Bab 22

8 4 0
                                    


Bangunan Luxury Roomstay berada di hadapan ku. Adam memujuk dan terus memujukku untuk balik. Adam membuka kunci bilik Ayla. Ayla hanya duduk diatas katil dengan wajah yang sukar dibaca. Adam mengambil tuala dan mengeringkan rambut Ayla. Mata mereka bertembung.

"Eric Kim. Dia ada dekat dengan kita" Adam berharap yang informasi yang diberinya dapat membuatkan Ayla sedikit senang. Tapi dalam hati Ayla. Semua itu dah berhabuk. Ethan menghantarnya ke polis. Ethan telah membuangnya. Setelah segalanya yang dia berikan kepada Ethan.

"Eric Kim is not important for me anymore" keluhan Ayla. Adam terdiam.

"Apa-apa yang you nak dari I. Boleh masuk bilik I. Passcode 4444" tersenyum lembut Adam.

"You tak takut,kah? I hamper bunuh orang dan you bagi passcode dekat I macam tu aje"

"Come, you'll see why I'm not scared of you" Adam menarik tanganku masuk ke dalam biliknya. Dia nak tidur dengan aku,kah?! Aku sediakan pen ditanganku. Kalau dia cuba apa-apakan aku. Aku akan cucuk matanya. Pintu dibuka.

Kini aku di dalam biliknya. Terkesema aku melihat lukisan yang digantung di dinding. Banyak sangat lukisan yang mengerikan di dinding itu. Semuanya cara penyeksaan manusia. Ada yang kepalanya terputus. Badan tanpa kepala dan berdarah.

"So, you tahulah I ni orang macam mana" Ayla melihat ke meja kaca Adam. Terdapat gelang, cincin dan rantai dengan ukiran gigi. Macam gigi manusia betul aje. "You suka you ambillah. I suka simpan koleksi macam itu" koleksi? Maksudnya dia ada beli atau kumpul sendiri semua ini?

Lelaki yang selama ni jaga dan lindungi aku. Sebenarnya, seorang psychopath? "You pernah bunuh orang,kah?" aku tanya ragu-ragu. Sebab koleksinya seperti gigi dan kuku hiasan macam lain daripada yang lain.

Adam tersengih. "Tak" satu lagi ciri psychopath, penipu. Ayla tahu air mukanya, dia menipu. Dia pernah bunuh orang dalam bilik ini.

Ayla tersenyum sinis dan membuka rak bajunya. Satu kain berbau darah dan masih segar berwarna merah dicapainya. "Ni darah siapa yang banyak sangat ni?" Ayla bertanya. Seperti yang dia boleh bau. Adam buat muka tak bersalahnya dan ketawa girang.

"You got me"

Adam sukakan aku. Bermaksud dia akan lakukan apa aja untuk dapatkan apa yang dia mahukan. Dia sama seperti aku. Berhati batu. Jadi selama ini dia stalk aku. Dia tahu aku ada personality dalam sepertinya. Adam tahu semua itu. Dia tahu aku sama dengannya.

Sementara itu di Haesung Hospital, Ethan menunggu keputusan doctor dengan sabar. "Is she just fine?" tanya Adam dengan tangan yang cemas.

"Ne"(Ya) tersenyum lega Ethan mendengarnya. Hanna dikatil wad sedang tidur dengan lena. Lulu hanya mengekori daddynya. "Siapa ni?" hairan Lulu.

"Dia kawan daddy" tersenyum manis Ethan. Dia memang lega. Cara dia lihat Hanna itu bukan sahaja kawan. Dia tahu dia lebih istimewa daripada itu. Tapi Lulu rindukan mummy. Dahlah ayah dia tak ceritakan apa pun dekat dia. Mummy dalam lokap aja yang dia tahu.

"Daddy, kenapa daddy sibuk sangat dengan kawan daddy? Mummy tu dalam lokap. Daddy nak letak mana?!" tak puas hati Lulu. Naik turun dada mereka berdua geram. Bernafas lajulah jadinya.

Kedua mereka di dalam kereta akhirnya, "Lepasni, Lulu jangan panggil lagi dia mummy!" marah pandangan Ethan melihat ke luar tingkap kereta.

"Daddy, daddy sedar tak? Dia isteri daddy! Isteri yang sah. Sejahat-jahat dia pun dia ialah ibu Lulu!"

"Lulu, dia hampir bunuh orang! Lulu nak kah duduk dengan pembunuh?! Dia jahat, Lulu."

"Entah apa yang sampuk daddy ni. Mummy jadi macam itu sebab dari kecil dia dididik macam tu,daddy! Kita yang normal takkan faham dia! Mummy tak jahat, kalau dia jahat tak mungkin dia ambil Lulu kerja dan jadi anak angkatnya!" tengking Lulu. Aku dah tak kisah derhaka ke tak. Daddy dia dah tak waras. Mummy dia dalam lokap kot! Bukan dekat spa! Dia dok sibuk dengan kawan dia dah kenapa?! Kalau daddy yang jumpa dia dulu. Belum tentu dia jadi anaknya.

"Lulu, mummy pukul kepala kawan daddy dengan pasu sampai pecah. Pecah tahu? Bukan darah sikit-sikit"

"Walaupun daddy anggap mummy berbahaya. Mummy psycho ke apa ke. Mummy takkan cederakan orang kalau dia tak buat dulu. Mesti ada benda kawan daddy buat dekat mummy sampai dia marah! Macam daddy tak tahu personality macam mummy bukannya reti sabar!" Panjang lebar Lulu memberi penjelasan. Ethan mengeluh dan bersandar pada kerusi keretanya. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini.

"Dahlah. Daddy tak nak cari mummy sudah. Biar Lulu sendiri cari mummy!" Lulu cuba buka pintu kereta tapi dikunci.

"Apa lagini daddy?"

"Daddy dah pergi nak ikat jamin mummy tapi dia dah takde"

Lulu ternganga. Dah tak ada?! Daddy mengusap mukanya yang tengah merah sebab marah itu. Serabutnya! Seorang dekat hospital masih tak sedar. Seorang lagi entah kena culik pergi mana. Seorang lagi anak dia yang dok membebel ni.

"Dah tanyakah siapa yang ambil mummy?"

"Tak payah tanya! Mesti scandal dia tu lah!" Oh, Adam yang Ethan marah sangat itu, kah? Hmm... cakap dengan daddy memang tak Nampak jalan. Tengah serabut otak macam tu. Dalam hati Lulu dalam kesejukan ni. Tak sabar nak mandi air panas dekat rumah. Tapi dia lebih utamakan Ayla.

Lulu mencapai telefonnya dan mendail nombor mummynya.

"Hello, mummy?"

"Ya, ada apa Lulu?"

"Mummy dekat mana?"

"Daddykah yang nak cari mummy?" tanya Ayla teragak-agak. Lulu yang menukarkan phone kepada speaker itu menjeling ke arah Ethan.

"Mummy cakaplah mummy dekat mana" Ayla ketika itu sedang landing diatas katilnya dengan bathrobe di tubuh. Ayla bertekad takkan bagitau sampai Ethan sendiri yang mencarinya.

"Tak payah, kau duduk ajer dengan jantan entah ape tu. Jangan balik!" tengking Ethan. Lulu buat muka terkejut. Ingat dah sedar dari kesilapan tapi boleh pula dia cakap macam itu. Ayla mencemuh mendengar itu. "Kau diamlah bodoh. Aku tahulah! Lagipun dekat sini lagi baiklah dari rumah bersepah kau tu!"

Ethan memukul sterring itu. Mencabar kesabaran betullah si Ayla ni. Panggilan diletak oleh Ayla.

"Daddy!" geram Lulu. Ha sekarang dia nak cari mana mummy diani? Kalau daddy dia tak menyampukkan best jalan cerita ni.

BON APPETITE CINTA✔️Where stories live. Discover now