Previously from chapter 4
Kiser tu punyalah merayu nak minta maaf dekat Roths macam diorang ni dah lama kenal.
Tapi...
...aku terkejut bila...
...Kiser kata...
...dia suka dekat Roths.
Then lepas Kiser cakap something tu, Roths terus tumbuk muka dia.
Aku pun bertambah terkejut la. Woah! Roths! Aku ingat tak ada siapa berani nak tumbuk muka dia ni. Padan muka kau ambil tempat duduk aku lagi kan.Aku rasa something happened between them back then. Kalau tak Roths takkan marah macam ni and si Kiser tu takkan merayu sampai macam tu sekali.
Roths pulak suruh aku pergi sendiri je dewan makan dengan Noah sebab dia nak sendirian dalam tandas.
Chapter 5
Aku menapakkan kaki masuk ke dalam dewan makan dan terus duduk dihadapan Noah and Adib.
"mana Roths?" tanya Noah.
"dia...dia nak sendirian dalam tandas" jawab aku.
"hah? Apa ke jadahnya dia nak sendirian dekat situ?" tanya Noah lagi.
Aku sendiri tak tahu nak bagitahu macam mana tapi kalau nak cerita sekarang, kebulur aku nanti.
"entah. Aku pun tak tau. Sebab tadi dia marah sangat dekat Kiser, muka yang macam nak baham orang tu"
Noah tersedak. Lalu dia terus mencapai airnya.
"siapa? K-Ki-Kiser?" tanya Noah.
"ye la, Kiser. Menyampah betul aku dekat dia. Boleh dia halau aku duduk tempat lain?"
"ha, tu dia. Puas aku bila Roths tumbuk dia tadi"Mata Noah terbeliak saat dia terus menoleh kearah pintu dewan. Terkejut nampak Kiser mungkin?
Aku pelik la, apa yang tak kena dengan manusia bernama Kiser ni? Dia ni siapa? Lepas Roths, Noah pulak keras badan nampak budak ni. Ahhh, lantak diorang la. Yang penting aku dapat makan. Lapar gila.
Dah la malam semalam, Abang Harris paksa aku kemas barang dia lagi. Tak sempat aku nak supper.Belum sempat aku pergi beratur, seseorang dah datang dengan roommates dia. Lalu, merangkul leher aku dan bisik sesuatu.
Terus aku pulak yang jadi keras badan dan menghentikan langkah. Kau gila nak aku ignore je dia ni? Dia ni la yang buat hidup aku macam Cinderella. Nama pulak dah nak dekat sama Daniaelle. Abang Harris. Manusia yang datang dalam hidup aku membawa nasib malang.
Nak kata dia ni jahat. Dia memang jahat pun. Aku sendiri tak tahu apa aku buat dekat dia. Tapi sometimes, dia baik jugak dengan aku. Jaga aku kalau aku sakit. Belikan aku makanan kalau aku mengidam. Bawa aku jalan-jalan. Aku harap masa tu kekal je. Tapi tu la, dia ni bad-tempered. Silap sikit je, terus nak marah aku and belasah aku. Bukan aku tak sayang dia. Aku crush dengan dia kot.
Aku menghela nafas berat lalu pergi menuju ke arah Abang Harris.
"duduk" arah dia sebelum tersenyum kecil.
Senyum? Ingat aku cair la tu. Tapi memang aku cair pun. Handsome!!! Hahaha.
Argh, jangan Daniaelle. Kenapa dia suruh aku duduk sini. Kalau aku lari, dia kejar tak? Tapi aku nak lari mana?
"okay" jawab aku pendek.
"good boy"
"Abang, nak apa?" tanya aku dengan sedikit takut.
"kenapa? Tak boleh ke?"
"er, tak...Da.. Daniaelle.."
"makan" kata Abang Harris sebelum aku sempat menghabiskan ayat.
"makan? Tak apa la. Daniaelle boleh ambil sendiri. Ni kan abang punya"
"Abang tak nak. Daniaelle je yang makan" kata Abang Harris.
Aku tengok je makanan tu. Entah-entah dia dah letak racun dalam ni. Tapi takkan la dia nak bunuh aku. Tak pun dia letak julap, saja nak kenakan aku.
"makan la. Abang tak letak apa-apa la dalam makanan tu"
Terus aku ambil sudu sebelum menyuap ke dalam mulut. Baik pulak dia hari ni. Selalunya macam singa. Mesti ada benda dia nak dari aku ni.
Seusai aku makan, dia mengambil langkah untuk beredar.
"Abang balik class dulu tau. Ingat petang nanti datang bilik abang" kata Abang Harris.
Dah agak. Dia mesti nak something kalau baik semacam. Apalah nasib aku.
***
Habis waktu rehat, aku kembali ke class dan ternampak Roths baringkan kepalanya menghadap tingkap.
"Roths, kau okay ke? Kau tak makankan tadi? Nah aku ada bawa ni untuk kau"
"a-aku...aku okay je. Thanks tau" kata dia sambil tersenyum.
Senyuman dia lain. Orang kata, even in pain, keep smiling.
Selepas tu, aku menoleh kearah Kiser yang dari tadi pandang kami berdua. Terus aku sound dia. Hahahahah.
"ni semua salah kau!"
♪°♪°♪°♪°
P/S: kebanyakkan scenes Roths dengan Kiser yang banyak untuk permulaan ni sebab ikut storyline KOMH. Next chapter baru mostly Harris dengan Danielle. But I think every chapters 50-50 kan? Scenes between Kiser x Roths and Harris x Daniaelle. Taknak la focus dekat first couple tu je sebab they already have their own story kan? Ni story Harris dengan Daniaelle.
04/07/2022 [752 words]
YOU ARE READING
Daniaelle
Romance"benda paling menyesal Daniaelle pernah buat adalah mencintai abang" Happy ever after did exist. • THIS BOOK IS PURELY FICTIONAL •