Jeongin bersiar-siar di taman yang selalu menjadi tempat pertemuan nya bersama Minji.Angin sempoi-sempoi bahasa meniup ke arahnya seakan-akan memahami keadaan nya. Dia tersenyum senang kerana mempercayai bahawa Minji sentiasa melihat dia.
"Taman ni tak pernah tak cantik" monolog diri nya.
Tiba-tiba dia bertukar riak wajah apabila melihat figura yang dia kenali duduk di bangku taman. Dengan pantas dia berjalan ke arah figura itu.
"Minho Hyung" sapa nya lalu duduk di sebelah lelaki itu yang kacak itu.
"Nae" jawab Minho lemah.
"Hyung buat apa kat sini?"
"Minji pernah cakap yang dia suka sangat taman ni sebab tu hyung gi sini"
"Haah, Minji suka sangat taman ni." Jeongin menjawab dengan nada lemah.
"Dah 4 hari Minji pergi. Hyung rindu senyuman dia, suara dia. Hyung rindu sangat dia. Hyung menyesal sebab benarkan dia tinggal seorang diri. Dulu Hyung rasa bersalah sebab tak dapat jaga eomma appa, sekarang hyung lagi rasa bersalah sebab tak dapat jaga adik hyung. Malang kan hidup hyung?" Luah Minho dengan air mata yang mengalir deras.
"Hyung, hyung tak malang. Tuhan dah pinjamkan Minji untuk hiburkan hyung sepanjang eomma appa korang yang dah pergi 3 tahun lalu. Dia selalu cakap yang Hyung abang yang terbaik kat dunia ni." Pujuk Jeongin . Dia berusaha menahan sebak agar Minho tetap bersabar.
"Esok, jenazah Minji nak dikebumikan. Hyung tak sanggup nak tengok dia kena bedah siasat tu. Tempat tu sejuk, kesian dia. Kau setuju tak?"
Akhirnya Minho mula berbicara setelah beberapa minit menangis.
"Setuju je. Saya sayang Minji tak sanggup nak tengok dia macam tu. Jangan risau, saya datang esok ,Hyung." Jeongin berkata dengan air mata bertakung.
"Kalau macam tu, Hyung gi dulu tau. Jangan lupa esok" sempat Minho meningatkan sebelum pergi meninggalkan Jeongin.
Sejurus melihat Minho pergi, mata Jeongin dengan pantas mengalirkan air mata. Hati nya masih lagi tidak kuat untuk menerima semua yang terjadi.
♤
Seungmin menghela nafas berat sambil menghirup kopi americano agar dia terjaga.
Sesekali dia melihat whiteboard yang dipenuhi dengan maklumat tentang pembunuhan Minji membuatkan kepala nya pening. Cermin matanya dibuka lalu perlahan-lahan tangan nya memicit dahi agar sakit kepala nya berkurangan.
" Hey Seungmin, gwaenchana?" Tanya Hyunjin setelah melihat kondisi sahabatnya itu.
"Pening sikit je."
"Gi lah balik. Kau tu dah berapa hari kurang tidur, mesti penat"
"Taknak lah, kalau aku bawak file kes ni gi rumah kang si Jeongin tu nangis lak." Bantah Seungmin. Risau dengan keadaan kawan serumah nya itu.
"Lantak kau lah. Aku balik dulu tau dah lewat ni, adik aku sorang kat rumah" Hyunjin selambah sambil membuka tombol pintu office.
"Nae, annyeong~ elok elok drive tu" Seungmin melambai.
"Nae~" sempat Hyunjin menjawab sebelum pergi.
Seungmin memejamkan mata sambil bermain dengan pen.
"Waktu tu aku tengah buat live astu tibe kawan kau tu, Hyunjin call aku nak jumpa kat 7E sebab nak makan " Tiba-tiba pita ingatan nya memutarkan memori ketika menyoal siasat Han Jisung.
"Hyunjin ada kat area tempat kejadian?" Monolog nya sendiri.
"Eh tak mungkin lah"
"Tapi dia ada tanya mana pergi nya Jeongin waktu tu"
"Tapi tak mungkin lah dia tergamak buat macam tu"
Seungmin mengaru kepala nya berkali-kali setelah otak dan hati nya mulai bertengkar.
"Felix?" Seungmin dengan pantas mencari buku cacatan nya untuk mencari nombor telefon yang sempat disalin nya ketika di office Felix siang tadi.
Tangan nya pantas mendail nombor telefon Felix..
"Yeobuseyyo, ini doktor felix. Maaf Perhidmatan akan dibuka semula esok hari pada pukul-"
"Felix-ssi ni detektif seungmin"
"Oh, nae detektif Seungmin. Kenapa call saya tengah malam ni"
"Kamu sekarang kat mana?"
"Saya sekarang kat rumah lah"
"Maaf sangat-sangat kalau saya menganggu tapi boleh saya mintak tolong?"
"Hmm, okay. Tolong apa?"
"Tolong bagi saya list nama pesakit yang dirawat Minji please"
"Hmm, maaf encik saya-"
"Saya merayu sangat sangat kat doktor. Doktor je boleh bantu saya sekarang ni."
"Baiklah, kita jumpa dekat location yang saya share nanti"
-
-
-Seungmin menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari Felix.
"Encik Seungmin!" Panggil satu suara yang dia kenal.
Dia pantas menoleh ke arah panggilan itu, ternyata Felix yang tersenyum senang melambai ke arah nya. Dengan pantas dia berjalan menuju ke meja yang telah di pilih Felix.
"Maaf, saya lambat. Restoran ni jauh dari office saya" Seungmin mengaru dagu tanda malu.
"Eh, takpe saya faham" Felix tersenyum.
"So mana list tu?"
Mendengar pertanyaan Seungmin, Felix bertukar riak menjadi serius sambil menghulurkan satu file.
"Kat dalam file tu ada semua butiran pesakit-pesakit yang pernah Minji rawat" kata Felix sambil memeluk tubuh.
Seungmin membelek-belek muka surat file itu dan terhenti apabila muka surat yang terakhir adalah seseorang yang dia kenal.
"Hwang Hyunjin. Pesakit terakhir yang dalam rawatan Minji. Dia mengalami memori hitam sejak kecil dan mula dikesan menjadi pesakit psiko 3 tahun yang lalu" Felix menerangkan setiap butiran yang tertera di file.
"3 tahun? Kenapa saya dan Jeongin tak tahu? Kenapa kami tak nampak diri dia tu psiko?"
" Gembira adalah sinonim bagi penyakit ini. Pesakit akan berpura pura gembira agar boleh menutup sakit yang dialami nya. Hyunjin nak Minji rahsiakan hal ni sebab taknak korang risau." Jawab Felix.
"Semua pesakit kecuali Hyunjin ni dah sihat ke?"
"Yess, semua dah sihat"
Seungmin terdiam sejenak.
"Encik yakin dia yang bunuh Minji?" Felix menyoal.
"Saya tak pasti, saya kena siasat kes ni sebaik mungkin. Hyunjin sahabat baik saya, t-tak mungkin dia buat macam ni" Seungmin hampir hilang kata-kata.
"Fighting!" Felix tersenyum senang.
YOU ARE READING
Among Us [Yang Jeongin]
Fanfiction[HIATUS] Kebahagian Yang Jeongin diragut apabila mengetahui tunang nya menjadi mangsa pembunuhan kejam. "kau dasar pembunuh!!" -Yang Jeongin- ♤ start: 14. April. 2022 ♤ end : p/s: sila tekan 'sinopsis' untuk lebih lanjut jika anda tidak mahu dihan...