Bab 13

9 4 0
                                    

Restoran ayah Ethan berada betul-betul dihadapan mata mereka. Ethan kelihatan nervous untuk bertemu dengan ayahnya setelah dia bernikah. Tambahan pula, dia sekarang ada anak angkat iaitu Lulu. Lulu sendiri cemas sebaik mendapat berita yang atuknya mahu berjumpa dengannya. Mungkin selepas Lulu ke rumah moyangnya. Moyangnya ada ceritakan tentangnya kepada atuknya.

Hanya Ayla yang kelihatan tenang saat ini. Bukan kerana dia berani. Personalitinya memang tidak boleh berasa takut atau risau. Kerana itu dia sentiasa terlibat dalam bahaya.

Suasana menjadi tegang di situ. Lulu hanya minum jus oren diatas mejanya. Jus oren pun segar dan sedap. Biasalah restoran mahal. Tapi tekaknya masih haus berada di situ. Terlalu sunyi antara atuknya bersama ibubapa angkatnya. "Jadi, you all adopted the kid?" hairan Pak cik Amran melihat kearah Lulu.

Lulu yang cemas dipandang itu mencari anak mata daddynya. "Ne, appa" (ya,appa) dalam Korea Ethan menjawab. Ayla mengeluh. Perlukah dia dikawal oleh ayah mertuanya ini? Ayah kandungnya pun tidak kisahkan dia. Ayah Ayla jenis yang tak ambil peduli malah dibiarkan anaknya. Tapi Ayah Ethan sebaliknya. Dia sangatlah tegas dan teliti dengan pilihan anaknya.

"Don't you forget of what happened to your brother, Ethan Kim? Treat the kid well or else. You will end up like him. You must make me proud of adopting the kid" kata Ethan. Wajah Ethan pucat saat abangnya dibangkitkan dalam soal ini. Kenapa Ethan macam takut sangat bercakap tentang abangnya? Oh, abangnya ialah budak lelaki dalam gambar itu,bukan?

"So, cucu atuk. Nama apa?" tersenyum manis Pak cik Amran.

"Lulu. Luqman Hakim, atuk" terketar bibir bawah Lulu. Nasib baik masih boleh kawal nada suaranya.

"Daebak, Lulu Kim. So tiny" ketawa kecil Pak Cik Amran mencubit pipi Lulu. Lulu hanya ketawa janggal. Lulu dan Pak Cik Amran berborak hal-hal biasa. Tapi Ayla hanya meneliti wajah Ethan. Dia kelihatan pucat. Kenapa dia begitu takut dengan abangnya? Apa yang Pak Cik Amran telah lakukan keatas abangnya? Tangannya digenggam bersama. Tangan Ethan terketar saat itu. Peluh juga keluar dari dahinya.

Tangan Ethan digenggamku akhirnya. Tangan kami bersatu dibawah meja makan. Ethan melihat Ayla walaupun wajahnya masih pucat. Pucat macam mayat. Tangan Ayla dilepaskan Ethan dan terus berdiri. "Mianhae-yo, I want to get some fresh air" kata Ethan membongkok dihadapan ayahnya.

Sebelum Ayla bercakap sesuatu. Ethan terlebih dahulu keluar dari restoran itu. Lulu kini berada diatas paha Pak cik Amran. Pak cik Amran meminta Lulu duduk diatas pahanya. Dan mereka berborak kembali. Sekali ditengok macam cucu emas kesayangannya.

Ayla bangun dan mengikuti jejak langkah Ethan ke luar restoran.

Badan Ethan saat ini seram sejuk. Tangannya terketar menggigil. Jantungnya berdegup kencang. Sekali pandang Nampak macam Ethan ini dikejar hantu pun ada. Imbasan kembali memenuhi ruangan mindanya.

"Aduh!" teriak Ethan disekolah. Dipukul oleh pembuli itu lagi. Seorang budak perempuan dengan pandangan yang dingin menyelamatkannya dengan hanya satu patah perkataan. "Te-Terima-" dan gadis itu berlalu pergi tanpa pedulikannya lagi.

Dia tahu pembuli ini kerja siapa. Abangnya,Eric. Eric sangat membencikannya. Dari kecil lagi. Eric banyak kali cubaan membunuhnya sewaktu dia masih kecil. Pukul memang perkara biasa baginya. Dia hanya mengalah setiap kali bersama Eric. "Lemah" tersenyum sinis Eric menendang perut Ethan setelah dipukul oleh orang suruhannya.

Eric bencikan Ethan. Dan Ethan sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin kerana ibubapanya lebih memuji Ethan. Ethan lagi hebat dalam memasak, pelajaran dan sukan. Jadi, ayahnya sangat sayangkan Ethan. Eric pula diketepikan. Setiap kali Ethan mendekatinya Eric akan katakana ini kepadanya. "Lemahnya kau"

"Lemahnya kau" perkataan yang sama diungkapkan dan membangunkan Ethan dari lamunannya. Terus kepala Ethan menjadi sakit dan termuntah di luar restoran. Ethan melihat tuan empunya suara. Ayla?

"Menyedihkan jadi manusia lemah." Tersenyum sinis Ayla.

"What?"

"Nothing, I cuma nak tolong you. Kenapa you nangis? You sedih? Ketawalah nanti you mesti happy" Ayla bercakap dengan wajah dinginnya. Tak mungkin, Ayla kah wanita yang selamatkannya dulu?

"Huh, you takkan faham Ayla. Sebab you tak ada perasaan macam manusia lain. Yang terkuat itu is someone who stick with others. Someone like you don't want others help all you do is...acting out even you're just empty" dalam kata-kata Ethan. Ayla dengan tangannya dibelakangnya tersenyum. Jadi dia dah ingat siapa aku.

Ayla yang selama ini serumah dengan aku rupanya. Budak kecil psikopat yang selamatkan aku.

"Kau yang buli Hanna selama ini! Kau tahu tak bertapa banyak dia menangis sebab kau!" tengking Ethan. Orang sekeliling tidak lagi dipedulikannya. Ayla ketawa sinis. Semua yang dia kisah hanyalah Hanna? Nampak sangat dia masih sayangkan perempuan tak guna itu.

BON APPETITE CINTA✔️Where stories live. Discover now