𝙷𝙸𝚂𝙳𝙰𝚁𝙺𝚂𝙸𝙳𝙴 || 25 || H•S

584 24 0
                                    

Edward menutup mulutnya yang menguap.
"Mengantuknya!"
Lucas hanya menggeleng kepala.
"Mana Ryan ni? Lambatnya!" Adam menghempas telefonnya. Dia sendiri sudah berasa bosan bermain game.

"Tu dia dah sampai, dia sendiri je ke?" Herry mengangguk.
Eskandar turun dari keretanya.

"Jom!"

Eskandar berdiri memandang rakan-rakannya.
"Korang masuk lah dulu, aku tunggu dekat sana. Herry call aku kalau dah selesai bunuh anak buah Trevon and you Edward jangan bunuh bapa kau, cari dia dan ikat dia faham?" Lucas dan yang lain mengangguk faham.

"Jom guys!" Herry menjadi ketua dalam mengendali kumpulan kecil. Mereka masuk ke dalam markas tersebut dan melakukan serangan.

Eskandar menyandar dirinya di kereta.

Lucas memegang senjata handalannya. Samurai! Ah come on, aku ni bekas murid Jackie Chan! K tiber!

Adam bersama senjata kesayangannya, glock meyyer 22. Di cium mesra senjatanya.

"Sayang jom beraksi, dah lama tak bawa u jalan-jalankan?" Adam mara ke hadapan dengan senjata di hala ke arah musuh dan di tembaknya.

Lucas hanya menggeleng kepala. Biasalah orang dah lama single memang macam tu, gila sendiri!

Edward terlebih dahulu berada di dalam rumah. Sedang dia membunuh salah seorang anak buah bapanya, dia terpandang salah seorang lelaki yang amat dia kenali.

Tersenyum sinis lelaki itu. Adrian!

"Hye my beloved cousin! " Edward tersenyum sinis.
"Mana abang kesayangan kau? Edric Storm? Aku rindu dialah."

Edward mengangkat jari hantunya.

"Fuck you bitch! Bising je mamat sialan ni, majulah bodoh! Banyak mulut pengecut! Potong lah burung kau tu sial!" maki Edward. Lelaki itu mengetap rahang.

"Kau dari dulu sampai sekarang tetap kurang ajar kan? Patutlah single sampai sekarang." Terletus ketawa Adam mendengar ejekan Adrian.

Berkerut dahi Adrian dan Edward.

"Asal kau ketawa bongok?" soal Edward geram.
"Macam mana dia tahu kau still single ni?" Edward mengetap rahang, sial punya member.

Adrian tersenyum sinis.

"Patutlah, bekawan dengan orang gila memang lah." sindir Adrian. Adam membulatkan matanya.
"Kau ni, mulut tak makan saman betul. Masa kecil-kecil dulu mak kau makan babi eh sebab tu mulut kau macam babi." sindir Adam.

Adrian meramas kasar rambutnya, stress layan Adam! Semak! Di acukan pistol ke arah kepala Edward.

"Bingit lah kawan kau ni Edward! Better mampus jelah! Tapi aku bunuh kau lah sebab.."

Bang!

Terlepas satu das tembakan ke arah lutut Adrian. Edward hanya tersenyum puas. Tembakan itu di lepaskan oleh Adam. Penat tengok drama tak berbayar, terus jelah tembak kalau nak bunuh ni banyak bunyi lagi. Kan dah kena tembak sia-sia.

"Argh!"
Adam berjalan ke arah Adrian dan di tumbuknya lelaki itu sehingga pengsan.
"Angkat lah ni, heret masuk dengan si Trevon." Adam mengheret masuk Adrian.

"Jom, Lucas kata tadi dia dah jumpa Trevon." Edward mengangguk.

Masuk sahaja mereka di dalam bilik, dia melihat Trevon di ikat di kerusi tersebut.

"Kau dah panggil Eskandar?" Lucas menggeleng.
"Kejap aku call dia."

Hello Eskan! Kitaorang dah tangkap Trevon.

Mrs. Eskandar Ryan : His Dark SideWhere stories live. Discover now