𝙷𝙸𝚂𝙳𝙰𝚁𝙺𝚂𝙸𝙳𝙴 || 6 || H•S

874 40 1
                                    

"Ok done!" ucap Bella dan duduk di sofa yang sedia ada di kedai tersebut.
"Dah?" soal Ryan sambil memandang ke arah Bella.

Bella terus memandang Ryan, dengan riak wajah yang terkejut.
'Sejak bila dia di sini?' getus hati Bella.
"Dari tadi, kau je tak perasan sebab sibuk cari baju." ujar Ryan dengan tenang.

Bella hanya tersenyum manis.

"Dah cari baju?" soal Ryan.
Bella mengangguk riang.
"Jom bayar." Ryan berdiri dan berjalan menuju ke kaunter.

"Dia ada try baju ke?" soal Ryan dingin.
Pekerja tersebut mengangguk.
"Pergi ambil dan bayar." arah Ryan.
Mata Bella membulat.
Banyak tu!
"Awak.. Banyak tu saya cuba, tak payahlah. Saya nak ni je." pujuk Bella sambil menggoncang-goncang lengan Ryan.

Ryan memegang tangan kecil Bella, di pandang lama gadis kecil itu dengan pandangan tajam.
"Do I care Bella Laudya? Duit aku, suka hati akulah." balas sinis Ryan dan kembali memandang hadapan.

Bella mencebik.

Tahulah kaya, masalahnya jangan lah beli! Dah banyak sangat ni baju aku! Aduh.

Ryan hanya menggeleng kepala.
Tiba-tiba tangan Bella di rentap dengan sangat kuat. Bella memandang wajah yang memegang tangannya.
"Apa ni kak?" wanita itu menarik kasar tangan Bella.
"Kau buat apa dekat sini? Siapa lelaki ni? Kau dah pandai menyundalkan? Dasar perempuan murah!" kutuk wanita itu.

Ryan yang berasa panas, terus menarik kasar tangan Bella dan di tolak ke belakangnya.
"Anything problem with my future wife ? " soal sinis Ryan.

Terdiam sejenak Alesya di buatnya. Dia memandang Bella dan Ryan silih-berganti.

"She's your future wife ?" soal Alesya tidak percaya. Ryan tersenyum sinis, di tariknya dan di pegangnya pinggang Bella.
"Yes she's my future wife." Alesya mengetap rahang dan berlalu pergi. Manakala Ryan, tersenyum sinis.

Bella memandang Ryan dengan riak wajah yang tidak percaya.
Ryan memandang Bella, sempat dia mengenyitkan mata.
"Jom bayar sweetheart." ajak Ryan dan melepaskan pinggang Bella, dia berjalan menuju ke kaunter bayaran dan mengeluarkan black card miliknya.

"Carl! Panggil yang lain suruh angkat barang-barang ni." arah Ryan dengan dingin.
Carl hanya sekadar mengangguk dan memanggul rakan-rakannya untuk mengangkat barang yang di beli oleh Bella.

Bella hanya memerhati orang-orang kuat Ryan mengangkat barang tersebut.
"Sweetheart jangan tercegat dekat situ. Jom!" panggil Ryan dan keluar dari kedai tersebut, rata-rata orang di situ menunduk hormat ke arah Ryan.

Bella yang memerhati itu, berkerut dahi. Kenapa semua orang tunduk hormat ke arah lelaki ni? Bella mengangkat keningnya. Barang-kali memang itu satu tabiat mereka.

"Bella Laudya!" Bella yang mendengar suara keras Ryan, terus berlari mendapatkan Ryan.

Di pegang tangannya, dan mereka berjalan seiringan ke kedai seterusnya.
"Er.. Awak.. Kita buat apa dekat sini?" muka Bella sudah bertukar kemerahan apabila mereka melangkah ke kedai pakaian dalam perempuan.

Ryan tersenyum kecil melihat wajah Bella yang kemerahan, di cuitnya hidung mancung wanita itu.
"You look so cute sweetheart when you blushing. I love it !" puji Ryan, hampir sahaja wajah mereka berdua bersatu.
Bella mengelak daripada bertentangan mata dengan Ryan, mahu tidaknya. Jantungnya sudah tidak tentu arah apabila melihat mata hijau milik Ryan.

Ryan tersenyum sinis.

"Kau taknak pakai pakaian dalam ke?" soal Ryan.
Bella tidak menjawab, dia terus sahaja berjalan masuk ke dalam kedai tersebut. Peduli apa dia, lelaki itu sendiri mengatakan yang dia berbelanja untuknya.

Mrs. Eskandar Ryan : His Dark SideWhere stories live. Discover now