Bab 5

30 3 0
                                    

Sampai sahaja Villa Syeikh Rahman, kaki dilangkah keluar dari kereta Clara lalu terus menutup mata sambil menghirup udara segar. Lama tak rasa udara Malaysia la katakan. Mata dibuka lalu melihat rumah yang megah itu dengan perasaan gembira. Masih sama. Suasana rumah itu juga sama. Sunyi.

8 tahun aku larikan diri ke negara orang untuk pulihkan perasaan yang aku benci dahulu. Keadaan juga berubah setelah berpindah ke sini. Tengku Maimunah meninggal pon aku tak sempat balik Malaysia. Rasa kecewa tiba-tiba. Lagi pon aku tak balik bersebab. Biar la alasan tu hanya aku sorang sahaja yang tahu buat masa sekarang.

"Shopia" panggil Clara

Aku memandangnya. Clara tersenyum ke arahku.

"Kau mesti rindu keluarga kau kan. Aku dengar sepanjang kau dekat sana, kau tak pernah contact siapa-siapa pon dekat sini" luah Clara

Aku hanya mendiamkan diri. Betullah apa yang dikatakan Clara. Aku egokan diri untuk tak berada dalam keadaan emosi semasa berada di sana. Aku banyak menghabiskan masa melakukan perkara yang penting untuk menjauhkan emosi yang akan menyakitkan diriku.

"Aku harap kau boleh hadap apa yang akan jadi lepas ni. In sha Allah aku akan sokong apa yang kau akan buat. Tapi aku nak kau janji sesuatu dengan aku"

"Janji apa?" soalku pelik

"Tolong...tolong jaga diri kau. Aku tak nak hilang kau lagi selepas 8 tahun berpisah dengan kau. 8 tahun kau tinggalkan Malaysia, banyak benda yang dah berubah dan banyak benda dah terjadi. Aku...aku nak sama-sama bantu kau walau dalam apa keadaan pon. Janji dengan aku boleh?"

"Aku tak boleh janji untuk selamanya ada dengan kau dan family aku. Tapi aku janji aku akan dahulukan family dalam apa perkara pun. Kau jangan risau. Kau tergolong dalam family juga kan"

Clara hanya tersenyum dengan jawapan ku. Aku tahu senyuman itu sekadar untuk menutup kegusaran hatinya. Maaf aku tak boleh berjanji untuk tak sakitkan diri aku. Banyak benda aku lalui dekat sana tanpa pengetahuan sesiapa pon disini.

"Aku nak masuk dalam ni. Dah la duduk tengah panas" ujarku

"Hahaha buat drama pula kita dekat sini. Okay jom" ucap Clara

Baru sahaja ingin bergerak ke bonet kereta, kelihatan Amsyar sudah mengeluarkan semua barang-barangku dari bonet kereta. Barang-barangku dia bawa sehingga depan pintu masuk. Aku hanya mengangguk sebagai tanda terima kasih. Harap dia faham la.

Amsyar tersenyum memandangku. Dia faham mungkin. Dia berundur ke belakang berdiri di samping Clara yang sedang bersandar di pintu kereta.

"Villa tak ada sapa-sapa. Diorang kerja. Adik-adik kau pon sekolah. Mikayla aku tak tahu la dia ada ke tak kat dalam." terang Clara kepadaku.

"Tak nak masuk?" soalku

"Tak nak lah. Aku nak balik sambung tidur" kata Clara

"Thanks ambik aku dan hantar balik" ucapku kepada Clara

"Sama-sama. No hal la. Anything for you" ucap Clara lalu memelukku.

Aku hanya mengeraskan diri. Rasa janggal lagi walaupun dengan sepupu sendiri. Perlakuan seperti itu agak janggal untuk aku terima kembali. 8 tahun aku mengajar diri untuk tidak disentuh oleh orang lagi termasuk perempuan.

"Apa-apa call aku. In sha Allah aku datang tolong" katanya kepadaku

Clara berjalan kearah kereta sambil melambai ke arahku. Setelah kereta Clara keluar dari perkarangan villa baru aku membuka pintu untuk masuk ke dalam rumah.

Aku melangkah masuk ke dalam villa dengan menolak bagasiku. Kelihatan sedikit berbeza. Selalunya masuk sahaja terus nampak gambar keluarga yang tergantung di dinding. Tapi kali ni masuk sahaja terus dihiasi dengan aquarium yang pelbagai saiz. Ruangan tv dan sofa berada di sebelahnya. Tiada perubahan sedikit pon.Aku terkejut. Sejak bila Syeikh Rahman minat membela ikan.

TAKDIR & WAKTU [On Going]Where stories live. Discover now