"it's all coming back to me now."
"ESYA?"
gadis itu mengebilkan matanya berkali kali tatkala suara asing menyapa gegendang telinganya. dia menoleh, wajahnya secara tidak langsung menghadap Ryza yang sedari tadi berada di belakangnya.
entah dari mana dan bila dia muncul pun tak tahu.
"kau? buat apa dekat sini?" soalnya. Ryza hanya tersenyum singkat sebagai balasan.
"jumpa kawan aku. dia kuliah sini jugak."
berbeza dengan Esya dan sahabat sahabatnya, Ryza mendapat tawaran dari universiti lain. mungkin kerana jurusan yang dia pilih agak berbeza dengan Esya, makanya, dia tidak melanjutkan kuliah sekampus dengan gadis itu.
Esya hanya mengangguk mengiyakan. fokusnya kembali tertumpu ke hadapan, mengelamun. wajah dan tingkah laku Nazim bermain di fikirannya, entah kenapa, ada rasa kurang enak yang menerpa. seperti ada maksud yang tersirat. ada kisah yang tidak dicerita.
masa depan? klishe.
tapi aneh. aneh, aneh. semuanya terasa asing, meskipun Esya cukup pasti Nazim hanya maksudkan itu sebagai gurauan atau tidak ada apa apa yang serius disebaliknya.
lamunannya tersentak sekali lagi tatkala suara Ryza menyapa seseorang yang bukan dirinya.
"Im!"
tubuh Ryza mendorong sosok itu lalu memeluknya erat. si empunya nama tergelak kecil, menggosok gosok belakang Ryza dengan tangannya sebagai gantian.
Esya merenung ke arah mereka dengan pandangan jengkel. mamat ni lagi. memang aku dengan dia ada jodoh ke macam mana?
jauh betul fikir.
Ryza melirik sesaat ke arah Esya sebelum merangkul bahu Nazim. Esya, di bahagian lain, hanya mampu tersenyum kekok ke arah mereka.
"Esya. kenalkan, ni kawan aku. Nazim."
kali ketiga, dan perihal deskripsi manusia dari sudut masing masing cukup berbeza pada waktu itu.
matahari.
mata Nazim yang sempurna, dengan warna hazel yang menghiasi iris matanya memancarkan sinaran cahaya yang agak malap. bersinar seperti kilat perak, bahkan, lebih dari itu. umpama matahari yang cerah tidak dilindungi awan. bak bintang yang paling terang di angkasa. bintang, satu satunya bintang yang paling terang melukis kanvas semesta.