13

13 3 0
                                    

"Aku boleh nampak dah masa depan Kampung Padi Emas !!Kita Akan maju ! Kita lah yang Akan memajukan Kampung Kita Ni ges!" , wah Yeonjun , sungguh bersemangat ya .

Selepas Hari penilaian , mereka lepak seperti biasa dan berkongsi keputusan peperiksaan masing-masing. Semuanya bangga dengan diri mereka .

"Rupa-rupanya keputusan yang Baik dapat mengubah perangai mak ayah .
Aku risau keputusan peperiksaan yang seterusnya menurun" , Kata Taehyun dengan Nada yang sedih .

" Yo Tae , Kau pasti Akan terus kat atas punya . Hidup Ni macam bumi , Ada masa Kita Malam Ada masa Kita Siang"

"Kau Ni pun gyu , Cuba lah pakai contoh elok sikit . Complicated bebeno Kau punya contoh . Pakai Roda dah elok dah" , Kata Soobin yang tidak bersetuju Gyu menggunakan bumi sebagai contoh.

"Tapi Aku setuju dengan Taehyun . Cuma jangan risau Pasal keputusan peperiksaan Tahun depan , Kita pasti boleh punya ! Kita kan gagah perkasa !" Kai memberi semangat kepada Taehyun sementara Gyu headlock kepala Taehyun .

"Wah setahun lagi ya Kita sekolah . Tak lama lagi Kita Akan Jadi ketua Keluarga ." , Kata Yeonjun .

Semua angguk bersetuju dan secara tiba-tiba keadaan senyap kerana mereka membayangkan masa depan mereka .

●●●●

Yeonjun POV

"NJUN , MEH SINI TURUN BAWAH "

Yeonjun turun ke Bawah dengan laju , takutlah kalau lambat Nanti kena sumbat dalam Tempayan Jadi tapai.

"ha meh sini njun , Ni mak beli baju baru dengan seluar baru . Ada 5 Pasang , kalau nak lagi boleh Minta mak beli , Ini nampak smart dekat njun"

Mak Yeonjun membelek-belek badan Yeonjun manakala Yeonjun hanya terdiam . Tidak biasa dengan keadaan ini. Dia hanya memerhati wajah ibunya yang Dari tadi tersenyum lebar .

" Seluar Ni pun cantik . Kalau mak Ada duit , mak beli kasut Baru untuk Ko -- ko dah kenapa ? Tak suka ke baju mak beli ? Mak takda fashion sense ke ?"

"mak , kenapa beli Banyak macam Ni . 2 Pasang dah cukup dah . Mak beli lah baju untuk mak juga "

" Mak mana pernah beli baju baru untuk Ko njun . Semua baju Ko sekarang dah nampak singkat ." , Kata mak Yeonjun sambil melipat baju-baju itu semula .

Sedang sibuk melipat baju , terdengar hingus keluar masuk .

" Ko kenapa menangis ni njun . Mak beli baju baru bukan sebab esok mak Mati ."

" Bukan ! Njun terharu je "

"Meh sini mak peluk , tak yah takut , mak tak telan manusia "

Soobin

" mak kenapa panjat pokok ! Bahaya Tahu tak "

" Suruh kamu Nanti memang taknak lah . "

"Ayah Kan boleh . Ni kelapa banyak-banyak Ni nak buat apa? Nasi lemak?"

"Bukan , mak nak masak seperiuk Kari ayam dengan seperiuk Kari kambing . Alang-alang ayah kami dah Minta dagang masak hitam , mak masak juga lah "

" Banyaknya lauk . Untuk nasi lemak ke ?"

"Bukan , untuk kenduri Makan . Mak nak ajak jiran Makan dekat rumah Kita untuk Sambung kejayaan kamu kat sekolah , nah Ni tolong Bawa kelapa-kelapa Ni"

TXT BERSAMAMUWhere stories live. Discover now