"semestanya saya."
_______ >>
@mnzm2417 just post a new tweet.
NAZIM mematikan telefonnya, lalu meletakkan gajet itu disamping. menghembus nafas berat, dia menatap gadis yang sedang terbaring di katil bilik sakit itu lama.
tidak mahu berdua dengan Esya, Nazim mengambil keputusan untuk duduk di bilik sakit bersama dengan Qasy. perlawanan yang baru dimenangi tadi tidak diendahkan, bahkan, rasa bangga yang ia rasa juga turut surut. kosong. yang ada, cuma takut, dan bimbang.
"bila Busya nak bangun?" soal Qasy, merenung sayu wajah pucat kakaknya.
Nazim mengetap bibir. sejujurnya, dia sendiri tidak mampu menjawab pertanyaan adik Esya yang satu itu.
"kalau abang boleh bagitahu rahsia Allah, dah lama abang bagitahu." jawabnya. Qasy menoleh, matanya sedikit sembam akibat menangis tadi.
"Abang Im." panggilnya. Nazim berpaling.
"Qasy ada Busya sorang je." suaranya agak serak apabila ia mula bertutur.
"Mama sibuk. Ayah pun sibuk. keluarga Qasy tak sebahagia yang Abang Im sangka. selama Qasy membesar, Qasy tak pernah merasa kasih sayang orang tua Qasy. cuma Busya yang jadi pengganti mereka." jelasnya panjang lebar. Nazim terdiam.
Nazim butuh Esya, tapi hakikatnya, Qasy lebih.
kerana darah lebih pekat dari air. mau dipusing macam mana pun, tidak boleh melawan takdir bahawa Qasy itu darah dagingnya Esya. wajarlah kalau ia juga takut— takut kehilangan kakaknya sendiri.
"Qasy... doa ya? abang Im juga takut hilang kakak kamu." ujar Nazim, menepuk bahu Qasy sekali. Qasy hanya mengangguk, kedua tangannya menggengam jemari Esya yang masih tidak sedarkan diri.
dalam kala itu, telefon Nazim berdeting. pantas dia mengambil lalu menekan notifikasi yang muncul di paparan skrin.
aiman
online.