"Sebentar lagi kapal terbang bakal mendarat di lapangan terbang.. "
Ryan membuka matanya dengan perlahan, matanya memandang ke arah luar tingkap. Kemudian, mata hijau itu memandang wajah tenang isterinya. Terukir senyuman di bibir si jejaka tampan itu. Comel sahaja dia melihat isterinya yang lena di buai mimpi, apabila dia merenung lama wajah isterinya. Dia berasa tenang, seolah-olah dunia ini berhenti seketika apabila melihat Bella yang sedang tidur.
Kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang Itali. Adam dan Edward mengeliat tatkala mendengar seseorang mengejutkan mereka.
"Encik Adam dan Encik Edward, kita sudah sampai di Itali." Adam membuka matanya, sebut sahaja Itali. Mindanya menjadi segar.
Edward mengeliat."Dah sampai?"
Seorang lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Edward berdiri, apabila matanya tertumpu kepada Lucas. Terletus ketawanya, begitu juga dengan Adam.
Edric tersedar dari tidurnya apabila isterinya mengejutkannya dengan sangat lemah-lembut. Edric memeluk isterinya dan di cium bibir dan rambut Hazel.
"Sayang kita dah sampai."
"Hrm.."Hazel hanya menggeleng kepala, dia memandang Danish yang nyenyak tidur.
"Anak mommy, Danish Uqael. Kita dah sampai sayang." Hazel mencium pipi tembam Danish.
"Sayang.. Bangunlah."Edric membuka matanya perlahan, di cium seketika Danish.
Herry tidak sama sekali tidur sepanjang perjalanan, dia asyik sahaja memandang anaknya Siera tidur. Sejuk hatinya memandang Siera.
Ryan memegang bahu Bella.
"Sweetheart.. Bangun, kita gerak pulang mansion jom." Bella hanya sekadar mengangguk, dia memperbetulkan tudung shawlnya.
"Abang, okey tak tudung sayang?" Ryan tersenyum kecil dan mengangguk.
"Look beautiful sweetheart. Dah jom.""Aaron dan Arryan?"
"Oh lupa!" Bella menggeleng kepala, dia fikir dia tu belum ada anak ke bang Ryan?!"Kejap." Ryan memandang Aaron, masih nyenyak sahaja tidurnya bersama earphone di telinga. Aaron duduk paling hadapan, tidak bersama Arryan.
"Aaron Ethan.. " Aaron hanya mengeliat sedikit.
Ryan memandang isterinya.
"Sayang, kau pergi kejutkan Arryan. Aku nak angkat Aaron masuk kereta." Bella tersenyum dan mengangguk.Dia berdiri dan berjalan menuju ke arah Lucas, kerana Arryan duduk bersama Lucas. Terpandang sahaja dia wajah Lucas, Bella menahan ketawanya tatkala melihat wajah Lucas. Ini tidak lain tidak bukan, mesti kerja Arryan Mikael. Bella menggeleng kepalanya.
"Lucas.. Bangun.. Kita dah sampai ni. Mana Arryan?" soal Bella, pelik kerana setahunya Arryan duduk bersama Lucas namun anaknya itu tidak ada duduk bersama Lucas.
"Arryan? Tak tahu, mungkin dah turun dengan Adam kot."
Bella hanya sekadar mengangguk.
"Mana Arryan sayang?"
"Lucas kata, maybe dah turun dengan Adam." Ryan mengangguk.Ryan menahan ketawanya tatkala melihat wajah Lucas. Bella memberi isyarat agar menahan ketawanya.
"Lucas, baik awak cuci muka awak tu sebelum turun." berkerut dahi Lucas. Cuci?
"Kenapa Bella? Ada air liur ke?" Bella menggeleng."Pergilah tengok dekat cermin, saya dengan Ryan turun dulu tau." Lucas bergegas pergi ke tandas. Membulat matanya melihat wajahnya yang di conteng dengan pelbagai seni.
YOU ARE READING
Mrs. Eskandar Ryan : His Dark Side
RomanceKARYA KEDUA🌻 "I'll drive you crazy with my action sweetheart." - Eskandar Ryan. ESKANDAR RYAN. Lelaki yang berkacukan Italy, mempunyai sisi gelap yang orang lain sendiri tidak ketahui. Dingin? Kejam? Pembunuh bersiri? Ya dia lah lelaki bernama Eska...