Bab 23

8.9K 774 120
                                    

PLASTIK sampah diikat sebelum dibawa keluar daripada tong sampah. Di rumahnya kini hanya tinggal dia dengan adik perempuannya, Elissa. Namun adik perempuannya itu masih terbungkang lagi tidur. Ibu telah keluar bersama Emir kerana membawa Eshan ke hospital untuk pemeriksaan berkala yang dijalankan di hospital.

Tudung sarung disarungkan ke kepala seraya berjalan menuju ke pintu. Mahu luruh jantung Eliza jadinya apabila melihat Izaan sedang berdiri di sisi motosikalnya itu sambil menunduk bermain telefon bimbit. Tak pasal-pasal dia dah buat brek kecemasan dekat sini.

Ah sudah! Dah kenapa mamat ni ada dekat sini? Bukan ke masing-masing tengah mengelak?

Otak tengah berkira-kira sama ada nak terus buang sampah atau tunggu Izaan balik dulu baru nak buang?

"Aku dah nampak kau. So tak perlu nak fikir sama ada nak keluar ke tak."

Gulp!

Bapak ah mamat ni! Bukannya dia sibuk main telefon ke? Baru ingat nak lari masuk rumah balik.

Selipar disarungkan ke kaki. Laju dia berjalan menuju ke tong sampah di luar rumahnya itu seraya berjalan menuju ke arah Izaan yang sedang memandangnya itu. Lahai, dah kenapa tengok-tengok aku pulak? Korek biji mata tu kang. Apa tak dapat.

Dia berdeham seketika untuk menghilangkan rasa gementar. Ah sudah. Kenapa nervous pulak ni? Izaan la ni punca hesh! Kalau dia tak terlepas cakap kata dia suka aku, sah dia tak rasa gementar macam ni.

"Buat apa datang sini?" Eliza memulakan perbincangan.

"Err..." Lelaki itu menggosok perlahan belakang lehernya itu.

Lahai, dia pun nervous jugak ke padahal dia la punca.

"Kau..ingat lagi tak yang aku cakap aku er..sayang kau tu?" Teragak-agak Izaan jadinya nak bercakap pasal benda tu. Penangan abangnya kelmarin terus membuatkan dia datang ke rumah Eliza. Tapi bila dah datang, rasa menyesal pulak. Tapi dia kena selesaikan hal yang bermain di kepalanya ini secepat yang mungkin.

Eliza telan air liur. Aiyoo... Nak cakap pasal benda ni ke? Aduh..

"I..ingat. Kenapa?" Hesh, tak pasal-pasal jadi gagap.

"Aku tak main-main tau bila aku cakap kata aku sayang kau tu. Bila aku cakap aku sayang kau, means aku suka kau." Senafaz Izaan berkata sampai Eliza pun jadi tergamam.

Aduh, first time orang confess ni dan orang tu pulak ialah Izaan. Lagi haru! Tak tahu nak cakap apa ni. Kepala yang tidak digatal digaru.

"Macam mana kau boleh suka aku ni? Tak ada angin tak ada ribut kau boleh suka aku. Kita ni macam anjing dengan kucing tau! Tak logik pulak do kalau kau tiba-tiba suka aku." Diluahkan habis perkara yang berada di kepala semenjak Izaan meluahkan perasaannya tempoh hari. Tak ke pelik bila asyik gaduh lepastu lah. Salah seorang dah jatuh hati. Boleh ek macam tu?

"Aku pun tak ada jawapan untuk tu El. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh suka kau.."

Lah, begitu pun boleh ke? Jatuh cinta tanpa sebab?

"Aku rasa, wayar dalam otak kau tu ada short mana-mana tu sampai boleh tersilap suka dekat aku, haha," ujar Eliza bersaama ketawa yang dibuat-buat.

"Tak, otak aku sihat, normal, tak ada short mana-mana. Aku memang suka kau El."

Pigidah. Nak cakap apa ni? Izaan pun nampak serius semacam ni. Lelaki ni pun, asal straightfoward sangat? Tak ada main tarik-tarik tali ke macam dia nampak dalam novel? Eh tapi kalau dalam novel pun, tak semua main tarik tali bila orang tu dah mula sukakan seseorang.

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now