"si gadis yang keliru."HUJAN yang turun semakin lebat membasahi bumi. tanah rata yang tadinya kering semakin lembab. daun daun di pokok basah dengan titisan air hujan, sekaligus menyirami bunga bunga hiasan di persekitaran.
langit kelabu ditutup awan gelap. sesekali, dentuman guruh kedengaran sembari dengan kilat yang sabung menyabung. malam itu, tidak ada satu makhluk pun yang berani keluar dari habitat masing masing, semuanya seakan-akan takut dengan kurnia Allah yang disebut hujan itu.
aneh, — kerana hujan yang biasa, sekadar titisan air yang aromanya menyenangkan ; serta bunyi nya yang deras mampu memberi efek yang kuat buat seseorang. mampu menambah segala perih, rindu, dan luka di hati. tapi pada masa yang sama, menjadi peneman saat lagi sendiri.
hujan yang mempunyai seribu satu rahsia, yang menjadi penyimpan segala kisah lampau seseorang.
hujan yang menjadi pemerhati runtuhnya sosok itu.
Esya menangis lagi. buat ke sekian kalinya. tubuhnya yang kurus itu dipeluk erat. hujan yang turun seolah olah ikut menangisi dirinya yang kelihatan rapuh. punah. hancur.
bibir Esya bergetar hebat, selari dengan jantungnya yang semakin berdegup laju. seketika, tangannya laju menutup telinga, menghalang sebarang bunyi dentuman guruh di luar dari menyapa gegendang telinganya.
malam Jumaat datang lagi.
malam di mana seorang gadis berumur 21 tahun itu akan menangis tersedu-sedan, akan meracau di biliknya keseorangan tanpa diketahui sesiapa pun. malam di mana hanya Esya dan Sang Pencipta yang tahu.
malam di mana, hanya bulan yang jadi saksi.
tangisan yang kering di pipi itu dilap beberapa kali olehnya. Esya mengetap bibir, menutup mata sekejap. mencuba menenangkan dirinya.
gadis yang sembam matanya mula menatap dindingnya kosong. dengan kudrat yang ada, dia turun dari katil, mengatur langkah ke arah sliding door di tepi katil. dia merenung titisan air yang semakin laju menitis dari awan ke bumi.
perasaan itu datang lagi.
perasaan rindu, dan sakit.
yang tidak tahu ditujukan kepada siapa.Esya mengalihkan pandangannya ke langit, bulan yang pernah menjadi menjadi tempat dia bicara suatu ketika dahulu itu hilang disebalik langit yang mendung.
semua ini bagaikan dejavu. seperti Esya pernah lakukan semua ini 10 tahun yang lalu, tetapi dia tidak mampu mengingati apakah hal yang terjadi di detik itu.
mengapa dia menangis, dan kepada siapa dia tangisi. itu soalan soalan yang Esya harus hidup setelah hampir 5 tahun tumbuh dewasa.
"sakit.." rintihnya perlahan, tangan Esya mencengkram leher bajunya. hatinya terasa dikoyak-koyak, tangisan kembali laju mengalir di wajah mulusnya.
sang gadis yang keliru, bersama sama dengan memori yang hanya Tuhan yang tahu kemana hilangnya.
_______
playlistnya menyusul sepanjang chapter ya!
— review prologue?