Chapter 1 - When life's in ruins

422 15 18
                                    

Boleh dengar Paper Cuts by EXO-CBX sambil baca chapter ni.

Daniaelle POV

Once upon a time, tinggal seorang putera yang endearing, baik hati dan pemurah bersama bapanya. Kehidupan dia sangatlah bahagia bagaikan sebuah cerita fairytale bak Cinderella.

Ahhh...lupakan. Nama aku Daniaelle. 16 years old. Seorang yang endearing, kind-hearted dan pemurah. Orang kata nama aku agak girly tapi aku tak kisah pun sebab aku suka nama ni.

Aku tinggal bersama papa aku dengan bahagia sehingga umur aku 14 tahun. Selepas itu, semuanya musnah bila papa mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pilihan hatinya. Kenapa aku kata musnah? Aku ingat bila papa akan kahwin lagi, kitaorang akan bertambah bahagia.

Macam cerita Cinderella, ibu tiri dan adik-adik tiri dia memberikan layanan yang teruk.

Tapi aku aku sedikit berbeza...

Mama baru aku layan aku macam anak sendiri, tak ada dera-dera semua tu tapi "si dia" tidak.

Dia anak kandung mama. Means kitaorang ni stepbrother la. Dia tua berapa bulan sahaja dari aku. Aku ingat boleh la merasa ada abang tapi perangai dia nauzubillah min zalik.

Dengan arahan dia sendiri, aku kena panggil dia abang. Aku pun tak tahu kenapa dia benci sangat dekat aku.

Aku ada cakapkan kenapa kebahagian aku musnah? Musnah sebab dia. Selalu kena buli dengan dia.

Semua kerja aku la yang kena buat. Kerja rumah, kerja sekolah even dia punya pun aku yang kena buat. Sayangnya dia pandai dan kacak tapi pemalas. Kalau tak buat, satu je makan dia. Ragging.

Aku tak bagitahu papa and mama sebab aku tahu lepas dia kena, aku akan kena lagi teruk. Bijaknya dia, dia akan buat dekat anggota aku yang tertutup supaya kesan tu orang tak nampak.

Masa mula-mula duduk sekali tu, kitaorang okay je tapi lepas beberapa bulan tu dia tiba-tiba berubah. Buat aku macam tu and asyik nak marah. Aku la tempat dia lepaskan marah dia tu.

Pernah sekali tu dia terajang aku sebab aku tumpahkan Starbucks yang dia order. Terpaksa aku tipu papa cakap yang aku migraine sebab tak nak pergi sekolah esoknya.

Starbucks? Heh..kalau aku dekat Vallejo, California sekarang ni...memang tak lah aku nak order benda tu...memang Monet's yang aku cari. Malangnya, cafe tu tak wujud pun in real life.

"mana Starbucks aku?" tanya Abang Harris.

"errr...Daniaelle dah ambil dah...tapi..tapi...tadi Daniaelle tersungkur dekat depan tu...jadi.."

"jadi apa?!"

"air abang tumpah" jawab aku dengan terkejut.

Dia keluar and tengok tempat kejadian. Lepastu terus dia tarik aku bawa masuk bilik, tolak aku and mula belasah aku.

"KAU NI KAN MEMANG MENYUSAHKAN! BAWA MALANG JE DALAM HIDUP AKU!"

"Abang dah laa... jangan...Daniaelle sakit...abang dahhh... Daniaelle tak sengaja pun nak tumpahkan"

"KAU DIAM!"

Time tu aku tak boleh nak buat apa. Just menangis and tahan sakit je la.

"KAU BAGITAHU PAPA ATAU MAMA, LAGI TERUK AKU KERJAKAN!"

Lepas dia dah pergi, aku terus nangis atas katil sampai tertidur. Tak tahu la tapi bagi aku tidur adalah satu ubat walaupun tak menyembuhkan sepenuhnya.

Kadang-kadang aku pun tak pasti jugak dengan Abang Harris ni. Setiap kali kalau aku sakit mesti dia yang jaga aku. Itulah satu-satunya kebaikan yang dia buat dekat aku. Tak tahulah kalau dia takut aku mati sebab tak ada hamba lagi dah.

Aku tak ada tempat nak mengadu. Aku harap dia berubah satu hari nanti and boleh terima aku.

P/S : Harris and Daniaelle ada featured dalam "King Of My Heart" 👑 as a side characters.

09/04/2022 [556 words]

DaniaelleWhere stories live. Discover now