Bab 2 & bab 4 takde, saya sengaja skip. Boleh dapatkan ebook. Lepas ni saya share teaser pulak. 😗
⚜️⚜️⚜️
ADRA siapkan makan malam. Sup ayam dengan telur dadar. Cukuplah nak isi perut dia dan Aidin untuk malam ni. Hari ni mood okey sikit sebab siang tadi dapat lepaskan gian menyanyi dekat pusat karaoke dengan Nura. Ingatkan satu jam cukup untuk lepaskan stress kononnya. Tapi, tak. Sudahnya mereka tambah lagi satu jam. Menyanyi sampai lebam.
Adra dengan lagu tangkap lelehnya. Nura dengan lagu jiwangnya.
Bunyi pintu bilik ditutup buat tubuh Adra terpusing. Atas bawah, atas bawah Adra tilik penampilan Aidin malam itu. Seluar panjang, baju jersi yang dipadankan dengan sweater. Beg galas kecil tersangkut atas bahu.
"Aidin, awak nak pergi mana?" Adra menyoal bersama kerut di wajah. Aidin dihampiri.
"Oh, member ajak main futsal." jawab Aidin. Kasut dikeluarkan dari rak.
"Tapi saya dah masak. Makanlah dulu."
"Dah lewatlah, Adra. Dia orang dah tunggu saya kat court. Game start pukul sembilan," dan-dan mata Adra cari jam. Lagi dua puluh minit nak pukul sembilan malam.
"Kenapa awak tak bagitahu awal-awal yang awak nak keluar main futsal?"
"Last minit la dia orang ajak. Dia orang suruh saya gantikan member dia orang sebab team dia orang tak cukup player. Saya gerak dulu," kunci motosikal yang terletak atas kabinet televisyen diragut.
"Tapi tak kanlah tak sempat nak makan sikit? Penat-penat saya masak tau,"
"Balik nantilah saya makan. Awak makan aje dulu,"
Bibir Adra tercebik. Penat-penat dia bertungkus-lumus dekat dapur tadi untuk kenyangkan perut Aidin. Tapi, Aidin lebih utamakan game futsal dia tu. Huh, dasar lelaki!
"Awak balik pukul berapa?"
"Entah, tak tahu lagi. Awak tak payah tunggu saya. Tidur aje dulu. Kunci pintu elok-elok. Bahaya." sekilas Aidin pandang Adra sebelum dia hampiri motosikalnya. Tak sampai seminit, Aidin dah menunggang motosikalnya keluar. Adra hela nafas. Pintu ditutup dan dikunci. Apalah nasib. Kena tinggal sorang-sorang kat rumah. Dah tu, makan tak ada teman!
⚜️⚜️⚜️
BUNYI tiupan wisel yang panjang dan nyaring menandakan perlawanan futsal pada malam itu tamat. Aidin berlari keluar dari gelanggang mendapatkan beg yang dia letak atas bangku. Sebotol air mineral diteguk rakus membasahkan tekak. Tubuhnya sudah mula bermandi peluh.
Setelah beberapa minit melepaskan lelah, Aidin bangkit menyangkut tali beg ke bahu.
"Weh, dah nak balik ke? Awal lagi kut." tegur Akmal, rakan sekampusnya. Akmal la yang ajak Aidin untuk keluar main futsal malam ni. Dengan alasan team tak cukup player.
Aidin jeling jam yang membelit di pergelangan tangan. Sebelas malam.
"Adra sorang-sorang kat rumah la," balas Aidin, tersenyum tipis.
"Ceh! Risaukan Adra ke, takutkan Adra?" Akmal menyeringai sinis.
"Wuuu, Aidin takut bini la! Serius la weh?!" beberapa orang rakannya yang lain dah ketawa mengejek. Aidin gigit dinding pipi. Mata memandang lima enam orang rakan-rakannya itu. Di antara mereka semua, dia seorang aje yang dah jadi suami orang. Yang lain semuanya masih bujang lagi.
"Zaman bila la takut-takut bini ni? Gila ke apa?" kepala Aidin tergeleng. Cuba menyangkal tuduhan yang dia takutkan bini. Kenapa pula dia nak takutkan Adra? Isterinya itu bukannya harimau.
"Buktikan yang kau tak takut bini!"
"Nak buktikan macam mana?"
"Jom keluar lepak minum-minum dekat mamak. Lama rasanya kita tak lepak sampai pagi. Amacam?"
Aidin terdiam. Menimbang-nimbang sama ada patut atau tidak dia menerima ajakan Akmal. Esok bukannya dia ada kelas pagi pun. Boleh aje pagi tu dia ganti tidur sampai ke tengahari. Alah, bukannya selalu, kan? Adra pun mungkin tak kesah kalau dia balik lambat. Kan dia dah pesan kat Adra supaya jangan tunggu dia balik.
"Deal!"
⚜️⚜️⚜️
MASUK kali ini, entah berapa puluh kali dia asyik jeling jam dekat dinding. Jarum pendek sudah menunjukkan ke angka dua tapi, Aidin masih belum pulang-pulang. Call tak angkat. Whatsapp tak reply. Ke mana agaknya Aidin pergi? Tak kanlah main futsal sampai pagi kut?
Dari duduk di sofa, Adra bangkit menjengah ke pintu gelangsar. Langsir disingkap ke tepi. Berharap Aidin pulang dengan motosikalnya. Sesekali Adra tepuk dada, cuba mengusir rasa risau dan dia cuba menidakkan perkara-perkara buruk yang terlintas di fikiran.
Suaminya itu baik-baik saja. Tak ada perkara tak elok berlaku. Aidin memang pergi main futsal. Mungkin dia sedang dalam perjalanan pulang.
Selang lima minit kemudian, bunyi enjin motosikal dan bunyi pagar dibuka membuatkan Adra tersenyum lega. Lekas dia berlari ke arah pintu lalu dikuaknya luas. Berkerut muka Aidin melihat Adra terpacak pada muka pintu.
"Kenapa tak tidur lagi?" Aidin tanya.
"Tunggu awak la. Lewat awak balik. Main futsal sampai pagi ke?" giliran Adra pula bertanya. Aidin tak menjawab. Dia masuk melepasi Adra. Helmet diletakkan atas rak kasut.
"Kan saya dah pesan jangan tunggu saya balik. Dah pukul dua pagi pun, kenapa tak tidur aje dulu?" Aidin menapak ke arah bilik tidur mereka. Adra terkedek-kedek mengejar dari belakang.
"Saya risaukan awak. Awak tak pernah keluar balik lewat macam ni. Dah la saya call, awak langsung tak angkat. Whatsapp pun tak reply. Awak pergi mana aje?" Adra menyoal lagi. Mata menyorot langkah Aidin ke arah almari. Menarik sehelai t-shirt nipis dan kain pelikat. Tuala yang disangkut pada penyidai ditarik.
"Pergi lepak sambil minum-minum dekat kedai mamak. Puas hati?" Aidin jeling. Adra cebik bibir. Urgh, orang tanya aje kut. Tak perlu rasanya nak terjeling-jeling macam tu.
YOU ARE READING
Falling Again
RomanceAidin Muzaffar & Adra Hanina. Sangka mereka, bila sudah berkahwin, itulah bahagia yang sebenar. Tapi, mereka salah. Berkahwin pada usia yang masih muda dan belum cukup segala benda membuatkan semuanya jadi serba tak kena. Akhirnya, selepas tujuh bul...