Quest 4: Srikala

2 2 0
                                    

Bunyi sesuatu yang bergerak di sebalik semak berbunga, menarik perhatian mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi sesuatu yang bergerak di sebalik semak berbunga, menarik perhatian mereka.

"Ada musuh datang. Bawa bersedia," arah Aya berwajah serius.

"Musuh?" Hoshi berwajah pucat.

Tanpa disangka, suatu makhluk aneh menerkam Hoshi dari arah semak.

"Hoshi!" jerit Aya melihat musuh di belakang Hoshi

Hoshi terlihat seekor serigala menerkamnya. Badannya terbaring di atas tanah. Mata melihat kuku tajam yang mahu mencakar wajah. Tangan segera melindungi muka daripada dicakar. Biarlah tangan dicakar.

"Aya!" seru Hoshi.

Libasan pedang terus membelah badan serigala. Darah membasahi susuk Hoshi yang terbaring.

"Bangun cepat! Bukan masa nak berbaring!" arah Aya dengan pedang sedia di tangan.

Hoshi segera bangun. Pisau sedia di tangan. Belakang badannya bersandar pada belakang badan Aya.

"Jangan terlepas pandang. Fokus," pesan Aya.

Tumpu. Itulah yang cuba Hoshi lakukan. Matanya melihat seekor serigala lain menerkam ke arahnya depan-depan.

Belum sempat Hoshi melakukan apa-apa, kepala serigala di depan Hoshi sudah dipenggal dan terjatuh di depan kaki. Hoshi terpegun. Dia melihat Aya yang tercegat sahaja di belakangnya.

"Pantaskan lagi serangan kau," kata Aya.

Bagai langit dan bumi pula perbezaan mereka berdua. Mana tidaknya Hoshi mampu menyerang kalau Aya sudah serang terlebih dahulu. Semakin lama mereka berlawan dengan sekumpulan serigala di situ, muncullah seekor serigala yang lebih besar dari serigala biasa.

"Apa benda pula tu?" kata Hoshi kaget melihat kemunculan lawan yang lebih besar.

Aya melihat serigala gergasi yang tiba. Dia memandang Hoshi.

"Kita kena pergi dari sini," kata Aya.

Siulan berbunyi dari mulut Aya. Kudanya tadi kembali muncul lantas segera dinaiki Aya. Hoshi juga turut naiki kuda tersebut.

"Woah! Woah!" Aya segera menggerakkan kudanya ke depan.

Laju kudanya bergerak ke depan, meninggalkan kawasan itu. Sekumpulan serigala mengejar mereka dari belakang.

"Mereka kejar kita," kata Hoshi ketakutan.

Dakapan dari Hoshi dieratkan lagi dek ketakutan, buatkan Aya menunggang kuda lebih laju. Seekor serigala cuba menerkam mereka. Mujurlah mereka sempat melepasi sempadan, kembali ke dalam hutan. Dapat juga mereka bernafas seperti biasa. Kuda yang ditunggang berhenti bergerak juga.

"Kau tak apa-apa?" tanya Aya memandang Hoshi di belakangnya.

Hoshi melepaskan dakapan lalu mengurut dadanya. "Terima kasih."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Little BloodlustWhere stories live. Discover now