Bab 1

58 4 0
                                        

2015

Kisah ini bermula sejak Shopia berumur 7 tahun sehingga 13 tahun. Keluarga Shopia mula hancur secara perlahan-lahan sehingga akhirnya  menyebabkan bonda dan ayahandanya berpisah pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun paling menyakitkan dan sukar untuk aku menerima hakikat tentang apa yang berlaku dalam keluarga aku.

Aku bersiap-siap untuk pergi ke sekolah seperti biasa. Setelah selesai, aku turun kebawah untuk bersarapan dengan keluarga. Sebelum sampai ke bawah aku terhenti di tangga kerana terdengar bunyi pergaduhan. Kedengaran seperti bonda dan abah sedang bergaduh. Aku cuba untuk mencuri dengar perbualan yang sedang terjadi.

"Selama ni saya banyak bersabar dengan perangai awak. Kenapa awak buat saya macam ni hah!!" nyaring suara Quin Natalia

"Awak terjerit-jerit ni, awak nak bagi anak-anak dengar ka?" marah pula Ku Martin

"Ya! Memang saya nak diorang tahu! Saya Nak diorang tahu perangai sebenar awak!"

"Awak jangan melampau Lia! Saya bercakap dengan awak baik-baik pon dah cukup bagus dah! Jangan sampai saya naik tangan dekat awak!"

"Kenapa? Awak nk cuba pukul saya pulak kali ni!" kata Quin Natalia dengan sinis.

Diam

"Kenapa diam! Jawab la! Awak nak pukul saya sebab perempuan tu pulak ke? Saya ni siapa bagi awak?"

"Cukup Lia! Saya tak nak bergaduh dengan awak depan anak-anak. Saya tak nak diorang tahu masalah kita" ucap Ku Martin secara baik

"Bagus la. Tak guna bercakap dengan awak. Sekarang ni saya mintak awak lepaskan saya kalau awak betul-betul nak kahwin dengan perempuan tu. Biar saya hidup dengan anak-anak saya tanpa awak. Saya tak sanggup untuk bermadu"

"Saya takkan ceraikan awak Lia walaupun saya pilih dia. Saya tahu saya mampu untuk berlaku adil untuk awak dan dia" jawab Ku Martin tenang

"Yakinnya awak" ucap Quin Natalia semakin sinis

Jantung aku berdengup kencang setelah mendengar pergaduhan tersebut. Mendengar perkataan yang keluar dari mulut ayahnda juga membuat aku terkejut. Kenapa ayahanda berubah tiba-tiba? Ayahanda dah tak sayangkan bonda? Aku mula memikirkan perkara yang negatif terhadap ayahnda. Aku turun juga kebawah dengan riaksi seperti biasa.

"Awak jangan melam..."

"Morning bonda,abah" aku memotong pergaduhan itu dengan menyapa mereka sambil tersenyum paksa

"Shopia" bonda dan abah menyapaku serentak dengan riaksi terkejut

"Adik-adik tak siap lagi ke?" tanya bonda yang cuba mengubah suasana pagi yang tengang

"Entah la. Tak nampak pulak masa keluar bilik" jawabku setenang yang mungkin.

Aku mengambil 2 keping roti dan menyapu jem. Setelah siap menyapu jem lalu dimakan dengan senyap. Keadaan sunyi sahaja ketika itu.

Selesai makan, aku pergi ke bahagian dapur untuk mengambil bekas kosong. Bekas kosong tadi aku isi nasi goreng yang bonda buatkan. Setelah itu aku menggalas beg sekolah. Keadaan di meja makan masih senyap tanpa sepatah kata dari sesiapa pun. Mereka hanya melihat tingkah laku ku sahaja.

"Bonda, abah. Shopia pergi dulu" aku memulakan bicara

"Awal lagi kan. Kenapa tak makan nasi goreng bonda buat ni dulu" kata Quin Natalia

"Tak apa la bonda. Shopia tak ada selera. Shopia dah bawa bekal ni" kataku sambil menunjukkan bekas tersebut sambil tersenyum kecil dalam paksaan.

"Shopia pergi dulu. Adik-adik pergi kemudian ya" kataku sambil menyalam tangan bonda.

TAKDIR & WAKTU [On Going]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang