05

13 6 0
                                    

MESYUARAT KAMPUNG PADI EMAS

"Wahai penduduk-penduduk Kampung Padi Emas . Berdirinya aku di sini adalah untuk membincangkan masalah kampung Kita ni . Aku sebagai ketua kampung sangatlah berduka cita dengan berita yang telah tersebar . " , Ketua kampung memberi ucapan kepada penduduk-penduduk atau wakil yang hadir ke mesyuarat.

"Betul ! Saya pun sama ! Berita ni lah buat saya malu nak beritahu kat mana kampung saya!", Kata Tok Rasul yang hanya memakai singlet Dan kain pelikat serta songkok tinggi .

"Anak saya yang 7 tahun pun dah pandai malu , siap bawa saya Dan keluarga pindah .nak juga pindah Kampung Durian Perak",kata Kak Siti sambil dukung anaknya . Orang mesyuarat jangan bawa anak , ni siap bawa anak dengan laki sekali . Sangat bahagia keluarga Kak Siti .

"Kalau saya mau pindah , duit manyak ini macam perlu guna", Kata Uncle Wong.
"BETUL TU KETUA BETUL"
"KAMI MALU KETUA , MALUU"
"MARI PERANG DENGAN KAMPUNG DURIAN PERAK!!!"
"MARI MARIII!!"
"Bawa bertendang , Sila bawa bertendang -"

Tidak sempat Ketua Kampung menghabiskan ucapan, ada Dua manusia tiada hempedu sedang main tendang-tendang .

"Aduh , memang tak boleh bawa gurau . Tolong bawa Dua orang tu keluar sekarang ."
Selepas keadaan sudah tenang kembali , ketua kampung mulakan ucapannya.

"Aku tahu Dan faham perasaan korang . Tapi tolong bawa bersabar . Aku pon fikir juga Dan tahu apa jadi . Penduduk semua bersusah hati tapi tak ambil tindakan tetap juga malas . Kalau tahu marah je tapi takde tindakan , memang tak menjadi semua", Ketua kampung yang tadi nampak lurus bendul , sekarang nampaknya dah boleh ganti Tun Mahathir .Semua penduduk diam , tidak kecoh seperti tadi .

"Ada sesiapa mahu memberi cadangan?"
Seorang lelaki berpakaian jubah putih bangun Dan berkata ,"kalau malu dengan nama kampung Dan keadaan kampung , kenapa tak tukar je nama kampung "
"Yelah betul tu"
"Sapa dia tu siap jubah putih bagai"
"Kau tak rasa ke dia malaikat yang Tuhan hantar untuk selamatkan kampung ni"
"Bijak juga"

Ramai yang bersetuju dengan lelaki tersebut Dan juga tertanya-tanya siapa lelaki itu .

Ketua kampung pun menjawab , "Kita tak boleh sesuka hati je tukar nama kampung ni . Moyang aku yang bagi ni . Kita kena bangga dengan moyang-moyang Kita yang dah jaga tanah ni ."
Penduduk yang bersetuju tadi sekarang rasa kecewa Dan mahu balik .

Selepas habis mesyuarat , semua penduduk - penduduk membawang tentang ketua kampung Dan Kampung Durian Perak serta lelaki berubah putih .

TXT POV

"Mak ayah korang ada datang tak mesyuarat pagi tadi?" , Tanya Taehyun sambil makan sesudu kuaci . Dia kupas satu-satu lepas tu simpan , sebab tu dapat sesudu kuaci.

"Datang lah . Ingat abah dengan ibu aku nak bayar rm5 ke . Mahal Tau tak mahal", kata Beomgyu sambil mencubit kulit siku Yeonjun .

"Asal bayar rm5?", Tanya Kai kepada Beomgyu.
"Kalau tak datang mesyuarat kena bayar rm5",jawab Yeonjun pula.
"Lah patut lah",Kata Soobin sambil menepuk dahi .
"Asal? Ada pape ke bin?", Tanya Kai .
"Mak ayah aku mana datang mesyuarat tu.",jawab Soobin .

"Habis tu , mak ayah kau tak bayar lah?Ih ko ni beomgyu aku terajang ko Kang", Kata Yeonjun , rimas dengan Beomgyu yang Dari tadi cubit - cubit sikunya.

TXT BERSAMAMUWhere stories live. Discover now