[Rumah Han Jisung]
Bunyi lonceng rumah Han Jisung ditekan.Seungmin,Hyunjin dan Jeongin berdiri di hadapan rumah Han Jisung dengan muka menahan bahang kemarahan walaupun dia hanya suspek. Begitu juga dengan polis-polis yang terlibat.
"Nae? Cari siapa?" Seorang lelaki membuka pintu agar dapat melihat polis-polis yang datang.
Lelaki itu adalah abang kepada Jisung, Changbin.
"Ni waran tangkap, kami ingin membawa Han Jisung ke balai polis untuk direman selama 7 hari. Rumah ni bakal menjadi tempat penyelidikan." Seungmin mempamerkan kertas waran tangkap kepada Changbin.
Seungmin, Jeongin dan semua polis yang bertugas masuk ke dalam rumah kecuali Hyunjin.
"Hyunjin kenapa ni?" Changbin masih keliru.
"Hyung, Jisung tertuduh dekat kes pembunuhan 2 hari lepas" jelas Hyunjin. Jisung adalah kawan kepada Hyunjin sejak sekolah rendah.
"Saya masuk ye Hyung" izin Hyunjin sambil melangkah masuk ke rumah Jisung.
"APANI?? NAK PENJARA KAN AKU NI?" Jerit Jisung nasib Live di Youtube sempat ditamatkan.
"Han Jisung, anda direman kerana tertuduh dalam kes pembunuhan Lee Minji" Seungmin berkata dengan serius.
"Hyunjin-ah! Apa ni?" Jisung masih keliru.
"Kau ikut je lah kami ke balai. Aku tak sangka kau macam ni" Hyunjin kecewa dengan nasib yang menimpa Jisung.
"Gari tangan dia" arah Jeongin tegas.
"YAH!! APA NI?" Protes Jisung kerana tangan nya digari.
"Sila bagi keterangan di balai polis." Ringkas Seungmin sambil melihat bayangkan Jisung dan pihak polis semakin hilang dari mata.
"Eh kau nak gi mana?" Tanya Changbin ke arah Seungmin yang ingin memasuki bilik-bilik mereka.
"Nak check lah" jawab Hyunjin sambil memakai sarung tangan.
"Amende lah polis zaman sekarang. Orang takde buat salah tetibe jadi salah eih" bebel Changbin.
Setelah hampir satu jam mereka bertiga menyelidik rumah itu Seungmin menghelaha nafas berat kerana tidak menjumpai sesuatu yang curiga.
"Jeongin kau jumpa tak baju tu?" Tanya Seungmin.
"Takde. Aku dah check kat mesin cuci pon takde" jawab Jeongin
"Kau dapat pape tak?" Tanya Hyunjin.
"Takde" geleng Seungmin kecewa.
"Hah takde kan? Amende lah korang ni. Menyusahkan orang je. " Changbin mengeleng-geleng melihat tiga orang detektif di hadapan nya.
"Maaf kerana menganggu" Seungmin, Hyunjin dan Jeongin memberikan bow 90° dan berlalu pergi.
Changbin hanya terdiam terpaku. Pelik dengan mereka bertiga.
♧
[Di balai polis]
"Han Jisung-ssi" panggil Seungmin sambil duduk di hadapan Jisung.
"Oh? Wae?" Jisung menjawab dengan nada yang tidak puas hati.
"Kamu kenal Lee Minji?"
"Mesti lah kenal. Dah dia je doctor kat kejiranan aku" jawab nya selambah.
"Sewaktu malam kejadian, kamu gi mana?" Tanya Seungmin sambil mempamerkan gambar Jisung yang terburu-buru hendak menaiki lift.
Jisung tersenyum sambil tertawa.

YOU ARE READING
Among Us [Yang Jeongin]
Fanfiction[HIATUS] Kebahagian Yang Jeongin diragut apabila mengetahui tunang nya menjadi mangsa pembunuhan kejam. "kau dasar pembunuh!!" -Yang Jeongin- ♤ start: 14. April. 2022 ♤ end : p/s: sila tekan 'sinopsis' untuk lebih lanjut jika anda tidak mahu dihan...