تسع

12.9K 1.6K 876
                                    

"jangan jahat."

ESYA mengeluh, kepalanya terasa begitu berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ESYA mengeluh, kepalanya terasa begitu berat. kalau semalam dia sakit, hari ini, lebih parah.

hari kedua orientasi. sepatutnya, gadis itu bersama sama dengan kumpulan yang telah dia bentuk pada awalnya di kampus. namun takdir berkata tidak, terpaksalah Esya terlantar di atas katil di biliknya dengan sakit yang masih belum kelar.

jam menunjukkan 9 malam, dan Esya mengatur langkah kakinya ke arah balkoni. ingin mengambil angin luar.

sebelum itu, telefon Esya dicapai sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi. dihidupkan telefon itu, lalu jarinya laju membuka aplikasi whatsapp.

seperti menunggu sesuatu.

Esya diam, memerhati kontak Nazim lama. jarinya begitu gatal untuk memulakan perbualan— tetapi Esya, tetaplah Esya. dia amat berpegang pada prinsip di mana lelaki yang harus chat dulu, bukan para gadis.

hampir lima minit dia tunggu, namun hampa. tiada apa apa notifikasi dari si dia. Esya menghela nafas kecewa.

namun begitu, setelah beberapa ketika, loceng rumahnya berbunyi beberapa kali. Esya hairan, dia bingkas bangun dan menjenguk dari atas. penasaran, siapa pulak yang datang malam ni?

nak mintak tolong Qasy, budak tu mesti dah tidur dah. maklumlah, seharian orientasi. ceritanya, harini ada sesi ice breaking dan explorace. dengar macam seronok, tapi membayangkan keadaan dimana Esya harus berlari ke sana dan kesini, dengan period cramps nya.. ya Allah, bawak mengucap bro.

mahu tak mahu, Esya menggagahkan dirinya untuk turun membuka pintu. setelah selesai menyarung tudung dan selipar, gadis itu menghampiri pagar rumah dan membukanya perlahan.

"ya?" Esya memandang tepat ke arah jejaka berpakaian pink terang yang sedang setia memegang sekotak donut dan sebuah air hangat. helmet lelaki yang tertulis "FOODPANDA" itu dibetulkan sekali, sebelum ia tersenyum sopan kepada Esya.

"cik, ada penghantaran." mulanya.

"hah? saya tak ada order apa apa pun bang."

"bukan cik, ada orang yang orderkan. sebentar." lelaki itu memberikan kotak itu kepada Esya lalu menyeluk poket seluar,  mengeluarkan telefon pintar. jarinya pantas mendail nombor, seterusnya menekan punat hijau. speaker diletakkan, sementara Esya  masih terpinga-pinga di tempatnya sendiri.

"assalamualaikum?"

suara tu...

"waalaikumsalam, dik. saya dah ada depan rumah ni. katanya tadi kalau sudah sampai, harus telefon dulu, kan?"

"oh, sudah sampai ya?"

"ya."

"abang betul tak salah rumah?"

الشمس [matahari] Where stories live. Discover now