Bab 27

8.4K 697 60
                                    

"EL, what the heck is wrong with you?" Izaan mengejar langkah Eliza sebaik sahaja sesi bergambar sudah pun tamat.

"What the heck is wrong with me what?" Badan dipusingkan menghadap Izaan yang dari tadi mengejarnya itu. Langkah mereka berdua terus mati.

"Kau kenapa? Asal kau macam buat tak tahu dekat aku?" Soalan dilemparkan.

"Nothing. Just go home. Aku nak balik. Nanti terlepas bas." Tubuh dipusingkan semula ke hadapan. Langkah yang baru sahaja ingin dibuka mati apabila Izaan dengan pantas berdiri di hadapannya.

"No. You are lying. You never give me a silent treatment before."

Eliza menghembus keluar nafasnya. "You know what Iz? Stop trying untuk pikat aku sebab..."

Jeda.

Lidah tiba-tiba terasa berat untuk mengungkapkan ayat seterusnya.

"Sebab? Sebab apa?" Sebelah kening Izaan naik.

"Because I reject your confession."

Dialog yang keluar dari dua ulas bibir Eliza itu membuatkan Izaan tercengang. Badannya mengeras.

"El..apa kau cakap ni? Aku bagi masa untuk kau kan? Tapi takkan secepat ni kau dah buat keputusan?"

"I said what I said Iz. Stop trying so hard la untuk buat aku suka kau sebab memang aku takkan jatuh suka." Senafas Eliza berkata, meluahkan ayat yang dia sendiri tak maksudkan.

"But why.." Nada Izaan sudah menjadi kendur.

Nafas ditarik terlebih dahulu. Memberi masa untuk otak menyusun kosa kata. "Mama kau ada pilihan dia sendiri kan?"

Berlapis dahi Izaan jadinya apabila mendengar Eliza menyebut mamanya dalam hal ni. Tapi lagi bertambah lapisan di dahi apabila Eliza menyatakan empat perkataan yang terakhir tu.

"Macam mana kau tahu?"

"Macam mana aku tahu tu tak penting. Kenapa kau nak suka aku sedangkan mama kau sendiri dah ada pilihan hati?"

"Sebab aku tak suka perempuan tu El. Aku suka kau. Susah sangat ke kau nak faham?"

"Ye memang susah. Lagi susah aku nak faham kenapa kau boleh suka perempuan macam aku ni." Lancang sahaja Eliza berkata.

"Kenapa dengan kau ni El? Perempuan tu bukannya bini aku pun. Tunang pun tak. Soal hati dan perasaan, mama aku tak boleh masuk campur. Sebab nanti aku yang akan hidup dengan orang tu, bukannya mama aku."

"Iz..kau sedar tak yang kau suka ni adalah perempuan miskin?"

"Tak kau kenapa asyik nak cakap kau perempuan miskin, perempuan miskin? Penting sangat ke semua tu hah?" Rambutnya diraup kasar. Dari haritu, tak habis-habis perkataan 'perempuan miskin' keluar dari mulut gadis yang disukainya ini.

"Aku bukannya apa, aku tak nak la kan mama kau malu bila anak dia kahwin dengan perempuan macam aku ni. I bet pilihan mama kau tu mesti bukan calang-calang orang kan.."

"Mama aku ada jumpa kau ke?" tebak Izaan. Dari tadi gadis ini asyik menyebut namanya, jadi dia menganggak bahawa wanita itu ada berjumpa dengan Eliza.

Terdiam Eliza seketika jadinya. Tekaan Izaan itu tepat mengenai sasaran.

"Apa yang mama aku cakap dekat kau? Bila dia jumpa kau?" Melihatkan Eliza hanya diam, sudah tentu jawapannya ialah 'ya'. Tak perlu bazir masa tunggu jawapan itu keluar dari mulut Eliza sendiri.

"Apa yang aku boleh cakap, perkara yang mama kau cakap tu, dia punya sakit tu tak dapat nak aku ungkap. Sakit bila dihina. Salah ke kalau miskin? Kami pun tak minta nak jadi miskin. Tapi tak apa la aku bersyukur. At least aku ada jugak tempat nak bertuduh sebab ada yang lagi teruk, hanya tidur tepi jalan je. Tak berbumbung..." Nafas ditarik dengan dalam sebelum menyambung bicara.

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now