Bab 16

10 4 0
                                    


Tepat sepuluh pagi aku melangkah masuk ke dalam restoran mewah tiga tingkat itu. Staf bernama Suzy menghantarku ke meja dimana chefnya berada. Bon Appetit ialah restoran Ethan sendiri. "Lulu mana?" tegasku.

"Maid jagakan" jawab Ethan ringkas. Entah kenapa susah sangat aku nak buka mulut. Susah untuk aku ungkapkan. Yang aku risaukan Ayla. Yang aku sebenarnya rindukan dia. Ayla menghulurkan tangannya. Ethan tertunduk dan menyambut tangan Ayla.

Ayla yang terkejut menepisnya. "Wallet aku lah bodoh" Oh. Lupa pula wallet dia! Alahai, kenapalah aku bagi tangan tadi. Nampak malu mukaku saat ini. Wallet Ayla dikeluarkan dari dalam poket apron hitamnya.

"Ayla, betul kah kau yang buli Hanna selama ni?" tanya Ethan.

Wah wah wah. Masih bela si perempuan itu? Aku ni bini kau, kau halau? Macam tu? Cewah, sesedap rasa kau jer.

"Ha'ah aku buli dia. Kenapa? Kau rasa apa?" mencabar mata Ayla memandangnya. Aku tipu. Ya, memang betul aku buli dia. Aku buli dia sebab aku nak dia jadi kuat. Aku ternanti-nanti saat dia akan memukulku kembali. Melawanku. Aku penat tengok dia dibuli dan diselamatkan orang lain. Kata-kata terakhir aku. "Lemahnya kau" aku harap dia jawab dia akan jadi kuat.

"Mesti ada sebab kenapa?

"Okay, fine. Kau tak nak beritahu suami kau ni. Tapi aku nak kau jumpa psikologi"

Ayla buat rolling eyesnya. Dahlah dia kena halau. Lepastu dia kena diarah pula."Huh, I don't do boring things,bro. I refuse it"

"This is not... a boring thing, This is for your own good. For us!" Ethan menekankan perkataan Us itu. Us? Kau Cuma takut yang aku boleh bunuh kau. Kenapa kau tak cakap jer? Susah-susah cari lasan. Tapi tak boleh pakai juga.

"Enough. Fine, I will do it. Not for us. Sebab you paksa I" Ayla bangun dari kerusi dan melangkah keluar. High heels nya terhenti melihat cuaca yang hujan dengan lebat itu. Keretanya dihujung sana. Ethan tertawa dan mengambil jaketnya.

"Should we run?" romantic Ethan berkata.

Ayla membuat mata kuyunya. Dan payung lipat diambil dari beg tangannya. Oh. Dia ada payung. Baru nak berlagak gentleman.Ayla membuka payungnya. Selamba di berjalan pergi. Alahai, kau ni Ethan. Susahnya nak ber'romantic' dengan Ayla ni. Dia cool sangat!

Di Malaysia,Kuala Lumpur,...

"Puan Ayla" panggil jururawat di hospital swasta itu. Bilik Psikologist dimasukinya. Terus dia duduk dan menyilangkan kakinya.

"Okay, Puan Ayla. Saya akan tanya beberapa soalan"

"Cepatlah. Aku banyak benda nak buat dari benda membosankan ini" Nampak dari riak wajah Ayla yang dia bosan. Datang juga dalam keadaan terpaksa. "Are you alone?" tanya doctor itu. Doktor lelaki pula itu. Ayla tersenyum sinis. Cepat dia mencari senjata untuk menyerang psikologi ini.

"No, she's not" satu suara datang memasuki bilik doctor walaupun dihalang jururawat. Ethan?

"Okay, soalan pertama. Kita buat Cognitive Behaviour Theraphy" kata Doktor Imran. Sejak bila Ethan balik ke Malaysia? Hmm... mencurigakan.

"Apa yang awak buat bila lihat seekor kucing nazak?" tanyanya.

"I don't give a damn. Aku bunuh dia so dia tak sengsara dan tenang" Terbulat mata Ethan. Itu jawapan normal Ayla?

"Okay, so kalau ada orang provoke you. Apa you buat?" tenang psikologis. Seriouslah, beb. Psikologisni tak takut ke dengan jawapan Ayla? Ah, lupa. Ayla bukan satu-satunya pesakit yang dia pernah tanya soalan ini. Mungkin ini tak teruk mana baginya.

"Oh, that's interesting. I pernah cucuk mata teacher I sebab dia buat I marah." Betullah. Dia masih ingat kes itu. Tapi kes itu dah lama. Ethan telahpun berpindah ke Korea saat itu. Cikgu Anna menjadi buta selepas matanya dikorek oleh Ayla dengan pen aja!.

"Berapa kali you pernah buat macam itu?"

"I pernah cuba nak korek mata ayah I using a fork. Nah, it's nothing" Tapi of courselah ayah dia kurung dia. Tak mungkinlah dia bagi anak dia senang-senang cucuk matanya. Ayahnya pun gila. Tak nak bawa Ayla pergi psikolog.

"Okay apa you buat kalau orang panggil you cantik?" Ah ni senang jer. Mestilah dia jawab macam biasa.

"I cakap so I tak cantiklah sebelum ni? So I tampar dia" What?! Ethan yang kaget melihat Ayla ternganga mulutnya. Dia kalau tak guna kekerasan tak boleh ker?

"Kenapa you buat semua itu? You tak tahukah kita ada rules?" Tanya psikologist itu tenang.

"Rules and promises are trash. Rules are meant to be broken" senangnya jawapan Ayla. Psikologist mengangguk dan mencatat dalam fail psikologi Ayla. Failnya masih baru.

Sesi psikologi theraphy telah tamat. Kata doctor memang benar. Ayla ada Antisocial Personality Disorder. Kalau ayahnya membawa Ayla ke klinik lebih awal. Personaliti ini boleh diubah menjadi lebih terkawal. Pada peringkat awal, Conduct Disorder lebih mudah dirawat sebelum berumur 18 tahun. Tapi, otak Ayla sudah matang. Ubat pun tak memberikan kesan.

Ayla duduk di atas kerusi meja soleknya. Ethan yang mengeringkan rambut itu menyikat rambut Ayla. Muka Ayla dingin. Tiada ekspresi. "I nak you belajar emosi dan reaksi manusia normal. You don't need to understand and have some emphaty if you can't. But we will try to build some."

"You tak habis lagi,kah?" geram Ayla.

"I tahu you akan buat apa yang I suruh. Sebab, I satu-satunya yang dapat bersama you" Apa dia cuba cakap ni? Dia nak cakap yang aku ni tak ada orang nak, ke? Macam dia seorang lelaki dalam dunia ini?

"Nah" Ethan meninggalkan beberapa kad di atas meja Ayla. Ethan meninggalkan bilik Ayla.

Satu kad dipegang Ayla. 'Angry'

Aku melihat cermin dan mengerutkan mukanya. Kening dikerut macam nak bergabung dah. Masam mencuka muka. Mata tajam melihat cermin. "Angry" mencemuh Ayla. Macam budak-budak ajer. Dia kenal belajar emosi manusia macam kad-kad ini?

BON APPETITE CINTA✔️Where stories live. Discover now