Ethan, Lulu dan aku terus balik ke rumah banglo milik suamiku ini. Selepas aku mengetahui kebenaran, aku langsung tak bercakap dengan Ethan. Aku yang selamatkan dia tapi dia sukakan orang lain. Kalau aku beritahu kebenarannya. Nak ke dia terima aku? Atau dia akan terus ceraikan aku lepastu nikah dengan Hanna pula?
"Kenapa monyok aja?" tanya Ethan melihat Ayla. Ayla hanya menjeling dan membuat muka kaku. Tiada ekspresi.
"Lah, you gaduh dengan siapa pula ni?" aku gaduh dengan kau lah!
"Entahlah, tak ada mood"
"Kau marah ker...sedih?" kenapa dia tanya soalan bodoh ni? Memang minta penampar agaknya mamat ini.
"Why? Kalau aku marah kau nak buat apa? Kalau aku sedih kau nak buat apa?" aku bagilah balik soalan bodoh. Ethan melihat jalan raya dan Ayla bergilir-gilir. Kereta perlu dipandu dengan cermat.
"Nak masak" Biasanya Ethan akan masak makanan bersup jika mood nya sedih dan pedas jika marah. Bila gembira biasanya manisan dari Perancis atau Sepanyol. Ingatkan nak balik rumah tapi si Ethan ni sempat pula singgah ke restorannya.
"Daddy kita nak makan, kah?" Lulu bertanya dengan perutnya yang sudah berbunyi. Lapar bila tengok restoran tiga tingkat yang luas dan mewah itu. Ethan mengenyitkan matanya kearah Ayla. Macam rahsia sangatlah tu.
"Harini daddy nak buat kek special untuk mummy."Kata Ethan.
"I tak nak. I nak balik" tegas Ayla. Dengan mulut mencebik macam platypus dah aku tengok. "Lah, sekejap ajer. Aku masak sekejap ajer" kata Ethan.
Nak tak nak masuklah juga ke restorannya. Dan gadis bertudung itu telah berada di situ. "Hanna, you buat apa dekat sini?" tersengih macam kerang busuk aja aku tengok si Ethan ini. "Lupalah tu, I kan nak kerja dengan you cuti semesta ni." Kata Hanna.
Ethan agak terharu yang Hanna sanggup ke Korea untuk berkerja dengannya. Hanna ialah pelajar terbaik barista dari Itali. "Ah, this is my wife, Ayla" Ayla tersenyum sinis melihatnya. Hanna terdiam. Ayla? Nama yang sangat digeruninya. Ayla Areesa? "Oh um, okey. Jadi I pergi dapur dulu, okay?"
Hanna meminta diri untuk pergi. "Bos! That girl is so wow!" kata para chef melihat Hanna telah berlalu pergi ke dapurnya. Aku menghentakkan meja membuatkan Lulu ternaikkan bahunya. Semua senyap selepas itu. Akhirnya, berakhir di dapur juga.
"Mummy kenalkah gadis cantik bertudung itu?" Sementara menunggu Lulu bermain dengan patung Hulk nya.
"Cantik apanya? Dia tu perampas"
Lama juga mereka menunggu. Aku melihat jamku. "Eii, lamanya" Aku dah tak boleh tunggu lagi. Terus aku berdiri dan membuka pintu. Terbulat mataku melihat Ethan memeluk Hanna. Hanna sedang menangis. Tiada staf lain kah yang nak peluk dia?! "Ayla" tergamam Ethan. Ayla mencemuh geram.
Terus high heels nya menjejakkan kaki keluar dari restoran itu. "Mummy?" Lulu terbangun melihat Ayla berjalan melepasinya. Aku tidak kisah apa-apa lagi. Saat itu aku mengetahui sesuatu.
Aku cintakan Ethan. Dari dulu lagi.
Tapi kenapa Ethan tidak pernah menjadi miliknya? Pasti ada yang mahu merampasnya daripada aku?
Langit semakin gelap. Bunyi guruh diendahkan ku. Hujan membasahi Bumi. Turut menghujani aku. Kenapalah masa ini kau nak hujan?! Aku membuka high heels ku dan berjalan dengan kaki ayam diatas jalan dan duduk di perhentian bas. Aku melihat kaki cantikku. Satu hoodie diletakkan ke badan ku. Aku melihat lelaki itu. Encik Adam?
"Badan you terdedah sebab hujan. I pinjamkan jaket I" tersenyum dia berkata dan aku hanya memakai hoodie itu. Dia duduk disebelahku. "Ethan memang dah lama sukakan Hanna" macam mana dia tahu tentang Ethan dan Hanna?! Siapa jejaka kacak ini sebenarnya?
Di sudut jalan raya itu, kelihatan Ethan melihat Ayla dan Adam bersama. Baju chefnya telah basah kuyup. Dia menggengam penumbuknya geram. Nak saja dia tumbuk-tumbuk muka mamat miang itu.
YOU ARE READING
BON APPETITE CINTA✔️
RomanceMengisahkan Ayla Aressa tentang seorang gadis cantik yang didera oleh ayahnya sejak kecil. Kerana trauma yang dialaminya. Ayla telah berubah menjadi sosok yang dingin dan sukar untuk memahami perasaan manusia secara emosional. Dia suka melihat sesua...