"Please aunty! Stop it! Eskan janji Eskan akan dengar cakap aunty and uncle. Please stop it!" laung Eskandar dengan lantang. Merayu agar ibu saudaranya berhenti memukulnya.
"Berhenti? Hey budak! Kau sudah rosakkan pasu aku lepas tu nak suruh aku berhenti? Kau boleh bayar ke pasu yang aku dah beli tu? Kau tu dah lama anak yatim piatu menyusahkan pula! Kalau aku tahu kau menyusahkan aku tak pungut kau lah bodoh! Anak dan mama sama je menyusahkan hidup!" maki puan Alice kepada Ryan.
"Aunty Alice stop it! Kesian abang Eskan!" jerit seorang kanak-kanak perempuan.
"Ye aunty Alice, kesiankan lah abang Eskan. Abang Eskan tak salah, Herry yang salah sebab pecahkan pasu aunty." bohong Herry, dia terpaksa berbohong demi menyelamatkan abang sulungnya.Mata puan Alice membesar apabila mendengar pengakuan Herry.
"Apa?!" jerit puan Alice.
Hazel menggeleng.
"Hazel pun sama aunty! Hazel yang tolak abang Herry lepastu abang Herry tak sengaja tertolak pasu mahal untie."Eskandar menggeleng kepala.
"Kamu semua ni menyusahkan betullah!" jerit puan Alice dan memukul Hazel dan Herry.
Eskandar menggeleng laju, dia melindungi adik lelaki dan adik perempuannya namun puan Alice menolak Eskandar ke tepi dan memukul Hazel dan Herry."Jangan aunty! Tolong aunty berhenti pukul Herry dan Hazel. Eskan merayu aunt!"
Namun permintaan Eskandar tidak di endahkan. Puan Alice memukul Hazel dan Herry sehingga menyebabkan belakang Herry berbekas dengan sebatan. Manakala Hazel berdarah di bahagian siku.
Puan Alice tersenyum sinis.
"Kau bertiga duduk dekat sini. Jangan pergi mana-mana, aku tahu korang buat perangai lagi,aku akan pastikan kau mampus di tangan aku!" ugut puan Alice dan beransur pergi.
Spencer selaku anak kepada puan Alice tersenyum sinis di sebalik pintu itu.Puas hatinya melihat tiga beradik itu di pukul. Dia lah angkara pasu ibunya pecah, namun demi mengelak daripada si pukul oleh puan Alice. Dia menuduh Eskandar yang memecahkan kerana dia berasa benci dengan Eskandar.
Apabila Spencer mendengar telapak kaki ibunya pergi ke pintu, dia segera berlari masuk ke dalam biliknya.
Keluar sahaja puan Alice dari bilik, Eskandar mendapati adiknya dan di peluk adik-adiknya dengan erat. Dia memegang pipi adik perempuannya.
"Hazel.. Kamu okey? Ada apa-apa cedera? Ada berdarah ke?" soal Eskandar bertubi-tubi.
Hazel tersenyum kelat.
"Siku Hazel berdarah tapi sikit je. Abang jangan risaulah, abang okey? Ada apa-apa cedera? Teruk tau untie Alice pukul abang." soal Hazel.Eskandar cuba menahan air matanya daripada mengalir dan mengangguk kepala.
"Abang okey... Tiada apa-apa cedera."Mata hijaunya teralih kepada adik lelakinya.
"Herry? Herry okey? Ada apa-apa cedera ke?" soal Eskandar risau.
Herry juga turut tersenyum.
"Okey je bang, Herry kan lelaki. Kena lah kuat macam abang Eskan." balas Herry.
Ryan terus sahaja memeluk dengan erat adik-adiknya.Begitulah setiap hari yang mereka lalui sepanjang mereka tinggal bersama-sama dengan ibu saudaranya, kakak ipar kepada arwah ibunya. Hari demi hari mereka lalui nasib yang malang, sehinggalah hari yang Eskandar tidak dapat lupakan berlaku menyebabkan dia menjadi hari ini.
Eskandar membuka matanya, kenangan pahit yang dia lalui belum dapat di lupakan. Dendam yang tersemat di dadanya masih lagi kuat, dendam itu tersemat dari usianya 14 tahun dan kini umurnya telah mencecah 27 tahun. Iris hijaunya bertukar menjadi merah, dia menggenggam penumbuknya. Mana mungkin dia akan lupa, orang yang telah membunuh ibu dan bapanya.
YOU ARE READING
Mrs. Eskandar Ryan : His Dark Side
RomanceKARYA KEDUA🌻 "I'll drive you crazy with my action sweetheart." - Eskandar Ryan. ESKANDAR RYAN. Lelaki yang berkacukan Italy, mempunyai sisi gelap yang orang lain sendiri tidak ketahui. Dingin? Kejam? Pembunuh bersiri? Ya dia lah lelaki bernama Eska...