanda menundukkan kepalanya.

"Tapi sebelum awak kembali dekat alam awak saya ada satu pertanyaan"soal Aireil.

"Apa pertanyaan awak?"soal Amanda.

"Awak nak kahwin dengan saya tak?"soal Aireil.

Amanda mendiamkan diri seketika.Dia memandang ke arah makcik.

"Makcik nasihatkan supaya kamu fikir betul-betul sebelum membuat keputusan"kata makcik itu.

"Maaf Aireil.Saya tak boleh kahwin dengan awak sebab kita berada di alam yang berbeza.Awak fahamkan apa yang cuba saya sampaikan"kata Amanda dengan jujur.

Aireil menghela nafas.

"Baiklah kalau itu keputusan awak.Saya takkan ganggu awak lagi"kata Aireil.

"Saya akan kembalikan awak ke alam awak semula"kata Aireil lagi.

Amanda mengangguk.

"Sekarang saya nak awak baring dekat atas katil ni dan tutup mata awak"kata Aireil.

Amanda pun berbaring di atas katil dan menutupkan matanya.

Tiba-tiba Amanda terasa matanya sakit kerana terdapat satu cahaya terang menusuk ke dalam matanya.

"Amanda kau okay tak nih"soal satu suara perempuan.

Amanda membuka matanya perlahan-lahan.Dia memerhati di sekitarnya.

"Adelia"panggil Amanda.

"Iye,kau okay?"soal Adelia.

"Aku dekat mana ni"soal Amanda.

"Dekat dalam bas"kata Adelia.

"Adelia,Amanda dah sedar ke belum lagi?"soal seorang pakcik yang datang berjalan menuju ke arah tempat duduk Amanda dan Adelia.

"Dah"jawab Adelia.

"Kamu bawak la dia masuk dalam bilik dulu,bersihkan diri lepastu solat asar"kata pakcik itu.

"Okay pakcik"kata Adelia.

Pakcik itu pun turun dari bas.

"Jom turun.Semua orang dah turun nanti tak sempat pulak nak solat asar"kata Adelia.

Amanda yang masih kebingungan apa yang telah terjadi hanya mengikuti Adelia turun dari bas tersebut.

Amanda memandang sekelilingnya.Terdapat beberapa buah chalet di sekitarnya.Terasa angin berlalu dengan tenang.Terhidu bau air laut.

Banyak persoalan yang mahu dia ajukan kepada kawan baiknya.Tapi ditahan untuk sementara waktu dan memikirkan apa yang sudah terjadi sebenarnya.

"Amanda,cepatla.Yang kau tercegat dekat situ lagi buat apa?"soal Adelia yang sudah jauh berjalan meninggalkan Amanda keseorangan di belakangnya.

Amanda pun mengatur langkahnya,malas mahu membuka mulut menjawab soalan yang diajukan oleh kawan baiknya dan mengejar Adelia di hadapannya.

Bersambung.




RnRWhere stories live. Discover now