Harris POV
Nama aku Harris. Just a simple person. Aku dengan Daniaelle memang tak sebulu. Since mama aku kahwin dengan papa dia, mama asyik pay attention dekat dia je macam dia anak kandung mama. Habis tu aku?
Memang dia la mangsa aku. Kau jangan ingat kau boleh hidup dengan aman. Kisah dongeng kau dah tamat. Kalau aku tak bahagia kau pun takkan bahagia.
Kau jangan ingat bila kau dah masuk sini, kau akan terlepas.
Tapi dalam jahat aku, aku still ada hati perut. Aku sayang dia. Cuma ego. Satu benda aku suka pasal dia. Aku suka tengok dia tidur. Dia tidur macam kucing. Lagi-lagi kalau dia sakit sebab aku la yang jaga dia. Siapa lagi kalau bukan aku.
First time aku jaga dia, aku ingat susah tapi tak, dia tak ada banyak kerenah just ubat tak boleh lari dari time and dia nak ada benda yang peluk dia. Benda? Aku la yang peluk dia. Dekat sini la segalanya bermula.
Sini aku nak jujur satu benda. Aku tak tahu kenapa tapi dia memang mencuri perhatian aku dengan semua benda yang dia buat. Semakin aku deny perasaan aku, semakin kuat hati aku kata yang aku suka dia. Pernah satu hari tu aku rasa tergugat tengok dia lepas mandi. Aku perhati je dia.
Aku masuk ke bilik aku dekat Jasmine High ni. Hari ni hari pendaftaran dan aku akan belajar dekat sini dua tahun. Disebabkan results aku quite excellent, papa dengan mama mohonkan aku dekat sini sekali dengan Daniaelle. Kalau diikutkan aku nak stay je dekat sekolah lama. Dah ni aku kena ambil subjek sains! Aku tak minat sangat subjek ni semua. I'm more into sports.
Roommate aku tak sampai lagi. Better aku layan movie dulu sebelum kemas barang-barang aku ni.
Time aku enjoy tengok movie, roommate aku masuk. Aku tak terkejut tengok dia. Aku terkejut tengok apa yang dia bawa.
"Hey brother!" dia menyapa aku.
Dia bawa banyak gila barang. Bag dia je dah berapa. Aku tak tahu la dia ni pindah ke atau kena halau tak pun lari rumah.
"I'm Zachary" tangan Zachary dihulur.
Dia ni kenapa peramah sangat.
"Harris" aku sambut salam dia.
"do you only speak english?" tanya aku. Susah la kalau tak faham Melayu. Nama pun Zachary. Eh Harris, sedar sikit nama kau pun bukan Melayu."eh tak. Aku boleh cakap melayu"
"la. Aku ingatkan tak tahu tadi"
"kau bilik ni jugak ke?"
What? Dah aku dekat sini. Aku duduk bilik ni la.
"aku penat ni. Angkat barang-barang aku naik atas sini" kata dia.
Dia baring di katilnya.
"memang kita dua orang je ke dalam bilik ni?"
"entah. Aku sampai tadi pun kosong lagi." beritahu aku.
"ni, kita ada sesi taklimat dekat dewan tau. Kau jangan lupa pulak" beritahu aku lagi."malas la aku nak pergi."
"it's mandatory. Semua kena pergi."
"fine! jom la." ajak Zachary.
Semasa nak ke dewan aku nampak Daniaelle ketawa sambil makan ice cream yang entah mana dia dapat dengan seseorang. Aku pun nak jugak.
Tiba-tiba aku teringat yang aku pernah belikan dia ice cream dua bekas dulu. Aku beli pun sebab aku tahu dia suka sangat dengan benda alah tu. Pernah satu hari, dia ingat tu ice cream tapi bila buka rupa-rupanya ikan.
Aku, papa dengan mama dah tergelak tengok gelagat dia time tu. Dia pandang je ikan tu sebelum letak balik dalam fridge.
"woah! ada ice cream la. My favourite pulak tu. Mama beli eh? thank you" kata Daniaelle dengan teruja.
"bukan mama yang beli. Abang yang beli. Pergi la makan sama-sama" kata mama.
Daniaelle mengetuk pintu bilik aku.
"errr...Abang beli eh ice cream ni? mama cakap abang yang beli."
"dah tahu tanya lagi" kata aku dengan dingin.
"thank you Abang." kata Daniaelle lalu memeluk aku.
"mama suruh makan sama-sama." beritahu Daniaelle."hmm..masuk la. Makan dulu dekat sofa sana. Aku nak siapkan kerja aku dulu."
"makan la dulu."
"boleh tapi lepas tu kau buat kerja aku. Nak?"
"erm...tak apa la Abang buat la kerja abang dulu. Kerja Daniaelle pun banyak lagi."
"tahu pun."
Aku tengok je la dia makan ice cream tu. Bahagia semacam. Pelik aku. Ice cream boleh buat orang bahagia ke?
"kau dah kenapa tersengih-sengih ni?" tanya Zachary.
"tak ada apa-apa la. Just teringatkan sesuatu je." jawab aku. Aku teringat gelagat Daniaelle masa makan ice cream tu je.
"ouh, aku ingatkan apa la tadi. Tersengih-sengih. Macam tak siuman je aku tengok kau ni."
Mulut Zachary ni boleh tahan jugak. Tapi ni la yang aku suka. Jujur.
Tengok Daniaelle balik, rasa bersalah buat dekat dia semua tu. Aku sayang dia tapi pada masa yang sama aku envy dengan dia. Perasaan marah tu overcame perasaan sayang aku terhadap dia. Envy but love.
14/04/2022 [773 words]
YOU ARE READING
Daniaelle
Romance"benda paling menyesal Daniaelle pernah buat adalah mencintai abang" Happy ever after did exist. • THIS BOOK IS PURELY FICTIONAL •