"Sedikit masa aja lagi"
-Boboiboy-
_____________________Di suatu pagi, terdapat seorang budak yg sedang bermasak di dapur, manakal seorang nya lagi sedang tidur di bilik nya.
Boboiboy mematikan dapur gas dan menghidangkan makanan di atas meja, selesai sahaja dia hidangkan makanan, dia berlalu pergi ke bilik Ali.
Dia terus memasuki bilik itu tanpa mengetuk pintu dahulu, pertama kali yg di lihat waktu dia masuk ke dalam bilik itu, Ali sedang berada di lantai sambil tertidur pulas.
Boboiboy menayangkan poker face nya dan hanya menghela nafas, sudah masak dengan perangai budak ni, nasib sayang je.
Dengan segera dia mengangkat badan Ali yang kecil itu dan meletakkan nya di atas katil, dia mengusap rambut Ali perlahan dan tersenyum.
Dia sudah menganggap Ali sebagai adik nya, walaupun tiada pertalian darah namun dia tidak kisah, dia sayang Ali seperti nyawa nya sendiri.
Perlahan-lahan Boboiboy menggerakkan badan Ali supaya budak kecik tu bangun.
"ali, weh bangun cepat" katanya lembut.
"em, ngantuk lah boboiboy" balas Ali sambil menggeliat kecil.
Boboiboy hanya menggelengkan kepala nya lalu menjentik dahi ali perlahan.
"aduh sakit lah!" ali memegang dahi nya yg di jentik itu sambil pout kan bibir.
Boboiboy tergelak kecil melihat muka ali yg comel tu.
"bangun cepat, pergi mandi lepas tu turun bawah makan, dah lambat ni" selepas sahaja boboiboy berkata begitu, dia segera meninggal ali yg terpinga-pinga itu.
Ali melihat ke arah jam.
6.00 am
Ali hanya membuat muka, awal lagi kot haih nak tidur pun tak senang lah.
Disebabkan tak mahu dengarkan boboiboy membebel dengan segera dia bangun dan mandi.
Skip selepas mandi
Ali turun ke bawah dengan badan menggigil kecil, yelah sejuk kot air panas lak takde.
Boboiboy yg melihat ali menggigil itu hanya tersenyum nipis.
"ha meh makan sama-sama, kang sejuk tak sedap dah" kata boboiboy sambil menduduki kan diri nya di kerusi.
Ali mengangguk kecil dan duduk di hadapan boboiboy, lalu makan.
Hening, hanya bunyi sudu dan garpu sahaja ada di meja makan itu.
"em boboiboy" panggil ali.
Boboiboy yg sedang makan itu pun, melihat ke arah ali.
"ha kenapa?" tanya nya.
"sampai bila kita akan teruskan misi ni?"
Dengan serta merta boboiboy memandang ali dengan pandangan yg susah ditafsirkan.
"sampai waktunya ali, aku pun tak tahu sampai bila but kita kena tunggu" ujar boboiboy setelah beberapa menit diam.
"hm, aku rasa mesti lama lagi" ali memainkan makanan nya.
Boboiboy tersenyum lembut dan mengelus rambut ali lembut. "jangan fikir kan lah, kau makan je kita fikir tu nanti okay?"
Ali mengangguk comel dan sambung makan.
Boboiboy lihat aja ali yg sedang makan itu.
"tak lama lagi Ali, sedikit masa aja lagi"
-Boboiboy-Bersambung...
YOU ARE READING
𝐀𝐠𝐞𝐧𝐭 𝐄𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 & 𝐈𝐫𝐢𝐬
Ação𝐀𝐠𝐞𝐧𝐭 𝐄𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 & 𝐈𝐫𝐢𝐬 Ali dan boboiboy ialah pelajar sekolah biasa yang selalu di buli di sekolah nya. Manakala di Academy pula mereka berdua hanyalah budak yang lemah dan secara tiba-tiba terjebak di Academy. Namun tiada sesiap...