Bab 4

9.8K 846 9
                                    


ELIZA singgah di farmasi untuk membeli beberapa ubatan buat adik lelakinya itu. Kata ibu, ubat dah habis, jadi terpaksa dia bergegas pergi farmasi beli ubat.

Kertas yang mengandungi preksripsi ubat diberikan kepada ahli farmasi tersebut. Sementara menunggu wanita itu mencari ubat yang dia inginkan, mata melilau ke arah sekeliling ruangan farmasi itu. 

Mata menangkap satu plaster yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan sakit-sakit sendi. Boleh lah beli untuk abang dan ibunya pakai. Baru sahaja tangan ingin mengambil, ada satu tangan yang terlebih dahulu mencapai.

Eliza memandang ke arah wajah empunya tangan tersebut. Okay, macam mana dia ada dekat sini?

"Eliza?"

"Izaan?"

Mereka berdua berkata serentak.

"Kau dah kenapa ada dekat sini?" tanya Eliza.

"Eh kau ingat, kau sorang je boleh datang farmasi ni?"

"Semuanya RM45.80, dik." ucap ahli farmasi tersebut.

Eliza mengambil kotak plaster tersebut. "Tambah yang ni sekali."

"RM52"

Not berwarna hijau berserta berwarna biru dibawa keluar dari dompet lalu dihulurkan kepada wanita itu. Plastik yang berisi ubat-ubatan itu terus diambil lalu dia berjalan keluar dari farmasi itu.

"Woi Liza! Tunggu!" panggil Izaan.

Eliza menoleh ke belakang sebaik sahaja dia sudah keluar dari farmasi tersebut. Kelihatan Izaan sedang berlari ke arahnya. Apa pulak yang mamat beruk ni nak?

"Apa?"

"Mana driver kau?" tanya Izaan apabila dia tidak melihat kelibat kereta pun berdekatan farmasi itu.

"Sibuk la kau. Tak perlu ambik tahu." Wajah dipalingkan semula ke hadapan. Bersedi untuk membuka langkah.

"Eleh. Tanya je pun. Kerja nak marah je. Jangan risau, aku pun tak ingin la nak bercakap dengan kau," kata Izaan.

Wajah dipalingkan semula ke arah Izaan. "Ada aku kisah? Aku pun tak ingin la. Membazir air liur je aku cakap dengan kau. Dah aku nak balik." Tanpa menghiraukan lagi Izaan yang masih berdiri di tempat yang sama itu, dia terus berjalan pulang ke rumah.

***

BENDA yang paling dia tak suka ketika kelas yang melibatkan subjek sains tulen ialah apabila dia ditempatkan satu kumpulan dengan mamat beruk tu!

Kenapa cikgu?! Kenapa?!

Dari tingkatan 1 sampai ke tingkatan 5. Kenapa mesti dia selalu dengan mamat beruk tu?!

Lab coat disarungkan ke badannya. Eh menjengkelkan tengok muka dia tu.

Nasib la tahun ni dia satu kumpulan dengan Razif dan Farah. Kalau sebelum-sebelum ni, mereka berdua lepastu tambah lagi dengan orang lain. Rasa macam tak boleh bernyawa dia. Ada Farah, dapat la jugak sejukkan hati.

Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang. Kumpulannya terdiri daripada Izaan, Eliza, Razif, Farah, Irma dan Taufiq.

Ketua?

Tak perlu tanya siapa. Sah-sah la mamat beruk tu!

"Today, we will just do a simple experiment. An experiment that we have done before which is DCPIP. Each group can send their representative untuk ambil barang dekat depan ni." jelas Miss Qalissa.

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now