Teaser 2

1K 95 21
                                    

AIDIN berdiri dihadapan cermin sambil membetulkan kedudukan bow tie di leher. Hujung lengan baju ditarik-tarik agar selesa letaknya. Kan betul apa yang dia kata dalam kereta tadi. Kalau dia pakai sut ni, harus selesa. Tangan Mel umpama macam magis bila menjahit. Tak sia-sia gadis itu menuntut ilmu dalam jurusan fesyen.

Kewujudan seseorang yang tiba-tiba muncul dalam bilik air itu menarik perhatian Aidin. Seorang kanak-kanak lelaki yang comel dengan sut hitamnya kelihatan kalut. Mata bulatnya meliar memandang pintu-pintu bilik air yang tertutup rapat.

Aayaz tolak satu pintu kubikel. Setelah memastikan tiada orang di dalam, terkial-kial dia cuba membuka butang seluarnya. Namun, payah! Hesy, sudah la dia rasa nak terkucil sangat-sangat dah ni. Kang kalau dia terkencing dalam seluar, tak pasal-pasal kena bebel dengan mommy. Adeh!

   "Uncle, can you help me? Please... I need to pee!"

   Tersentak Aidin bila kanak-kanak lelaki tersebut menghampirinya. Mendengarkan permintaan yang dirasakan comel itu, langsung saja Aidin duduk bertinggung. Tangannya membuka butang lalu seluar panjang hitam ditarik ke bawah. Lucut saja seluar, laju Aayaz berlari masuk ke dalam sebelum pintu kubikel ditutup dari dalam. Malu kalau uncle tu nampak dia buang air kecil!

   Manakala Aidin dah tertawa kecil. Pinggul disandarkan pada jubin singki sambil tangannya memegang seluar milik kanak-kanak lelaki tadi. Beberapa minit kemudian, Aayaz melangkah keluar sambil kedua-dua belah tangannya dibawa ke depan, menutup apa yang sepatutnya ditutup dari pandangan orang lain. Kata mommy, tak elok tayang 'tut' dekat orang!

   "Are you done?" Aidin tanya. Aayaz angguk.

   "Can I have my pants back, uncle?" terkelip-kelip mata bulat itu meminta seluarnya yang dipegang Aidin.

   "Let me help you, boy. Come," Aidin kembali duduk bertinggung lalu membantu Aayaz menyarung seluar kecil dan seluar panjangnya kembali. Selesai, Aidin kemaskan sut di tubuh kecil itu. Alahai, kecik-kecik dah handsome.

   "Thank you, uncle." Aayaz senyum manis. Mommy kata, kalau orang dah tolong, kita kena ucap terima kasih walaupun pertolongan yang diberikan itu hanyalah pertolongan yang kecil.

   "You're welcome, boy!" tangan Aidin naik menyapu kepala Aayaz. Dia bukanlah seorang yang gemar bergaul dengan kanak-kanak. Faktanya, budak-budak pun takut nak dekat dengan dia. Serius!

   "Uncle, am I look good? Is my hair messy?" soalan yang keluar dari mulut Aayaz nyata membuatkan Aidin tertawa. Entah kenapa, soalan itu dirasakan terlalu comel. Haih, ini mesti mak bapak budak ni jenis yang menjaga keterampilan sehinggakan anak seusia ini pun sudah tahu bergaya.

   "You look super good enough. By the way, what's your name?"

   "Aayaz."

   "Nice name. How old are you?"

   "I'm four years old." dengan yakin, Aayaz angkat tiga jari kecilnya. Aidin gelak dengan kepalanya yang sudah tergeleng kecil. Lantas, satu lagi jari Aayaz dinaikkan.

   "This is four, boy."

   "Ops! Sorry!"

   Aidin sambung gelak.

   "Hello, Aayaz. My name is Aidin. You can call me Uncle Aidin. Nice to know you, handsome boy..." tangan yang Aidin hulur disambut tangan kecil Aayaz. Dah macam orang dewasa bila berjabat tangan.

   "Nice to know you too, Uncle Aidin." Aayaz sengih suka.

" Aayaz sengih suka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Falling AgainWhere stories live. Discover now