PSC 5

35 11 0
                                    

Zakwan tu saudara susuan dia? Betul ke? Mustahil. Fiya tetap tak puas hati dengan kata-kata lelaki itu tadi. Mana mungkin mereka berdua saudara susuan? Dia tak pernah tahu pun pasal benda ini.

Figura Zakwan yang terkulai layu di atas kerusi dipandang dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Dia cintakan Zakwan sepenuh hati tapi dalam masa yang sama, dia tegar menyakiti lelaki itu. Perempuan jenis apakah dia sebenarnya, dia pun tidak mengerti.

"Bangun, Zakwan." Fiya mencekak rambut Zakwan lalu mendongakkan kepala lelaki itu.

"Takkan kena pukul sikit pun dah mampus?" Air di dalam gayung di tangannya dicurahkan ke muka Zakwan.

Wajah memar Zakwan dipandang lagi dengan penuh minat. Rasanya, dia tahu sebab kenapa hatinya tegar memukul lelaki itu. Darah. Dia sukakan darah. Dia suka menikmati setiap titisan darah yang keluar dari badan mangsanya. Lagi dia cinta, lagi dia suka. Rasanya manis.

"F... Fiya." Zakwan mencelikkan mata.

Wajah cantik Fiya kelihatan kabur pada pandangan matanya. Kepalanya sakit setelah dipukul berkali-kali dengan spanar. Otot pipinya juga rasa kejang akibat ditampar dan ditumbuk oleh gadis psiko itu.

"Dah bangun ya..." Fiya mengelus-mengelus rambut Zakwan.

"Ingat Allah, Fiya. Mengucap." Zakwan melarikan kepalanya daripada diusap oleh gadis itu.

Apa jadi sebenarnya? Seingatnya tadi, dia dipaksa tandatangan surat cerai di pejabatnya. Selepas diberitahu bahawa Fiya tidak boleh berkahwin dengannya walaupun bercerai dengan Hany, Fiya nampak reda.

Pistol yang dilengkapi silencer di tangan gadis itu diturunkan lalu disimpan ke dalam beg tangan. Surat setuju cerai di depannya pula diambil lalu dikoyak dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Malah, Fiya siap minta maaf lagi.

Gadis itu hulurkan pula sebotol susu kultur. Katanya, sebagai token permohonan maaf. Fiya tebuk susu kultur itu dengan straw dan kemudian, suruh dia minum.

Astaghfirullahalazim...

Rasanya, dia tahu macam mana dirinya boleh ada di bengkel kereta ini. Diikat di kerusi. Memang susu kultur itulah yang menjadi puncanya. Kalau tidak, kenapa dia tiba-tiba rasa mengantuk selepas minum susu itu?

"Kalau Fiya tak dapat kau, Hany pun takkan dapat." Fiya menayangkan senyuman psiko.

PICTURE STORY CHALLENGEWhere stories live. Discover now