"Kau Ni memang tak takut daddy Kau ke Kai " , Tanya Soobin kepada Kai."takut lah , tapi demi Esok Masih Bersama Aku sanggup korbankan nyawa ." , Kata Kai dengan semangat patriotiknya .
"Ni balik Nanti takda lagi fikir dua Kali nak korbankan nyawa " , Kata Taehyun Pula .
"Ni Kau sorang , lidah tercicir ke Sampai tak Mampu nak berkata-kata lagi ." Kata Yeonjun yang melihat Beomgyu tidak bercakap Dari awal lagi .
"Ada masalah ke Gyu ?" , Tanya Soobin risau .
"masalah besar . Bukan masalah Aku je . Ini masalah Kita semua ." , Kata Beomgyu yang menjelaskan sebesar mana masalah tersebut .
"Ui besar betul tangan ayun . Mesti besar ya masalah Ni . Cuba cakap.", Kata Kai .
"Tak ke korang sedar , 2 Hari lagi Kita Akan menduduki peperiksaan . Ketar ketir saraf Aku !" , Kata Beomgyu . Sungguh dramatik ya .
"Kita jiwa kental gyu . Kental!!"
"Ye betul Kita gagah perkasa !!" Kata Yeonjun dan soobin sambil memukul Dada menunjukkan rasa gagah dan kental ."Memekak macam Ni , nampak macam dah beribu Kali ulang kaji ."Kata Taehyun memeluk badan .
"Kau Pula macam mana , beribu Kali ke ulang kaji" , Tanya Beomgyu .
" Taknak lah cakap besar . Baik Kita ulang kaji je beribu Kali . Work smart not hard haa gitu " , Kata Taehyun memberi motivasi .
" Aku pun taknak Kata apa-apa . Sebab in reality Aku lah yang paling cemas di Dunia" , Kata Yeonjun .
"Tolong , Aku nak belajar Bawah pokok kelapa untuk mendapat aura estetik . Tapi pakcik sebelah rumah selalu duduk kat situ . Apa sayang sangat dengan pokok kelapa mak Aku ." , Kata Soobin mengenang pakcik tersebut .
"Mungkin dia sayang mak Kau bukan kelapa" , Kata Taehyun .
"Eh mulut kuajo ek , ko ingat pakcik macam Maimunah ." , Kata Soobin dan menerima jelingan daripada Taehyun ."Aku setiap pagi dah bersemangat ya nak belajar . Habis je Mandi terus nampak abah dah sedia ikat kain pelikat ketat-ketat sambil Bawa sabit . Taktahu kenapa Tetapi termotivasi ." , kata Beomgyu menceritakan abah ganas nya.
"Aku buka - buka je telefon Aku , nampak dah wallpaper lock screen gambar mak sendiri . Siap edit ' Tak belajar , muka Kau Aku sumbat dalam Tempayan ' ." , Kata Yeonjun yang ingin membuktikan mak dia paling ganas di Alam semesta .
"Ganas nyo mak kamu yonjon . Aku Ni penat dengan daddy mummy yang selalu kawal - kawal hidup Aku . Aku Tahu Aku hensem tapi taste orang sini taste orang Kampung . Aku mana muka orang Kampung. Muka orang desa Ada lah " , Kata Kai .
"Orang desa orang desa . Dengan kau sekali mak yeonjun sumbat dalam Tempayan ", Kata Taehyun .Kai hanya tersengih-sengih .
"Kau takde cerita ke Tae ?", Tanya Soobin .
"Aku lari rumah" jawab Tae ."LARI RUMAH ?" , terkejut unta semua orang mendengar berita tersebut , kecuali Kai .
"Haah , Aku tinggal kat rumah Kai . ", jelas Taehyun .
"Kenapa tak cerita kat kitorang awal-awal", Tanya Beomgyu .
"Malas nak cerita Benda tak penting ", Kata Taehyun . Yang lain buat-buat tak dengar. Takut Pula Taehyun badmood , habis tanggal semua atap rumah dekat Kampung Padi Emas .Setelah berjam-jam Esok Masih Bersama lepak di tempat biasa , mereka semua pun balik dan mula belajar selepas makan Malam . Jika Hari esok berlalu , tinggal Satu Hari lagi untuk belajar dengan tekun . Harapan Kampung Padi Emas mungkin betul Akan terletak kepada pemuda-pemuda yang pemalas ini.
●●●●
Chapter Ni sangat pendek ye . Tak apa . Saya Akan berusaha untuk buat cerita Ni lebih menarik . Hoho .

ANDA SEDANG MEMBACA
TXT BERSAMAMU
Hài hướcSekumpulan remaja tampan tetapi malas nya tahap dewa telah bernekad untuk membersihkan nama Kampung Padi Emas . Marilah sertai mereka dalam kisah yang memberi teladan ini. [ DISCONTINUED ]