Bab 3

10.1K 886 12
                                    

"HAI Liza," sapa Linda yang merupakan salah seorang pekerja di kafe tersebut sebaik sahaja Eliza muncul.

"Hai Kak Lin. Ramai tak customer harini?" Apron disarungkan di tubuhnya lalu tali apron tersebut diikat.

"Hmm, boleh lah. Kamu tolong ambil order kejap ye? Kak Lin nak pergi tamdas jap," ujar Linda lalu terus berjalan menuju ke tandas.

Eliza hanya menurut. Ruangan cashier itu dituju. Dapat dilihat ramai pelajar sekolah sedang lepak di dalam kafe itu terutamanya pelajar dari sekolahmya itu. Pelitup muka yang dipakai diperkemaskan.

Dia memakai pelitup muka apabila bekerja kerana tidak mahu seseorang dari sekolah mengetahui bahawa dia bekerja di situ. Tiada seorang pun yang tahu keadaan keluarganya. Bukan dia malu untuk mengaku tapi kerana dia tahu pandangan para pelajar di sekolah tersebut terhadap orang sepertinya.

Daripada dia kena hadap benda tu, baik dia cuba sorokkan.

Loceng dari arah pintu berbunyi menandakan ada pelanggan yang baru sampai. Eliza menoleh ke arah tersebut. Ah sudah. Penyumbang stres terbesar dia dah muncul. Stay cool Eliza. Stay cool.

"Ice latte with strawberry shortcake," pesan lelaki tersebut. Beberapa keping not dibawa keluar dari dompet.

"RM21.50."

Eliza menyambut huluran duit tersebut. Baki diberikan semula berserta dengan satu alat yang akan berbunyi jika pesanan sudah pun siap kerana kafe tempatnya bekerja ini memggunakan khidmat layan diri. Tiada pekerja yang tolong hantarkan.

"Eh kot lah dia nak tolong order dekat aku sekali. Dia order dekat dia sorang je. Jahanam punya member," bebel Razif.

Eliza menyembunyikan senyumannya di sebalik pelitup muka tu. Nasib kau la Razif dapat member macam tu.

"Kau nak apa Farah? Aku order sekali," tanya Razif kepada Farah yang berada di belakangnya itu.

"Tak apa la. Aku nak order sendiri."

Razif hanya mengangguk lalu membuat pesanan.

Setelah siap melakukan pembayaran, giliran Farah pula untuk order.

"Eliza!" tegur Farah ceria tetapi dengan nada yang agak perlahan.

Eliza mengangkat tangannya sedikit, tanda membalas teguran Farah itu. Hanya Farah sahaja yang tahu keadaan keluarganya.

Macam mana dia tahu?

2 tahun yang lepas dia ada tertinggal buku dekat sekolah. Si Farah ni pulak terlebih rajin nak tolong hantar. Dia pun ikut la Eliza sampai ke rumah dengan pemandunya itu.

Terkejut Eliza jadinya ketika itu apabila melihat Farah sedang berdiri di belakangnya itu tatkala dia baru ingin masuk ke rumah.

Terus Farah memeluknya. Meleleh jugak air mata Farah kerana selama ni tak pernah tahu kehidupan keluarga Eliza macam mana. Memang hati tisu sungguh Farah ni.

Tapi dia bersyukur kerana Farah bukan jenis yang jijik untuk berkawan dengan orang yang macam dia ni meskipun dari keluarga kaya. Malahan, gadis tersebut banyak membantunya. Dia pulak rasa terhutang budi.

"Baru habis tuisyen ke atau tengah rehat?" tanya Eliza.

Kafe tersebut terletak berdekatan dengan pusat tuisyen yang rata-ratanya terdiri daripada pelajae sekolahnya itu. Biasalah, pusat tuisyen untuk anak-anak orang kaya. Yuran sebulan pun dekat RM1000. Ilmu premium agaknya. Tu yang mahal.

Memang tak la dia nak turut serta walaupun si Farah sanggup nak tolong bayar. Farah berserta dengan Izaan dan Razif merupakan pelajar di pusat tuisyen tersebut. Sebab tu mereka bertiga sekarang.

"Baru balik tuisyen. Lepas ni aku ada kelas violin pulak. Rasa macam nak ponteng je," luah Farah. Penat tahu tak? Kadang-kadang cemburu jugak dengan Eliza ni yang tak perlu hadir banyak kelas macam dia.

"Kau nak cari nahas ke dengan papa kau ponteng kelas. Ni nak order apa?"

"Hmm, nak double chocolate frappe, extra whipping cream."

"RM15.20."

"Nah! Ini pulak untuk kau. Ambik! Jangan tak ambik!" Dua keping not RM50 diberikan kepada Eliza.

"Eh ka-"

"Ambik sebelum aku viral kata kau kerja sini," ugut Farah.

Eliza melepaskan keluhannya. Duit itu diambil.

"Ish ye lah. Terima kasih." Senyuman manis dihadiahkan.

"You're welcome dear. Aku pergi duduk dulu." Farah terus berjalan ke arah meja yang di mana Izaan dan Razif duduk.

"Lama kau order," ujar Razif.

"Apa yang aku nak tu tak ada jadi, terpaksa la aku menelaah menu untuk order benda lain," bohong Farah.

Farah memandang ke arah Izaan yang asyik merenung ke arah satu tempat. Dia turut memandang ke arah tersebut.

"Kau dah kenapa Izaan tenung cashier tu dari tadi?" tanya Farah pelik.

"Kenapa aku rasa macam pernah nampak dia eh?" balas Izaan.

Ah sudah. Jangan kata Izaan dah dapat tahu tu Eliza?

"Merepek la kau. Perasaan kau je tu," kata Farah pula.

"Firasat aku tak pernah salah Farah," ujar Izaan dengan penuu bangga.

Farah mencebik.

"Ha tu benda tu dah berbunyi. Pergi ambil order kau." Badan Izaan terus ditolak.

"Eh kau ni. Sabar lah. Kau dengan Eliza sama je perangai," bebel Izaan lalu dia bangun menuju ke kaunter.

"Memang sama la sebab kami kawan baik. Ceh. Lembab punya orang. Harap je top student," kutuk Farah.

"Cakap pasal Eliza, bila kita nak ajak dia lepak sekali sini? Asyik kita tiga je," soal Razif.

"Kau ingat dia nak ke lepak bila ada Izaan ni? Tak pasal-pasal ada yang bukak gelanggang WWE dekat sini," jawab Farah.

Apa ke cerdik sangat idea si Razif ni? Memang nak sangat ke tengok diorang bergaduh? Dia pulak yang penat tengok Eliza dengan Izaan tak habis-habis berperang.

Tu kalau lepak sama-sama. Kalau study group? Ha bayangkanlah sendiri. Bergaduh macam Perang Dunia Ketiga. Berbahas sana-sini. Dah serupa dengan duduk dalam parlimen. Memang ada bakat untuk masuk pertandingan berdebat ni.

Razif menghamburkan tawanya. "Tipu lah dia kata kau sorang je ada. Tak pun, kata Izaan tak ikut sekali."

"Kalau kau nak tengok keesokan hari tu, nama aku dah ada dekat batu nisan, boleh lah aku buat."

Mahu dia kena kejar dengan parang kalau dia tipu. Nampak tak betapa antinya Eliza dengan Izaan ni.

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now