Bab 29

8.4K 695 59
                                    

10 tahun kemudian..

SUARA tangisan bayi berumur 6 bulan itu mula memenuhi segenap ruang bilik kerja Eliza.

Jarum perlahan-lahan ditarik keluar dari lengan bayi tersebut lalu satu kapas diletakkan dan dilekatkan dengan satu sticker yang bercorak.

"Okay dah siap!" ujar Eliza ceria. Jarum itu dibuang ke dalam tong sampah khas.

"Terima kasih doktor," ucap ibu kepada bayi tersebut. Anaknya yang masih lagi menangis cuba ditenangkan.

"Sama-sama. Nanti, bila dia umur 9 bulan kena datang cucuk lagi ye? Kita akan beri suntikan untuk MMR atau untuk lebih senang faham, suntikan untuk campak, beguk dan rubella," beritahu Eliza bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Tarikh untuk temu janji bagi suntikan seterusnya ditulis di atas buku yang terdapat rekod kesihatan bayi kepada wanita itu. Buku itu mula bertukar tangan.

"Baik doktor. Terima kasih." Wanita itu mula bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari bilik tersebut.

Eliza meregangkan tangan ke udara bagi menghilangkan rasa lenguh. Jam di dinding dilihat. Nanti mesti akan ada sorang hamba Allah yang call.

Dan sangkaan Eliza tepat. Tidak sampai beberapa minit, telefonnya berbunyi. Terus diangkat panggilan tersebut.

"Nak lunch dekat mana pulak harini?" Soalan terus dilemparkan kerana dia sudah tahu, kalau di waktu-waktu ini, pemilik suara di sebalik talian akan telefon untuk ajak makan tengah hari.

"Uish macam tahu-tahu je kata aku telefon nak ajak lunch eh?"

"Tahu lah. Aku dah kerja sekali dengan kau dekat 3 tahun dah Zafril."

Dapat dia dengar tawa Zafril di sebalik corong telefon itu. "Kita lunch dekat depan hospital tu je lah. Kau tak ada patient ke sekarang?"

"Kalau aku ada, memang aku tak angkat la telefon. Kau pulak? Tak ada patient jugak?" Kot putih yang dipakai itu mula ditanggalkan lalu diletakkan di atas kerusi. Beg tangan yang berada di bawah meja diambil.

"Sebab tak ada la aku ajak kau makan. Aku tunggu dekat lobby," kata Zafril lalu panggilan ditamatkan.

Telefon dimasukkan ke dalam beg tangannya itu. Apa yang terjadi dalam tempoh 10 tahun setelah dia tamat persekolahan?

Alhamdulillah, dia berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan. Siapa sangka, yang Zafril juga melanjutkan diri dalam bidang tersebut di universiti yang sama dengannya?

Sewaktu dia berjumpa semula dengan lelaki tersebut setelah hampir 2 tahun tidak contact, jenuh jugak telinga kena tadah dengar Zafril membebel sebab hilang macam tu saja. Tapi, di sebalik pertemuan itu, ada jugak dia menyelitkan satu syarat agar tidak memberitahu keberadaannya terhadap Izaan. Hanya boleh beritahu Farah kerana tidak sanggup nak biar rakan baiknya itu tertanya-tanya akan keadaan dirinya itu.

Sebut je nama Izaan, agaknya apa la khabar lelaki tersebut? Dia juga bagitahu Zafril supaya tidak sama sekali menyebut perihal lelaki tersebut di hadapannya. Kali terakhir dengar pun, lelaki itu sudah berjaya mewarisi syarikat papanya. Sekarang masing-masing dah 28 tahun. Agaknya Izaan dah berkahwin dengan menantu pilihan mamanya.

"Haih kau ni. Tengah berjalan pun boleh berangan eh?" tegur Zafril apabila dia sudah mendekati lelaki tersebut.

"Ikut suka hati aku la."

"Kau ni dari dulu sampai sekarang, ada je modal nak balas. Jom." Langkah kaki mula menapak keluar dari ruangan hospital.

Memandangkan jarak kedai makan yang ingin dituju terletak tidak jauh dari hospital mereka berkerja, jadi mereka hanya berjalan kaki sahaja. Alang-alang bakar lemak sikit.

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now