"Selama tujuh bulan kita hidup berdua, apa yang tak kena dengan kita?"
"We're just fine, Adra..."
"No, we're not fine. We're not okay."
Terpejam mata Aidin bila esakan kecil Adra mula kedengaran. Kini, dia sedang berada di dalam kereta yang diberhentikan tidak jauh dari rumah sewa mereka. Dari tempatnya, dia boleh nampak kediaman mereka yang terang-benderang menandakan Adra tidak menutup lampu luar seperti kebiasannya.
"Aidin, kita tak bahagia." Adra tarik air hingus. Aidin diam tidak mencelah.
"Bukan ini hidup berumah tangga yang saya impikan. Semuanya tak macam apa yang saya bayangkan, Aidin. Kita tak bahagia dengan perkahwinan ni. Saya rasa menyesal..." bergetar bibir Adra.
"Saya rasa fikiran awak tak stabil. Pergi tidur, Adra."
"No! Awak tahu tak, sebelum kahwin dengan awak, hidup saya indah. Hidup saya bahagia. Hidup saya senang. Tapi lepas kahwin dengan awak, semuanya berubah. Awak letakkan saya dalam situasi yang sukar. Kalaulah saya tahu berkahwin pada usia begini tak mudah, saya takkan terima lamaran awak, Aidin. Saya tak akan setuju dengan perkahwinan bodoh ni!" suara Adra meninggi. Aidin diam mengenggam kuat stereng kereta.
"Betul apa orang kata, cinta saja tak cukup. Cinta bukan jaminan bahagia. Aidin, saya tak rasa kita dah cukup dewasa dan matang untuk terus pertahankan rumah tangga ni. Kita sebenarnya belum cukup bersedia untuk tempuh apa yang bakal mendatang. Perkahwinan kita adalah satu kesilapan," sambung Adra. Air mata yang mencemar pipi dibiar tidak dikesat.
"Saya dah tak nak teruskan rumah tangga ni. Lepaskan saya."
"Adra Hanina, apa awak..."
"Saya nak berpisah. Ceraikan saya, Aidin. Tolonglah... ceraikan saya."
Lidah Aidin terkelu. Dia hilang butir bicara.
"Saya penat, Aidin. Saya dah tak nak teruskan semuanya lagi. Tolong ceraikan saya. Pulangkan saya pada keluarga saya. Saya lebih perlukan keluarga saya berbanding awak,"
Aidin tersandar pada kerusi. Perlahan-lahan, telefon bimbit dalam genggaman melorot jatuh ke riba. Pandangan Aidin jadi kosong memandang cermin kereta yang dihempap hujan lebat.
Adra pinta perpisahan. Adra tak mahu teruskan perkahwinan mereka yang sudah menginjak tujuh bulan. Belum pun setahun, Adra sudah lelah. Kepala Aidin tertunduk ke bawah. Cecair jernih mula mengalir keluar meneruni lekuk pipi.
"Bukan awak seorang aje yang penat, Adra. Saya pun penat. Sangat penat."
YOU ARE READING
Falling Again
RomanceAidin Muzaffar & Adra Hanina. Sangka mereka, bila sudah berkahwin, itulah bahagia yang sebenar. Tapi, mereka salah. Berkahwin pada usia yang masih muda dan belum cukup segala benda membuatkan semuanya jadi serba tak kena. Akhirnya, selepas tujuh bul...