Jeongin memberhentikan kereta di hadapan stesen bas yang sunyi. Hujan lebat yang turun menyebabkan pita ingatan nya memutarkan kembali detik-detik pertemuan pertama nya bersama Minji 6 tahun yang lalu.<Flashback>
Jeongin mempercepatkan langkah nya untuk ke stesen bas setelah menyedari hujan semakin lebat.
Dia menghelakan nafas berat setelah sampai di stesen bas. Dia menyumbatkan earphone di telinga untuk mendengar lagu sambil membaca buku ulangkaji. Sesekali mata nya hampir terlelap kerana kedinginan air hujan.
"Awak" panggil seseorang.
"Nae?" Jawab Jeongin tanpa memalingkan pandangan nya.
"Nah" satu huluran sebiji gula-gula berperisa mint membuatkan Jeongin memaling ke arah panggilan itu.
Ternyata seorang gadis dengan satu lesung pipit terserlah indah di pipi kerana tersenyum lebar terhias indah di mata nya.
Jeongin seakan-akan tidak boleh mengelipkan mata nya kerana kecantikan gadis di hadapan nya itu.
"Awak? Okay ke? Tak suka gula-gula ni?" Tanya nya.
"E-eh! Suka je.. thank you" Jeongin menyambut huluran gadis itu.
"Sekarang tengah hujan, kalau awak dengar lagu kuat macam mana pon awak tetap akan mengantuk. Makan gula-gula boleh tolong awak untuk tak mengantuk tau" gadis itu berkata dengan sopan santun sambil duduk di sebelah Jeongin .
"Arrasso" jawab Jeongin sebagai respond.
"Saya Lee Minji" Minji memperkenalkan diri sambil tersenyum.
"S-saya Yang Jeongin" jawab Jeongin ringkas sambil membalas senyuman Minji.
"Awak study bidang apa? Muka comel macam ni mesti nak kerja jadi cikgu kan?" Usik Minji.
Mendengar pernyataan Minji itu sedikit sebanyak menghiburkan Jeongin yang sedang stres.
"Takde lah, saya study bidang detektif. Tahun ni last year sebab tu kena study hard ni" Jawab Jeongin mesra.
"Wahh detektif!! Mesti susah kan?"
"Boleh lah..haa awak study bidang apa?" Tanya Jeongin balik.
"Saya study bidang doktor psikologi. Next year baru habis" jawab nya ringkas.
Jeongin hanya menganguk tanda faham.
"Awak ada masalah ke? Awak jangan tipu, saya ni bakal doktor tau haa" tanya Minji lagi.
Jeongin tersenyum mendengar pertanyaan itu. Comel.
"Saya tengah fikir ni, saya balik nanti takot basah sebab takde payung" luah Jeongin sambil membuat reaksi sekaan-akan sedih.
"Ooo sebab tu je ke? Nah pakai payung saya" Minji menghulurkan payung miliknya.
"Awak macam mana?"
"Nanti appa saya ambik guna kereta kejap lagi. Dia suruh tunggu sini. Awak pakai lah payung ni" jawab nya mesra.
"Gwomawo" Jeongin tersenyum.
"Eh, awak Appa saya dah ada lah. Annyeong!" Minji sempat berkata sebelum berjalan menuju kereta milik Appa nya.
"MANA SAYA NAK KEMBALIKAN PAYUNG NI!?" jerit Jeongin agar suara nya didengar oleh Minji yang semakin menjauh.
"SAYA HARI-HARI TUNGGU KAT STESEN BAS NI JANGAN RISAU! BYEE!" jawab Minji sebelum masuk ke perut kereta.
Jeongin melambai ke arah kereta Appa Minji sambil tersenyum.
"Comel" monolog diri nya sendiri. Bibir nya tidak lekang dari mengukir senyuman setelah mengenali gadis bernama Lee Minji.
<end flashback>
Bibir Jeongin berusaha untuk mengukir senyuman tetapi air mata nya tidak mengizinkan untuk senyum dan jatuh membasahi pipi Jeongin"saya rindu awak,Minji" ucap Jeongin di dalam tangisan.
-
-
Jeongin membaringkan diri nya di sofa sejurus sampai ke rumah.Hujan turun dengan lebat membuatkan mata nya berat ingin tertidur. Penat.
"Awak!awak!" Kejut satu suara yang amat sinonim bagi Jeongin.
"Minji?" Jawab nya sambil tersenyum melihat orang nya dicintai nya kini di depan mata.
"Ye ni saya lah. Nape nangis ni?" Minji mengesat air mata Jeongin dengan ibu jari nya.
"Saya rindu awak" luah Jeongin.
"Saya ada je lah kat sini. Nape nak sedih? Nape awak tak senyum macam dulu?"
"Sebab saya gagal untuk jaga awak"
"Awak tak gagal lah. Ni semua dah takdir saya. Awak jangan lah sedih-sedih macam ni, aegi saya tak comel lah kalau sedih. Saya tetap ada bersama awak, sayang." Minji berkata dengan ukiran senyuman yang tidak pernah pudar.
"Saranghae" Jeongin tersenyum.
"Nado saranghae Jeongin-ah. Jangan give up tau!" Minji mengusap lembut rambut Jeongin.
"Kedebuk"
Jeongin tersedar dari mimpi yang indah kerana terjatuh dari sofa.
"Minji" monolog nya sendiri. Seakan-akan diri nya tidak percaya bahawa tadi hanya sekadar mimpi.
Dia terus bergegas ke bilik mandi lalu mencuci muka agar segar.
"Ini aku ke?"
Monolog nya sendiri apabila melihat cermin. Seakan-akan tidak mengenal diri sendiri. Diri nya yang dahulu ceria kini bertukar menjadi suram. Penampilan diri nya 360° bertukar.
"Awak jangan lah sedih-sedih macam ni, aegi saya tak comel lah kalau sedih." Kata kata Minji membisik-bisik di telinga nya.
Wajah Jeongin kembali dihiasi dengan senyuman.
"Aku kena bangkit demi Minji!" Monolog nya sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Among Us [Yang Jeongin]
Fanfiction[HIATUS] Kebahagian Yang Jeongin diragut apabila mengetahui tunang nya menjadi mangsa pembunuhan kejam. "kau dasar pembunuh!!" -Yang Jeongin- ♤ start: 14. April. 2022 ♤ end : p/s: sila tekan 'sinopsis' untuk lebih lanjut jika anda tidak mahu dihan...