Teaser 3

1.6K 96 11
                                    

"Saya minta maaf..."

   "Mak su. Panggil aje mak su."

   Aidin angguk sambil senyum segan.

   "Saya minta maaf, mak su. Sebab jemput Aayaz kat sekolah tanpa minta izin." Aidin kemam bibir. Mengaku salah sendiri sebab jemput Aayaz kat sekolah. Pulak tu, boleh pula dia tipu cikgu sekolah dengan mengatakan bahawa Adra sibuk dan Adra yang minta dia ambilkan Aayaz. Huh.

   Sufiah hela nafas.

   "It's okay. Tapi itu tak bermaksud mak su setuju dengan tindakan yang Aidin ambil. Adra betul-betul panik bila dia datang sekolah untuk jemput Aayaz tapi cikgu cakap Aayaz dah balik. Sepatutnya Aidin bagitahu Adra dulu kalau ia berkaitan dengan Aayaz." selar Sufiah. Terangguk-angguk kepala Aidin.

   "Saya tahu. Saya minta maaf, mak su." itu sajalah ayat yang mampu dia ungkapkan. Minta maaf, mengakui salah sendiri.

   "Aidin lama ke dekat sini?" Sufiah ubah topik perbualan. Tak mahu terus menerus menekan Aidin. Mungkin Aidin tak berniat jahat dan hanya mahu menjemput Aayaz di sekolah. Tapi tak sedar tindakannya itu salah.

   "Cadangnya sekejap aje, mak su. Tapi entah la. Mungkin lama sikit,"

   "Kenapa? Sebab Aayaz? Atau sebab Adra?"

   "Mungkin kedua-duanya?"

   Sufiah senyum kecil.

   "Aidin... masih sayangkan Adra?" soalan cepumas yang dilontarkan Sufiah buat lidah Aidin tiba-tiba jadi kelu. Elok dia buka mulut, pintu rumah ditolak kasar dari luar. Adra melangkah masuk dengan muka bengis.

   "Siapa suruh awak ambil Aayaz dekat sekolah?! Siapa izinkan awak untuk sentuh anak saya, hah?!" tak dan-dan Adra menempelak Aidin yang sedang duduk di ruang tamu bersama Sufiah. Terbangun Aidin bila ditempelak begitu.

   "Adra, saya..."

   "Awak jangan ingat awak boleh sesuka hati jemput Aayaz dekat sekolah tanpa pengetahuan saya, Aidin!" dada Adra berombak. Sungguh dia benar-benar marah dengan tindakan Aidin. Menggigil tubuhnya bila cikgu Aayaz mengatakan Aayaz sudah pulang dijemput seorang lelaki. Berbagai-bagai andaian dan benda buruk melintasi akalnya. Dia rasa nak mati!

   "Adra, sabar. Istighfar!" Sufiah peluk tubuh Adra yang bergegar kecil. Tersedar, Adra sapu wajah beberapa kali. Beberapa saat kemudian, wajah serba-salah Aidin dipandang.

   "Pergi balik, Aidin. Jangan datang sini lagi. Balik!" sejurus itu, Adra berlalu tinggalkan ruang tamu. Aayaz yang mungkin sedang tidur di bilik dicarinya. Hilang susuk Adra, Sufiah pandang Aidin.

   "Maaf, mungkin emosi Adra masih terganggu. Aidin balik dulu ya. Jangan kecik hati," Sufiah membujuk lembut. Dia tidak memihak kepada siapa. Aidin salah, Adra juga mungkin salah kerana terlalu ikutkan emosi.

   "Tak apa, mak su. Saya faham. Saya minta diri dulu." dengan langkah berat, Aidin tinggalkan rumah itu. Tapi, dia pasti akan ke sini lagi. Demi Aayaz, anaknya. Dia tak peduli.

 Dia tak peduli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Falling AgainWhere stories live. Discover now