𝙷𝙸𝚂𝙳𝙰𝚁𝙺𝚂𝙸𝙳𝙴 || 10 || H•S

880 38 0
                                    

Bella menghempas tubuh di katil besar milik Ryan. Penat seharian, walaupun hanya sekadar akad nikah namun sesi bergambarnya tersangatlah lama.

'Mandi, lepastu tidur!' getus hati Bella. Dia berdiri dan berjalan menuju ke tandas, namun apabila dia melalui cermin, terhenti seketika dia di hadapan cermin.

Bella menilik dirinya melalui pantulan. Terukir senyuman di bibirnya.
'Cantik juga eh kalau aku bertudung. Macam wanita terakhir gitu!' gumam hati Bella.
Dia ketawa sendiri.
'Macam best lah pakai tudung.'

"What are you doing sweetheart ?" dingin sahaja di dengar, dia menutup pintu bilik dan mengunci.
Bella memandang Ryan sambil tersenyum manis.
"Apa wak?" soal Bella.
"I said.. What are you doing Bella Ladya? Kenapa tak mandi-mandi lagi ni?" soal Ryan pelik, berkerut dahinya apabila melihat isterinya yang berdiri di hadapan cermin sambil tersenyum sendiri.

Bella menggeleng.

"Err.. Tak.. Saya nak pergi mandi lah ni." Bella melangkah ke bilik mandi.
Belum sempat Bella menutup bilik mandi, Ryan menahan agar pintu itu tidak tertutup rapat.
Bella mengerutkan dahinya.
"Awak! Saya nak mandi ni!" ujar Bella dan cuba menutup pintu namun gagal kerana Ryan lebih kuat menahan pintu tersebut.

"Aku nak mandi sekali boleh?" Ryan tersenyum nakal.
"Jangan nak mengada Ryan! Dah tepi saya nak mandi!" laung Bella dan menolak kasar Ryan.

Ryan ketawa di sebalik pintu tersebut. Sakit perutnya melihat wajah cemberut isterinya itu.
"Angel.. Right know you're mine. So aku ada hak nak buat apa saja yang aku nak!" jerit Ryan sambil ketawa terbahak-bahak.

Manakala Bella sudah mencebik di dalam tandas. Perangai Ryan selepas sah menjadi suami isteri makin menjadi-jadi.

Bella menggeleng kepalanya dan mula membersihkan badannya.

Ryan hanya tersenyum, dia berjalan ke katilnya. Fikirannya ligat memikirkan akad nikah yang berlangsung di masjid tadi. Tiada apa yang berlaku, namun dia melihat ada seorang wanita yang amat dia kenali. Wanita itu adalah kakak kepada Bella, Alesya. Tidak tahu mengapa, perasaannya tidak sedap hati apabila melihat Alesya ada di majlis tersebut, mesti wanita itu ada merancang sesuatu agar dapat memusnahkan rumah tangga yang baru sahaja Ryan dan Bella bina.

Ryan mengambil telefon pintarnya, dia menekan nombor Edric untuk menghantar pesanan.

Edric

Edric

Perhatikan kakak Bella. Kalau dia cuba buat apa-apa kau terus je bawa ke markas. Jangan seksa dia atau bunuh dia, biar Bella sendiri yang langsaikan perempuan murahan tu.

Ryan meletak telefonnya setelah menghantar pesanan kepada Edric. Dia memejamkan matanya seketika untuk merehatkan badan, seharian bergambar cukup memenatkan. Ryan membuka songkoknya dan di letak di meja sebelah katilnya.

Bella yang telah siap mandi, terus sahaja keluar dari bilik mandi dengan sangat berhati-hati. Dia memerhati sekeliling.

Bella menarik nafas lega.
'Ok dia tidur, kena cepat-cepat nanti dia terbangun pula.' desis hati Bella dan cepat-cepat menuju ke almari.

Baru sahaja Bella hendak memakai pakaian dalamnya, ada satu tangan kekar melingkar di pinggang rampingnya sambil menghidu haruman di tubuh Bella.

Tersentak dengan itu, Bella terus memusingkan tubuhnya dan memperbetulkan tuala.

Mrs. Eskandar Ryan : His Dark SideWhere stories live. Discover now