04

15 6 0
                                    

HUENINGKAI POV

"Daddy , Kai nak keluar boleh ??"
"Tak payah nak keluar , semalam apa kamu buat semalam hah . Cuba ulang tayang balik apa kamu buat"

Flashback

"eh tu rumah saya Pak Abu"
"Eh eh asal ni , eh lupa pakcik break beca belum baiki"

"HAH BELUM BAIKI??" , Yeonjun yang tadi sedang Lena tidur sampaikan banjir beca dengan air liur nya , bangun Dan rasa sangat segar selepas mendengar ucapan Pak Abu

"PAK ABU , MACAM MANA NAK BERHENTI , EH EH PAKCIK" , Tanya Beomgyu sambil memeluk Taehyun kerana ayah Khadijah membuat pusingan U .

"POKOK PISANG PAK ABU POKOK PISANG" , Kata Soobin sambil memegang teguh tempat duduk beca tersebut .

"PAKCIK , LANGGAR TEMPAT LAIN PAKCIK JANGAN LANGGAR POKOK PISANG MUMMY SAYA , LANGGAR LAH PAPE JANGAN POKOK--"

WUSHHHHH , BANG BANG KLING TANG TUK TUK

"Adoi belakang aku , tak larat bangun ni , call bapa aku sekarang tolong", Taehyun berusaha bangun tetapi belakangnya yang rasa mahu patah Dua tidak membenarkannya untuk bangun.

"Weh bontot aku calar tak weh ?"
"Buka lah meh sini tengok-aduh"
Kan dah kena tepuk kepala Beomgyu.
"Kau ni tengah sakit-sakit ni boleh pula kau main-main",kata Yeonjun yang tak puas hati.

"tumbang pokok Pisang kesayangan Mummy aku ",Sedih Kai apabila mengenang nasib jika mummy nya melihat pokok Pisang kesayangan telah tumbang .

"Kai , sapa tu yang cekak pinggang depan pintu tu", Tanya Yeonjun.
"MAK DIA TU WOI , LARIIII",Soobin pecut bersama Pak Abu Satar iaitu Ayah Khadijah Jambu.

Semuanya lari meninggalkan Kai yang sedang buntu manakala Taehyun merangkak laju masuk ke rumah Jiran sebelah kerana masih lemah akibat kemalangan pokok Pisang tadi .

"SINI KAI , MASUK RUMAH SEKARANG , MUMMY NAK CAKAP NI"

Lepas kena marah habis-habisan Dan hampir kena lipat dengan mummy , aku masuk bilik Dan memilih untuk belajar .Kali pertama dalam hidup aku , aku nak belajar .Tiba-tiba aku teringatkan budak tu , Dari haritu aku janji nak pergi sana lagi . Lain Kali je lah.

●●

"Halah Kai dah suruh Pak Abu jangan langgar pokok pisang mummy"
"Habis tu kenapa dilanggar lagi"
"Taktau"
"Pergi belajar , jangan lepak je kerja "
"Yelah"

Dengan terpaksanya aku pergi rak buku ambil buku perniagaan .Teringat pula apa Si Siku tu cakap . Tipu lah tak terasa .Jadi , aku kena belajar !
HWAITINGG!!

TXT BERSAMAMUWhere stories live. Discover now