Seminggu telah berlalu.
Sekarang adalah masa untuk aku, adik-adik dan bonda berpindah, walaupun berat hati untuk meninggalkan rumah yang selama ini aku dibesarkan. Aku memandang ruangan bilik yang akan kosong tanpa penghuni.
Aku menolak beg roda yang berisi pakaian keluar dari bilik. Keluar sahaja dari bilik terus aku terdengar kekecohan yang berkemungkinan berlaku di ruangan bawah. Aku terus melajukan langkah menuju ke bawah untuk melihat apa yang terjadi.
Terlihat Ku Fatini dan Ku Zaid sedang duduk berhadapan bonda dengan keadaan marah. Adik-adik aku juga tiba lalu berdiri di sebelah aku untuk melihat apa yang terjadi. Bonda memandang ke arah kami yang berdiri di tangga rumah agam itu.
"Jom. Kita gerak sekarang" ajak Quin Natalia sambil tersenyum pahit
Aku memandang pelik ke arah mereka walaupun tiada reaksi. Aku berfikir, apa yang tengah berlaku sekarang? Takkan diorang marahkan bonda?
Aku dan adik-adik bergerak mendahului bonda ke arah pintu keluar. Quin Natalia pula bergerak mengikut dari belakang.
"Saya akan tuntut hak perjagaan anak-anak" ucap Ku Martin senada
Quin Natalia berhenti melangkah ke pintu untuk keluar. Kakiku juga berhenti seketika. Aku sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan oleh abah. Kenapa tiba-tiba ayahanda berkata begitu?
"Awak tak ada hak atas anak-anak saya" kata Quin Natalia sambil memandang Ku Martin
"Diorang anak-anak saya juga" ujar Ku Martin agak tegas
"Saya yang lahirkan diorang. Awak tak boleh sesenang itu ambil diorang dari saya. Awak ni kelakar la" kata Quin Natalia sambil tersenyum sinis
"Awak jangan sampai---"
"Kenapa? Awak nak tampar saya ke? Nak ceraikan saya? Tampar dan ceraikan lah saya depan anak-anak awak ni! Biar diorang tahu siapa awak yang sebenarnya!" cabar Quin Natalia dengan berani
Aku memandang tajam ke arah bonda dan abah. Aku terkejut dengan apa yang bonda cakap didepan kami. Aku memandang pula ke arah adik-adikku yang kelihatan ketakutan dengan keadaan yang tegang itu. Aku pergi menghampiri mereka.
"Korang pergi masuk kereta dulu. Kakak tunggu bonda sekejap" arahku perlahan
Adik-adik aku bergerak ke arah pintu lalu keluar dari rumah agam itu. Aku hanya memandang sahaja mereka pergi. Aku bergerak ke arah bonda untuk mengajak dia keluar dari sini.
"Jom bonda" ajakku lembut sambil menarik lembut lenggannya.
"Tak kiralah apa cara sekali pon. Saya akan dapatkan hak penjagaan anak-anak." kata abah untuk mencabar bonda lagi
Aku berpaling ke belakang untuk melihat abah. Aku berasa marah dengan kata-kata yang abah lontarkan kepada bonda. Aku tak boleh berdiam lagi apabila kata-katanya semakin menghiris hati bonda.
"Shopia tak akan biarkan ayahanda dapat hak penjagaan kami. Shopia akan buat apa sahaja untuk pertahankan hak bonda. Ayahanda jangan cabar Shopia. Selama ni Shopia diam tak bermaksud Shopia tak tahu apa yang ayahanda buat belakang kami semua. Shopia masih diam sebab Shopia hormatkan ayahanda, tapi apa yang kami dapat? Dapat sakit hati kan! Shopia akan fight untuk bonda" kataku dengan panggilan ditukar kepada ayahanda. Bermaksud aku tersangat marah dan akan hormat abah dengan panggilan 'ayahanda'.
"Sampai hati kakak cakap macam tu dekat abah sendiri kan" tegur Ku Fatini yang hanya diam selama ini
"Bukan Shopia nak buat macam ni tapi ayahanda yang buat Shopia jadi macam ni. Tak apa kalau korang tak boleh terima bonda, Shopia sebagai anak boleh jaga bonda sendiri. Tak perlu susahkan suami yang ada perempuan lain!" kataku agak keras
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR & WAKTU [On Going]
RomanceKehidupan Shopia telah berubah 360 darjah setelah keluarga besarnya berpisah menjadi 2 keluarga. Sikap Shopia yang ceria dan peramah telah hilang dalam dirinya. Dia yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Shopia yang sekarang banyak mendiamkan di...
![TAKDIR & WAKTU [On Going]](https://img.wattpad.com/cover/309009389-64-k406545.jpg)