Tujuh bulan kemudian...
BUNYI penggera dari telefon bimbit mengejutkan Adra daripada lena. Teraba-raba tangan mencari telefon bimbit dengan mata yang cuba dicelik payah. Dapat saja peranti itu, penggera dimatikan.
Dari posisi meniarap, Adra berbaring. Terkelip-kelip mata memandang kipas siling yang sedang berpusing laju. Beberapa minit cuba mengusir kantuk yang masih berbaki, Adra paksakan diri untuk meninggalkan tempat beradu. Rambut yang panjang mencecah pinggang diikat sanggul.
Langkah dibawa keluar dari bilik tidur. Aidin sudah ke kampus awal pagi tadi. Dia pula tak ada kelas hari ini. Kaki terus diheret ke arah meja makan. Tudung saji dibuka. Kosong.
"Tak ada breakfast? Aidin... sampai hati awak!" Adra berdecit sebal. Selalunya, Aidin akan tinggalkan apa-apa makanan di bawah tudung saji. Tak kesah la roti bakar ke, roti telur ke, nasi lemak ke. Tapi hari ini, kosong. Tak, bukan hari ini aje. Sebelum-sebelum ini pun sama. Padahal dulu masa awal-awal mereka berkahwin dan masuk ke rumah sewa ini, pasti ada makanan yang Aidin akan tinggalkan untuknya di bawah tudung saji. Huh.
Adra ke dapur. Mata tak sengaja terpandangkan tong sampah. Spontan Adra tertawa sinis.
"Awak langsung tak tinggalkan sebungkus untuk saya. Suami apa awak ni?" Adra membebel geram. Bungkusan nasi lemak dalam tong sampah membuktikan yang Aidin sudah enak-enak menyantap sarapan pagi tanpa meninggalkan walau sebungkus nasi padanya. Bukannya Adra minta dua bungkus nasi lemak pun. Pulak tu, berapa sangatlah harga untuk sebungkus nasi lemak? Bukannya mahal!
Adra pegang perut yang mula berbunyi. Ingat nak tanak nasi. Tapi bila buka tong beras, sebutir beras pun tak ada. Heh, macam mana dia boleh tak ingat yang beras dah habis? Salah dia juga tak bagitahu Aidin. Nak suruh Aidin tengokkan keperluan dapur, memang taklah. Sibuk sangat Aidin dengan tugasan assignment dekat kampus tu. Macam dia seorang saja yang sibuk!
Sudahnya, Adra capai sekotak cereal dalam kabinet. Makan ini aje dulu dengan susu. Kejap lagi baru fikir nak makan apa untuk tengahari nanti.
Tapi, kejap.
Adra tengok jam yang tergantung di ruang tamu.
Dua belas tengahari. Dah masuk tengahari dah pun Adra Hanina oi!
HIRUK-PIKUK dekat kafe langsung tidak menganggu konsentrasi Aidin dengan telefon bimbit di tangan. Ya, game!
"Weh, cover aku! Woi, kau nak pergi mana?! Aduh... mati la!" Aidin merengus geram bila akhirnya dia terbunuh dalam permainan perang yang dimainnya itu. Tak guna punya member. Pentingkan nyawa sendiri! Huh!
Gelas berisi milo ais yang berisi suku itu ditarik lalu disedut membasahkan tekak yang kering setelah lelah berperang di maya tadi. Lega!
Baru saja dia mahu kembali meneruskan permainan, kerusi di sebelahnya ditarik. Serentak kepala Aidin tertoleh ke tepi, memandang manusia yang kini menghuni kerusi kosong di sebelah.
"Awak buat apa kat sini? Bukan awak takde kelas ke hari ni?" terjungkit sebelah kening Aidin, menyoal. Adra hela nafas. Tote bag diletak atas meja.
"Haah, memang saya takde kelas pun hari ni."
"Habis, awak buat apa kat sini? Ada group discussion ke?"
Adra geleng. Dia pandang wajah berkerut si suami. Berkali-kali dia call Aidin untuk bertanyakan keberadaan lelaki itu. Tapi, Aidin reject macam itu aje. Dasar lebih pentingkan game daripada isteri sendiri!
"Saya call tapi awak tak angkat. Game lagi penting daripada saya?" Adra menyoal datar. Aidin diam tidak menjawab.
"Whatever. Aidin, saya lapar." langsung Adra tayang muka simpati sambil tangan menekan perut. Ya, memang dia lapar. Makan cereal dengan susu aje, manalah kenyang. Barang dapur semua dah habis. Sebiji telur pun tak ada. Dalam dompet, penuh dengan resit aje. Student life, sangat sadis!
"Dah la awak langsung tak tinggalkan sebungkus nasi lemak kat saya. Pentingkan perut sendiri aje. Saya ni isteri awak tahu tak!" Adra separuh membentak. Masih kesal dan terasa hati dengan Aidin. Lupakah Aidin yang dia tu ada isteri yang harus dijaga makan pakainya? Berlagak macam orang bujang!
"Masa acik tu lalu depan rumah, memang ada sebungkus aje nasi lemak dalam bakul dia. Jadi, sebungkus ajelah saya beli. Bukannya saya pentingkan perut saya. Dan saya tak lupa yang awak tu isteri saya," keluh Aidin. Tubuh disandar malas dekat kerusi. Mata jeling Adra yang mulutnya dah panjang kedepan.
"Saya lapar..." bibir Adra tercebik-cebik. Dah la, dia tak ada masa nak bertekak dengan Aidin sekarang ni. Perut dia memang sedang meronta-ronta minta diisi. Kalaulah dia ada gastrik, memang dah terbaring dia kat sini tau?
Aidin hela nafas panjang. Huh, suami jenis apalah kau ni biarkan isteri berlapar?
"Awak nak makan apa? Saya belikan," Aidin tolak kerusi ke belakang sebelum bangkit dari duduk. T-shirt yang terangkat ditarik sedikit ke bawah.
"Nasi ayam. Milo ais."
"Okey..."
Mata Adra menyorot langkah Aidin menuju ke arah kaunter. Siku ditekan atas meja sambil kedua-dua belah tangan menongkat dagu. Manusia-manusia yang memenuhi kafe kampus dipandang tanpa rasa. Hurm, memang students kat sini suka sangat melepak dekat kafe sambil menunggu kelas seterusnya. Padahal, student lounge yang disediakan bukan main selesa lagi. Tak pula dia orang nak melepak kat situ. Kafe juga yang seronok. Huh, apa-apa sajalah!
Tak sampai sepuluh minit menunggu, Aidin muncul bersama dulang berisi sepinggan nasi ayam dan segelas milo ais. Menyengih Adra sampai ke telinga bila aroma nasi ayam menujah ke rongga hidungnya.
"Thank you, sayang!" baca bismillah, terus Adra menyantap nasi ayam yang ada depan mata. Dah tak pandang kiri kanan. Nampak sangat kebulur serupa tak jumpa nasi seminggu. Kepala Aidin tergeleng kecil. Telefon bimbit atas meja diragut. Bergerak-gerak bebola matanya membaca chats dalam group Whatsapp kelas.
"Adra, saya ada kelas. Saya pergi dulu ek?" beg galas dekat kerusi kosong disangkut ke bahu. Terdongak kepala Adra mencari wajah Aidin bila lelaki itu dah bangkit dari duduknya. Nasi dalam mulut ditelan payah.
"Alah, temakanlah saya makan dulu."
"I can't make it, Adra. Madam dah bising dalam group tu." teringkatkan sesuatu, Aidin keluarkan dompet dari kocek. Sehelai not lima puluh diletakkan di bawah beg Adra.
"Belilah apa-apa. Jumpa kat rumah nanti," terkocoh-kocoh Aidin berlari meninggalkan kafe. Adra hela nafas berat. Macam itu aje Aidin pergi? Tanpa kucupan atas kepala atau kata-kata manis bergula padanya? Tanpa ucapan 'I love you' yang sebelum ini sering menjadi zikir di bibir?
Tak mahu terlalu melayan rasa kecewa, Adra lantas menyambung makan. Letak tepi dulu soal hati. Perutnya yang sedang bergendang ini harus diisi. Sekejap lagilah kalau nak melayan rasa di hati.
YOU ARE READING
Falling Again
RomanceAidin Muzaffar & Adra Hanina. Sangka mereka, bila sudah berkahwin, itulah bahagia yang sebenar. Tapi, mereka salah. Berkahwin pada usia yang masih muda dan belum cukup segala benda membuatkan semuanya jadi serba tak kena. Akhirnya, selepas tujuh bul...