Bab 24

9.1K 676 77
                                    

ELIZA memejamkan matanya bersama bibir diketap. Dia tahu sekarang, Farah, Razif dan Zafril sedang menahan tawa. Kenapa? Sebab Izaan la!

Selamba badak panggil dia sweety lepastu blah macam tu je? Ni mesti dah nak kena bahan dengan diorang.

"Sweety?" Tak pasal-pasal meledak tawa Zafril. Diikuti pula oleh Farah dan Razif.

Eliza mengenggam kuat penumbuknya. Izaan ni kan.. kau tunggu lah!

"Diam lah! Dia tu yang sewel tiba-tiba panggil aku macam tu! Eh ni kalau mamat tu datang sini, memang lunyai dia aku kerjakan," bebel Eliza geram.

Dalam kepalanya dah bayang nak tumbuk muka Izaan tu. Ei! Tak guna punya manusia!

"Haha! Ni kes sebab dia kata dia suka kau ke?"

Membuntang mata Eliza jadinya mendengar tekaan Zafril itu. La, diorang tahu jugak ke?!

"Macam mana kau tahu?"

"La, dia sendiri yang bagitahu kami," jawab Zafril dengan tawa yang masih bersisa.

"Suka? Siapa suka siapa ni?" tanya Farah blur. Wajah rakan-rakannya dipandang satu persatu.

Err..nak bagitahu ke tak? Tapi Zafril dan Razif dah tahu. Nanti tak pasal-pasal Farah macam tersisih.

"Izaan cakap dia suka Eliza," laju Razif menjawab. Terus Eliza memandang wajah Razif yang selamba tu. Eh, eh mamat ni, laju pulak dia jawab eh?

"Hah?! Serius lah?!" Suara Farah separuh menjerit membuatkan Eliza terus menampar bahu gadis itu. Tak pasal-pasal orang tengok!

"Kau ni, sejak bila suara jadi macam tertelan mikrofon ni?" tanya Eliza geram.

Farah tersengih.

"Tapi serius lah do? Bila siak?" soal Farah penuh berminat. Tak pernah-pernah ni Izaan cakap dia suka someone!

Eh tapi bila dia cakap macam ni, tak bermakna Izaan tu gay! Eh bukan! Dia sudah berkawan dengan Izaan sejak mereka di tadika lagi kerana kedua-dua ibu mereka merupakan kawan baik, jadi masanya banyak dihabiskan dengan bermain dengan lelaki ini. Jadi dia tahu serba serbi kehidupan lelaki tersebut bersama perempuan.

Dari sekolah rendah, Izaan terkenal dengan rupa parasnya. Masuk sekolah menengah pun sama. Ada je orang tinggal surat cinta dalam loker dia tapi dia buat tak tahu. Ada pernah seorang pelajar perempuan yang agak terkenal rupa parasnya di sekolah ini dulu, iaitu senior mereka datang luahkan perasaan kata dia suka Izaan waktu mereka tingkatan 4. Tapi mentah-mentah dia tolak.

Pergh, ni kalau lelaki lain tau kata Izaan tolak hot stuff, memang kena belasah dulu. Kadang-kadang dia pulak boleh terfikir, Izaan ni betul-betul gay ke? Tapi tak sangka di umur 17 tahun, boleh jatuh cinta dekat musuh sendiri! Pergh! Mantap ah Izaan.

"Entah. Jangan tanya aku. Pergi tanya dia," jawab Eliza. Dah kenapa tanya dia pulak sedangkan dia sendiri masih tertanya-tanya bila Izaan suka akan dirinya itu.

"La, tak declare lagi ke? Ingatkan dah," kata Farah lagi.

"Aku tak nak couple lah! Haram!" Hesh diorang ni. Kecil besar je tengok.

"Oh ye eh. Hehe sorry. Habistu, kenapa dia panggil kau sweety?" Entah berapa banyak stok soalan yang Farah ada. Banyak betul benda nak tanya.

"Dah dia sewel. Otak tak betul. Macam tu lah," jawab Eliza. Sampai bila nak tanya pasal Izaan ni? Naik rimas pulak!

"Sweety, sweety, sweety..."

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now