Seungmin dan Hyunjin menoleh ke kiri dan kanan setelah sampai di kaunter pertanyaan hospital mental Seoul.
"Maaf encik berdua ni cari sape?" Tegur seorang jururawat setelah menyedari kehadiran dua orang detektif itu.
"Kami cari doktor Felix" jawab Hyunjin dengan senyuman lebar.
Seungmin hanya menjeling melihat gelagat Hyunjin. Pantang melihat perempuan.
"Ooo Doktor Felix. Dia tengah ada pesakit sekarang. Boleh saya tahu encik berdua ni sape?"
"Saya detektif Hyunjin dan Ni detektif Seungmin" pantas Hyunjin menjawab sambil mempamerkan kad detektif nya.
"Ooo detektif.. okay encik berdua boleh tunggu kat sini saya nak bagitahu doktor felix" Ramah Jururawat itu sambil bergerak menuju ke pejabat Doktor Felix.
"Kau boleh tak friendly sikit? Kesian nurse tu tadi kau jeling" Tegas Hyunjin.
"Aku jeling kau lah pabo! Friendly mende? Kita sekarang tengah kerja tau bukan nak cari jodoh eih" bantah Seungmin.
Selang beberapa minit, jururawat tadi membenarkan Seungmin dan Hyunjin masuk ke pejabat Felix.
"Annyeonghaseo" sapa Felix.
"Annyeonghaseo" serentak Hyunjin dan Seungmin.
"Hmm, ada apa apa saya boleh bantu?" Felix mengajukan soalan.
"Boleh saya tahu kamu berkawan dengan Minji dah berapa lama?" Tanya Seungmin dengan muka serius.
"Lebih kurang 8 tahun sejak universiti"
"Kalau macam tu kamu mesti dah tahu semua pasal Minji kan?"
"Lebih kurang macam tu lah" Jawab Felix tanpa rasa takut.
"Boleh saya tahu senarai nama pesakit Minji?"
"Hmm, tak boleh encik. Sebab tu adalah privacy pesakit. Kami memang tak boleh nak bagitahu even kepada pihak polis. Saya harap encik faham ye"
Mendengar jawapan Felix, Seungmin menghela nafas berat.
"Hmm, kamu tahu dengan siapa Minji berkawan?" Hyunjin akhirnya mengajukan soalan.
"Walaupun Minji yang korang kenal tu selalu senyum dan happy sebenarnya dia ada trauma. Dia trauma sebab dia selalu kena buli waktu zaman sekolah walaupun dia cantik dan pandai. Dia terima Jeongin pon sebab dia selalu nampak Jeongin dalam mimpi. Dia tak ramai kawan. Setahu saya, hanya saya kawan dia sejak universiti" Panjang lebar Felix bercerita.
"Kamu pernah ada perasaan selain seorang kawan kat Minji?" Tanya Hyunjin lagi.
"Tak pernah pulak sebab saya dah anggap dia macam family dah" jawab Felix jujur.
"Kalau macam tu, kami gerak dulu. Terima kasih kerana kerjasama kamu, doktor Felix" pamit Seungmin.
Hyunjin hanya menepuk lembut bahu Felix tanda pamit.
Setelah bayangan Seungmin dan Hyunjin hilang dari mata, Felix dengan pantas mengunci pintu.
Air mata nya mengalir dengan deras.
"T-takkan d-dia y-yang b-bunuh M-minji?" Kata Felix yang masih teresak-esak.
YOU ARE READING
Among Us [Yang Jeongin]
Fanfic[HIATUS] Kebahagian Yang Jeongin diragut apabila mengetahui tunang nya menjadi mangsa pembunuhan kejam. "kau dasar pembunuh!!" -Yang Jeongin- ♤ start: 14. April. 2022 ♤ end : p/s: sila tekan 'sinopsis' untuk lebih lanjut jika anda tidak mahu dihan...