Prolog

289 28 14
                                    

"Choi San!"

Gadis bernama Kim Jiyu itu berlari mendapatkan si dia yang sedang menunggu di perhentian bas itu.

"Kenapa berlari? Kalau jatuh macam mana?" soal San.

Jiyu tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

"Excited sebab kau tiba-tiba ajak keluar," ujar gadis itu.

"Tch, mengada," pipi Jiyu dicubit manja.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Jiyu sambil memeluk lengan lelaki itu.

"Ingat tak kau pernah cakap kau dah lama tak pergi taman tema?"

Automatik senyuman Jiyu makin melebar.

"Kau nak bawa aku?"

San mengangguk sambil mengusap kepala gadis itu.

"Jom, bas dah sampai," jari mereka ditautkan lalu dia menarik tangan Jiyu untuk naik ke atas bas.

Perjalanan selama lebih kurang empat puluh minit itu, dihabiskan dengan berbual pada awalnya. Bila masing-masing sudah kehabisan topik, San memutuskan untuk berkongsi fon telinga dengan Jiyu dan mereka mendengar lagu.

Sampai sahaja di taman tema tersebut, Jiyu menarik tangan San dengan teruja untuk masuk ke dalam sana. Lelaki itu hanya menurut dan membawa dia ke setiap permainan yang ingin dinaikinya.

Sehinggalah mereka akhirnya berhenti setelah hampir empat jam di situ. Destinasi terakhir mereka setelah makan tengahari adalah di sebuah kedai menjual cenderamata yang berada berhampiran pintu masuk.

"Tunggu sini sekejap," ujar San tiba-tiba.

Dia kemudian berlari masuk ke dalam kedai tersebut dan muncul semula dengan sejambak bunga di tangannya.

"Nah," dia menghulurkan bunga yang berbalut kemas itu pada Jiyu.

"Gomawo,"

Jiyu tersenyum dan menyambutnya. Pertama kali dia menerima bunga dari lelaki itu. Sebenarnya, sejak seminggu lalu hubungan dia dan San agak dingin. Semuanya gara-gara pergaduhan kecil mereka yang terjadi. Kerana itulah dia begitu teruja bila San tiba-tiba menelefonnya dan mengajaknya keluar tadi.

"Jiyu yaa,"

Jiyu mengalihkan pandangannya dari bunga kepada San. Sebelah keningnya diangkat ke arah lelaki itu.

"Aku ada benda nak cakap," ujar San.

Mereka kini berdiri betul-betul di hadapan kolam air pancut di kawasan pintu masuk itu.

"Cakap apa?"

San menarik nafas lalu dilepaskan perlahan.

"Kim Jiyu, don't be surprised, I'm gonna make you cry,"

♡︎♡︎♡︎

This shortfic was inspired by Monsta X- Honestly

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


This shortfic was inspired by Monsta X- Honestly

Broken Pieces Where stories live. Discover now