Hyunjin khusyuk melukis bunga yang terhias indah di hadapan pejabat nya. Sesekali dia mendengar lagu sentimental yang sayup-sayup kedengaran menerusi laptop peribadi nya. Dia tersenyum senang.Namun, ketenangan yang dialami nya sekarang bertukar apabila dia mendengar bunyi tapak kaki yang berjalan ke arah pejabat nya. Segera dia mematikan lagu dan menyembunyikan lukisan nya lalu dia berpura-pura membaca file pembunuhan Minji.
Tok..tok
Bunyi pintu pejabat diketuk lalu dibuka.
Kelihatan dua orang jejaka kacak yang masuk dengan muka yang tidak puas hati.
"Kau busy apa?" Tanya Jeongin dingin.
"Okay, aku minta maaf sebab tak dapat datang pengebumian Minji. Tapi aku betul-betul lupa. Aku teringat pun sebab Seungmin call aku tadi" terang Hyunjin tenang.
"Yeji cakap kau keluar awal dari dia. Kau pergi mana awal pagi tadi?" Tanya Seungmin.
"Aku gi beli sarapan" jawab Hyunjin selambah.
"Okay" jawab jeongin ringkas. Dia tidak mahu membesarkan hal ini dan dia tidak mahu Seungmin dan Hyunjin bergaduh disebabkan hal yang kecil ini. Kedua manusia itu bagai anjing dan kucing tidak pernah berdamai walau sehari. Pening dibuatnya.
"Lama juga ek pengebumian tu? Sekarang dah malam baru korang datang" kata Hyunjin.
"Dah nama dia majlis pengebumian kan takkan sekejap je? Kau ni nama je detektif tapi otak lembab" api kemarahan mulai terbit dihati Seungmin apabila mendengar pernyataan Hyunjin yang agak sensitif.
"Guys, tolong lah jangan gaduh. Aku dahlah kena fikir kes ni dah seminggu still tak dapat lagi hint sape pembunuh nya dengan korang yang asyik memekak tak tentu pasal lagi. Dah dewasa tapi perangai serupa budak tadika! Kadang aku rasa korang useless tau! Kalau korang taknak ambik kes ni korang boleh berhenti! Biar aku sorang je yang handle!" Marah Jeongin sambil keluar dari pejabat.
Seungmin dan Hyunjin saling bertatapan wajah yang terkejut dengan kata-kata Jeongin.
Manusia yang dikenali sebagai "angel " kerana tidak pernah melontarkan kata-kata menyakitkan hati tadi telah berubah menjadi orang lain. Mereka betul-betul tidak mengenali siapa Jeongin sekarang.
![](https://img.wattpad.com/cover/304313755-288-k534506.jpg)
YOU ARE READING
Among Us [Yang Jeongin]
Fanfic[HIATUS] Kebahagian Yang Jeongin diragut apabila mengetahui tunang nya menjadi mangsa pembunuhan kejam. "kau dasar pembunuh!!" -Yang Jeongin- ♤ start: 14. April. 2022 ♤ end : p/s: sila tekan 'sinopsis' untuk lebih lanjut jika anda tidak mahu dihan...