Ayla melawat restoran Ethan. Hanna sedang menyebarkan notis untuk dimsum percuma. Hanna lagi?! Membuak kemarahan Ayla. Tak ada yang melayan Hanna. Aku melihat sekeliling. Idea cepat mari idea! Dan dengan izin Allah doa aku dimakbulkan. Idea telah datang!
Hanna melihat seorang dengan berkostum arnab berwarna pink mendekatinya. Eh, ini character BT21, Kookie! Ramai yang mendekatinya. Notis itu dirampas olehnya. Kelihatan Kookie mengedarkan notis itu.
"Aww,... so cute!" ramai yang bergambar dengannya. Hanna terkebil-kebil di situ. Semua notis diambil Kookie. Aku nak buat apa? Tanpa segan-silu si Kookie ini menolak aku ke tepi. Kasar aku terjatuh diatas tanah. Kookie membuat signal dengan jarinya mengelar lehernya. Isyarat aku kena bagi kerja itu untuk dia atau aku akan mati. Biadab gila orang ni.
Tak silap aku tak ada lagi staff yang biadab macam di ani. Kalau bukan staff Bon Appetit, siapa lagi? Hanna masuk ke dalam restoran. Ethan pula baru keluar dari dapur.
"Siapa tu?"
"Tak tahu chef. Dia tiba-tiba datang dan edarkan semua notis itu" menggeleng dan mencebik Hanna.
Tapi keajaibannya, ramai pelanggan yang datang selepas manusia misteri itu mengedarkan notis itu. Ethan mulai sibuk membuat dimsum untuk para pelanggan. "Daebak!" ramai pelanggan memuji dimsumnya sedap. Satu jam kemudian telah selesai kerjanya mengedarkan notis. Tiba masanya untuk pulang. Dalam restoran juga telah ramai orang!
Ayla yang berada dalam kostum mahu berlalu pergi. Namun, jalannya dihalang Ethan. "Kamsahamnida, I will pay u back one day. Do you want to have some dimsum?" Ayla menggeleng dan menolak Ethan untuk pergi dari situ. Entah kenapa dia tak nak dedahkan identitinya. Dia lebih ikhlas ingin membantu Ethan.
Bau minyak wangi yang dipakai orang misteri ini macam dikenalinya. Siapa,ya yang pakai minyak wangi ini? Orang misteri itu dilihat berlalu pergi. Salji pertama telah turun! Orang misteri itu juga tergamam salji telah turun. Kata orang kalau kita bersama dengan seseorang pada salji pertama turun. Dia ialah cinta sejati kita. Itu yang dilihatnya di dalam kdrama.
Di dalam kereta, Ayla menanggalkan kostum Kookie itu. Leceh betullah pakai kostum ini! Nasib baik orang yang hantar itu cepat sampai. Mencemuh Ayla melihat topeng Kookie itu. Semua memang minat dengan BTS. Sebab itu Ayla pilih untuk beli kostum macam ini. Rambutnya disikat dengan jarinya untuk lebih kemas.
"Haish! Buat apa si Hanna itu edarkan notis itu?! Sibuk jerlah pompuan tu!"
'Tok tok tok' cermin keretanya diketuk. Aku melihat siapa gerangan manusia yang berani mengetuk keretanya. Kereta mahal ni. Adam lagi?
"Our first day, jom pergi mall!" dia ni tak sabar betullah. Mana dia tahu lokasi aku? Restoran laki aku pun dia dapat korek? Bahaya siak.
Sesampai di Mall Seoul Ayla melihat kearah Adam. Banyak baju dan kasut baru dibeli oleh Adam untuk Ayla. Ayla buat muka tidak puas hati. Aku bukannya nak duit kau. Aku nak tahu siapa E! Ayam di Kenny Rogers itu dipotongku. Dari tadi aku senyap menandakan aku tak ikhlas langsung nak keluar dengan dia.
"Okay, apa you nak tahu tentang E?"
"Apa nama sebenar dia? Dia dekat mana? Macam mana kau kenal dia?"
"Aku akan jawab satu soalan aja. Nama dia Eric Kim" Ya Allah betullah. Nama yang selama ini Ethan mencari. Ethan mesti dah lama nak jumpa Eric.
"Mana dia?" tegasku.
"Kau kena keluar dengan aku kalau nak tahu lebih lanjut" tersenyum sinis Adam.
"Adam, please. I have my own business. Takkan 24/7 days aku nak layan lelaki lain? Suami aku nak letak mana?"
YOU ARE READING
BON APPETITE CINTA✔️
RomanceMengisahkan Ayla Aressa tentang seorang gadis cantik yang didera oleh ayahnya sejak kecil. Kerana trauma yang dialaminya. Ayla telah berubah menjadi sosok yang dingin dan sukar untuk memahami perasaan manusia secara emosional. Dia suka melihat sesua...